hai assalammualaikum

Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat Bermula Dari Dalam - Setiap orang ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik. Dalam penjagaan rambut, kebanyakan kita bila ada masalah rambut, selalu terfikir, mungkin tersalah pilih produk shampoo ke apa. Tapi, korang nak tau tak, sebenarnya, penjagaan rambut perlu bermula dari dalam untuk menguatkan dan menghidupkan rambut kita. Sama je macam kita nak cantik muka, minum suplement untuk dapatkan kulit yang sihat dan menawan, begitu juga rambut. Barula kita dapat kulit kepala yang sihat dan rambut yang cantik.



Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala Yang Sihat Bermula Dari Dalam

Haritu, nad bervirtual meeting bersama-sama dengan Ms Rozzana Chung Abdullah, Penasihat Penjagaan Rambut dan Ms Min Lee, Perunding di BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd dan beberapa orang lagi untuk mengetahui bagaimana kita dapat menghidupkan semula rambut kita dari dalam, menguatkannya dan memiliki kulit kepala yang sihat, apakah nutrien yang tepat untuk mencapai rambut yang sihat dan produk terbaru dari BiO-LiFE®, formula khas 4 dalam 1 membantu kita mencapai rambut yang cantik dan sihat dari dalam.


Rambut ni adalah " mahkota " berharga bagi seorang wanita atau lelaki, yang menggambarkan gaya keperibadian menyerlahkan ciri feminin atau maskulin, personaliti dan paling utama, melambangkan kesihatan kita. Memang ramai yang ikut trend dalam menggayakan rambut, ada kalanya bukan mudah untuk mengekalkan penampilan rambut – walaupun jika anda hanya ingin menyimpan rambut lebat kerkilat.

Tak kisahlan rambut pendek atau panjang, kita suka buat pelbagai gaya rambut untuk nampak menawan sehingga mendedahkan kita terhadap pelbagai bahan kimia semasa mengerinting, meluruskan, mewarnakan rambut, serta menggunakan produk-produk rambut secara berlebihan. Dalam jangka masa panjang, ia akan melemahkan folikel rambut sehingga menjadi kering, rapuh dan mudah putus. Akhirnya, rambut kita akan menjadi kurang bermaya dan tidak sihat!

Jangan Ambil Mudah Penjagaan Rambut

Semestinya, ramai antara kita akan bimbang apabila rambut tiba-tiba tidak bemaya dan kekurangan zat! Demi pertumbuhan rambut yang sihat, apakah zat-zat yang perlu diambil oleh wanita dan juga lelaki untuk mengukuhkan rambut dari dalam?


Ni antara perkongsian daripada Pn. Rozzana Chung Abdullah, Penasihat Penjagaan Rambut, pengalaman lebih 30 tahun, telah melihat beribu-ribu kulit kepala dan merawat para wanita dan lelaki bagi menangani masalah rambut mereka ke arah rambut yang subur dan sihat.

“Jika anda melihat rambut seakan tidak bemaya, kemungkinan besar bahawa ia mengalami kekurangan nutrisi. Inilah masanya untuk ambil tindakan dan pastikan anda membekalkan rambut dengan nutrisi yang betul bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dari dalam. Kenalpasti dan elakkan amalan rambut yang tidak bagus dan mulakan mengambil langkah yang betul untuk penjagaan rambut yang terbaik,” kata Rozzana.


Kalau korang nak tau kita semua mempunyai 100,000 rambut (ada yang mungkin ada lebih ; antara 120,000 -130,000) dari 100,000 folikel di kulit kepala kita. Boleh tak bayangkan betapa banyaknya rambut kita dan kita perlu jaga rambut kita dengan betul.

Rambut terdiri daripada protein bernama keratin yang dihasilkan dalam folikel rambut di lapisan luar kulit. Folikel rambut memerlukan zat seperti protein, vitamin dan mineral untuk membina tunjang rambut yang kuat bagi menghasilkan helaian rambut yang sihat.

Ni la ilmu yang nad dapat, selalunya nad kalau bab rambut, lebih fokus kepada produk, tapi sebenarnya, rambut ni memerlukan nutrisi dari dalam bagi menghasilkan rambut yang sihat.


Tak salah pun nak warnakan rambut, nak buat gaya apa pun dekat rambut, tapi pastikan rambut cukup nutrein supaya kekal sihat dan cantik.

