hai assalammualaikum

Royale Palace Skyview Lokasi Menarik Untuk Majlis Perkahwinan Dan Majlis Korporat - Kepada bakal pengantin atau pengusaha produk, yang tercari-cari lokasi sesuai untuk mengadakan majlis, lengkap dengan pelbagai kemudahan, dan mempunyai pemandangan yang cantik, nad cadangkan salah satu tempat iaitu di Royale Palace Skyview. Tempat ni di dalam bangunan Skytech Tower 2 Cyberjaya di tingkat 10. Korang mesti terpegun dengan tempat dia ni, terutama kepada bakal pengantin di luar sana.



Royale Palace Skyview Lokasi Menarik Untuk Majlis Perkahwinan Dan Majlis Korporat

Hari Ahad haritu, nad datang untuk melihat sendiri lokasi Royale Palace Skyview ni. Sampai je di tingkat 10, terus terpegun dengan hiasan dan dekorasi yang dibuat. Penuh dengan bunga-bungaan, lampu, memang terlalu cantik dan indah. Nad bayangkan, ini adalah majlis perkahwinan nad, aduh, memang tersenyum sepanjang masa. Majlis perkahwinan yang akan menjadi kenangan indah buat bakal pengantin..hehee.






Susunan untuk meja makan raja sehari, meja makan tetamu, semua dihias dengan cantik. Tempat pun luas dan nampak mewah. Royale Palace Skyview ni mampu menempatkan 300 pax kapasiti dalam satu masa. Dewan ni boleh diubah mengikut citarasa pelanggan mahukan.

Yela, Royale Palace Skyview ni bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, malah majlis pertunangan, majlis harijadi, cukur jambul ke, atau majlis korporat, majlis pelancaran produk..hah semua boleh.





Istimewanya tempat ni, mempunyai bahagian luar dengan pemandangan yang sangat cantik. Tengokla, nampak seperti taman siap dengan air terjun dengan panorama yang sangat indah. Bila duduk sini, akan rasa berangin je..best sangat..

Tempat itu juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu petang dan hujung minggu. Ruang acara ini juga sesuai untuk mereka yang mencari ruang dengan kawasan luar, dengan pemandangan yang memukau terutama pada waktu matahari terbenam. Jadi, pelanggan boleh memilih untuk inddor atau outdoor atau kedua-duanya sekali.

Lokasi ni banyak kemudahan, antaranya
- Laluan kerusi roda
- 10 tingkat tempat letak kereta
- Bilik persalinan dan Holding room
- Rooftop dan Garden area
- Surau (tahap 1)
- Basic decorations and Sound system
- Ballroom dengan hawa dingin
- Kawasan merokok yang ditetapkan




Ni merupakan package yang Royale Palace Skyview Tawarkan:
- Basic Package
- Full Package
- Dome Package
- Corporate Package
- Grand Hall Nikah Package
- Rental Hall (for Nikah only)
- Full Nikah Package









Antara hidangan makanan yang disediakan semasa majlis perkahwinan. Semua nampak sedap belaka.

Kalau korang nak tau, Royale Palace telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ Ventures Sdn Bhd. Tempat pertama mereka berada di Seksyen U6 Shah Alam dan Royala Palace Skyview di Cyberjaya ni baru sahaja dilancarkan pada hari Ahad lepas.

Royale Palace Skyview beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang, 5 hari seminggu, Selasa hingga Ahad.



Pada sesiapa yang ingin mengadakan majlis, tidak kira majlis perkahwinan atau korporat atau pelancaran produk, atau apa sahaja, anda boleh hubungi mereka
Royale Palace Skyview
Alamat : Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Contact No. : 019-3316728 (Rashman), 016-4450538 (Pogy)

Waze : Skytech Tower 2

Website : www.royale-palace.com
Instagram : Royal Palace
Instagram : Royale Palace Cyberjaya
Facebook : Royale Palace Cyberjaya
SHARE 24 comments

Add your comment

  1. tempat yang cantik, deko yang up to date, makanan yang sedap semua hebat2 belaka..pastinya yang memilih di sini no regret kan..kenangan abadi..hihi..

    ReplyDelete
  2. Wow grand la tempatnya. Menu hidangan nya pun terbaik

    ReplyDelete
  3. Cantik tempatnya.. Yg nk kawen tu boleh la buat kt sini.. Tempat pun nampak luas

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat dia tp majlis zira buat kat rumah, maklumlah Jemput pun orang-orang kampung

    ReplyDelete
  5. Menarik , selalu lalu depan nih tapi tak pernah peluang singgah situ, cantik deco-deco untuk majlis perkahwinan tak payah susah2 nak mendeco pakej pon menarik

    ReplyDelete
  6. Memnag cantik hall ni. Sesuai sangat untuk diadakan event2 korporat, majlis kahwin dan sebagainya kan

    ReplyDelete
  7. Rasa macam nak sanding lagi sekali. Nampak exclusive betul..

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat ni, stage setup dah ready for wedding. Makanan pun ok juga.

    ReplyDelete
  9. cantik tempatnya
    memang seronok lah kalau dapat buat majlis kahwin dekat sini

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan jugak tempat macam ni. Lawa je design. Memang elok dipanggil high class

    ReplyDelete
  11. Cantik tempat ni. Memang sesuai untuk majolis koporat dan perkahwinan. Menu selection they all pun menarik. Boleh la put in my list for future event.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya tempat ni. Instagrammable spot sangat bila lepas habis event.

    ReplyDelete
  13. Cantik dan menarik tempat ni.. memang skrg org buat wedding dekat hall sebab dah lengkap pakejnya.. rasanya.. royale palace pun ada di lokasi lain kan..

    ReplyDelete
  14. Yang mana di sebelah Putrajaya bolehlah tempah dewan di sini. Suasana pun menarik tambah-tambah bahagian outdoor. Yg penting katering power mesti majlis dikenang.

    ReplyDelete
  15. wow cantik yer lokasi wedding kat sini. banyak port nak bergambar . Suasana kawasan ni pun nampak damai jer..

    ReplyDelete
  16. cantik juga tempatnya untuk jadi evet wedding kan. yang ada balkoni luar tu menarik sangat.

    ReplyDelete
  17. Cantiknyaa tempat ni untuk wedding. Banyak spot cntk2 untuk gambar pulak tu!

    ReplyDelete
  18. cantik lokasi ni. okay, dah bolehh masuk dalam list utk perkahwinan nanti. thanks info ya

    ReplyDelete
  19. Cantek tempat ni kalau nak buat apa2 majlis pun..pilihan mknan pun byk

    ReplyDelete
  20. Memang cantik dekorasi dewan ni. Package yang disediakan pon best. Bakal pengantin boleh lah try buat majlis kat sini.

    ReplyDelete
  21. Cantiknya dekorasi dia Nad. Memang moment yang terindah buat bakal pengantin yang buat majlis kat sini. View dia pun cantikla.

    ReplyDelete
  22. Serius cantik tempat dia. View dia pun memang kira macam instagram able habis lah. Sesuai sangat untuk buat event

    ReplyDelete
  23. nak buat kenduri tak kira dalam skala apa, dah ada tempat ni.. senang tak payah nak selerakkan rumah.. hee~ view pun cantik untuk tetamu OOTD..

    ReplyDelete
  24. Rawlins suka lokasi dia yang ada indoor dan outdoor venue camnie. Dah la banyak kemudahan kan. Pakej dia pun menarik

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2