Faktor-Faktor Kekurangan Zat dalam Rambut
Selain, penggayaan rambut, tekanan sekeliling, faktor pemakanan juga memberi kesan kepada rambut kita. Apabila kurangnya protein, mineral, asid lemak penting dan vitamin (iaitu vitamin B-kompleks) dalam pemakanan ia boleh mengakibatkan kecacatan struktur rambut.



Cik Min Lee, Perunding di BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd. berkata “Mereka yang mengamalkan diet pemakanan yang ketat juga harus memberi perhatian untuk memastikan kesihatan rambut. Kekurangan protein dalam masa dua atau tiga bulan boleh memberi kesan yang buruk terhadap kualiti rambut anda. Semasa mengamalkan diet pemakanan, anda juga perlu membekalkan khasiat untuk rambut dengan zat nutrisi yang betul. Di samping itu, kita juga perlu ingat bahawa penyerapan zat akan menjadi lemah apabila usia kita meningkat. Justeru, kita perlu memastikan rambut dapat dibekalkan zat yang betul demi kesihatan rambut.


“Kita juga perlu peka jika rambut menjadi rapuh, kering, pudar dan menampakkan uban pramatang. Ini merupakan petanda akan kekurangan zat dan perlulah ditangani dari dalam dengan membekalkan zat yang tepat ke dalam pemakanan,” tambahnya lagi.

Hah, siap sedia bila nampak uban dekat rambut ye..hehehe..

Tip Rambut Sihat untuk Wanita Muda

Sekarang ni la masanya untuk kita tau mengenai penjagaan rambut yang betul. Boleh tengok, masalah rambut ni bukan sahaja berlaku pada orang dewasa malah masalah rambut ni terjadi dekat mereka yang muda remaja. Ini disebabkan kekurangan nutrisi dalam pemakanan kita. Jadi, sangat penting untuk memastikan rambut kita mendapt nuterin yang betul. Bila rambut kita sihat, kita akan lebih yakin dan beri kesan psikologi positif kepada kita.


Haritu, nad bersama dengan salah seorang Digital Content Creator, YouTuber & Penyunting Pen My Blog, Shivani Balraj, berkongsi cara kami menguruskan rambut seharian.




Macam nad sendiri, untuk wanita bertudung memang sangat mencabar dalam penjagaan rambut. Seharian memakai tudung apabila keluar, dengan rambut tertutup, mesti akan ada masalah yang terjadi, seperti panas dan rambut mula gatal dan tergaru. Nak buat aktiviti pun rasa tak selesa je. Nad mulai sedar yang masalah rambut nad makin serius selepas berkahwin dan melahirkan anak. Memang ramai kawan nad cakap, lepas ada anak diaorang pun mengalami masalah rambut yang sama.

Macam nad kata tadi, nad lebih pentingkan produk dan tips yang diberi, tapi rupanya, rambut perlu cukup zat nutrisi dari dalam bagi mendapatkan rambut yang kuat dan sihat.



BiO-LiFE® reVitiz,  Kembalikan Kesihatan Helaian Rambut dari Dalam

Ok, korang, sekarang nad tengah mencuba produk baharu BiO-LiFE® reVitiz ni. BiO-LiFE® reVitiz baru, suplemen kesihatan, membantu pemulihan rambut, pengukuhan rambut dan perawatan kulit kepala. Ini adalah formulasi 4-dalam-1 yang terdiri daripada nutrien penting yang ditawarkan di pasaran.


Kandungan dalam BiO-LiFE® reVitiz
- L-Cysteine Hydrochloride, asid amino sulfat tertinggi yang merupakan elemen asas untuk keratin rambut bagi menghasilkan rambut yang sihat dan kuat dari dalam
- Vitamin B Complex (B3, B5, B6 dan B7) dan Vitamin C dalam BiO-LiFE® reVitiz menyuburkan kulit kepala untuk menguatkan helaian rambut
- Gabungan Mineral zat besi, zink dan tembaga yang boleh membantu untuk menambahbaikkan nutrisi rambut serta mengembalikan kesuburan rambut. Kekurangan zat besi, yang sering disebut sebagai salah satu sebab utama rambut kekurangan zat.
- Ekstrak Horsetail, sejenis herba yang menyediakan silika semulajadi (terdapat pada rambut secara semulajadi dan merupakan unsur surih ketiga paling banyak di dalam badan) untuk memberikan sinaran yang cantik kepada rambut.

BiO-LiFE® reVitiz hadir dalam bungkusan mengandungi 30 kapsul dan cara mengambil dengan hanya sehari 1 kapsul sahaja. Ia tidak mengandungi gula, ragi, derivatif susu, gluten, bahan pengawet dan perisa tiruan. Oleh itu, selamat untuk dimakan dan disahkan halal.



Encik Balaji Rajagopal, Pengurus Besar Malaysia & Singapura, BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd, juga berkata, "Pada usia apa sekalipun, rambut yang rosak dan tidak bermaya  adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. Namun begitu, penjagaan dan penyuburan rambut dengan zat nutrisi yang betul, para wanita dan lelaki dapat menangani masalah rambut mereka dengan lebih yakin. BiO-LiFE® reVitiz membantu untuk menyuburkan rambut dengan zat nutrisi yang betul supaya rambut tumbuh sihat dan kuat dari dalam. Melalui penambahbaikan dan inovasi yang berterusan, kami sedia membawa lebih banyak produk yang bermanfaat untuk pengguna kami.”

BiO-LiFE® reVitiz boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara termasuk Aeon Wellness, Careing, Guardian, Watsons dan farmasi tempatan yang lain. BiO-LiFE® reVitiz dijual pada harga RM 64.90 setiap pek 30 kapsul. Sila lawati http://Biolife.2.vu/reVitizML untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BiO-LiFE® reVitiz (MAL 18096014NCR).

Memang banyak ilmu berkenaan rambut nad dapat pada haritu. Sekarang, nad akan pastikan rambut nad dapat zat nutrisi yang betul.
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Informasi yang bermanfaat. Produk Bio Life memang banyak membantu kita menjaga kesihatan. Penjagaan rambut amat penting. Supplementary macam ni juga wajib ambil untuk top up kekurangan dalam diri kita. Al maklumlah zaman sekarang banyak proses food kan.

    ReplyDelete
  2. Rambut kalau spoil, spoil lah seharian. ebih-lebih lagi kat rumah sebab x bertudung kan. Sakit hati je tengok. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Ya betul tu. Segalanya bermula dari dalam kan. :)

    ReplyDelete
  4. rambut gugur adalah masalah terbesar ibu-ibu, bila sikat mesti banyak rambut jatuh, memang kene vakum selalu. Tq sharing nad, mana tahu boleh cuba produk ni pula

    ReplyDelete
  5. Fiza pun kadang2 dah tahu mcm mana nk atasi rambut gugur nie.. stress kot.. lg stress ngk rambut berguguran kat lantai.. boleh try suplement nie pula

    ReplyDelete
  6. KakYa ada masalah rambut gugur. Kalau mandi jer mmg banyak la yang gugur. Masa sikat rambut pom sama selalu sgt gugur. Tq tau Nad sharing tentang produk ni .. mnt try usha2.

    ReplyDelete
  7. wow, hari ini banyak blogger share about BiO-LiFE® reVitiz. Mesti la guna for great hair kan

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ni. Asyik fokus pada shampoo saja pun tak cukup juga. Dia kena ada penjagaan dalaman juga.

    ReplyDelete
  9. Tambut adlaah mahkota setiapmorang jadi perlulah dibaja dengan baik dan guna prosuk terbaik.

    ReplyDelete
  10. BBL ada masalah kulit kepala selalu gatal..agak2 sesuai tak guna bio-life ni. nak try la mana tahu berkesan dengan kulit kepala saya

    ReplyDelete
  11. Pakai tudung ni memang satu masaaalah dalam penjagaan rambut kann, setiap hari nak cuci, kena makan vitamin, letak serum, banyak nauu kena jaga.. sampai tiap kali nak beli barang penjagaan, suami 10x tanya pun dia tak faham juga hahahahaa nnti nk try Bio Life ni plak laaa

    ReplyDelete
  12. this is very interesting... rach pun nak beli dan cuba!!

    ReplyDelete
  13. Betul tu rambut ni even pakai tudung tapi kalau rasa tak selesa mesti rasa tak best je seharian tu. Memang kena jaga rambut ni betul2 💯

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblogwalking ke sini ^^

    Wahh menarik ni. Ingatkan peranan shampoo ja penting XD Dalaman pun kena jaga juga rupanya. Banyak info yang bermanfaat. Terima kasih di atas perkongsian ^^

    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    ReplyDelete
  15. I agree, we have to take good care of our crowning glory from inside out.

    ReplyDelete
  16. ye kak, dah nak masuk fasa 30-an ni dah terasa, kena jaga semuanya, sebab collagen makin menipis

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2