Ni pertama kali nad makan squid flower ni. Ni pun sebab nad dapat dari seseorang. Mula tak tau nak masak apa, last-last pilih masak sambal jela. Seben

 hai assalammualaikum
 
Resepi Squid Flower Pedas - Ni pertama kali nad makan squid flower ni. Ni pun sebab nad dapat dari seseorang. Mula tak tau nak masak apa, last-last pilih masak sambal jela. Sebenarnya squid flower ni dari sotong biasa tapi dipotong dalam bentuk macam ni. Tu rupanya cantik sikit tu..heehhee. 
 

 
Rupa squid flower macam ni la. Sotong yang dipotong secara corak melintang , kemudian baru dipotong kecik-kecik. Apabila diletakkan di dalam air mendidih, kepingan segitiga melilit seperti bunga putih yang indah.



Ni la dia hasil masakan dari Squid Flower. Nad masak Squid Flower pedas..nyumnyum

Bahan-bahan
- Cili kering 10 tangkai ( rebus dan toskan )
- Serbuk cilik
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 3 ulas
- Ikan bilis sedikit
- Garam
- lobak merah
- daun bawang

Cara membuatnya
- Blend cili kering, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
- Masak bahan blend sehingga naik bau
- Masukkan serbuk cili dan gaul sekata bersama bahan tumisan sehingga masak
- Masukkan sotong dan gaul sekata
- Kemudian masukkan sayur lobak dan daun bawang, kacau sekata lagi.
- Masukkan garam cukup rasa dan gaul sampai masak.

Siap, selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. baru first time tgk squid flower... unik nyaaaa

    ReplyDelete
  2. Tak rajin nak jadi kan flower tu. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak..akak pun xpernah makan squid flower lagi

    ReplyDelete
  4. Dah mcm nak masak tteokbokki dah... Bentuk Squid je beza sikit dr tteok

    ReplyDelete
  5. Wah nampak menarik dan sedap nie Nad..

    ReplyDelete
  6. teringat keropok sotong mcm nie kan.. tp first time ngk squid flower

    ReplyDelete
  7. Wahhh sotong cmni nampak comel je... Teringin nk mkn pedas lg tp xboleh wt masa ini

    ReplyDelete
  8. Sedapnye... bolehlah try resepi ni nanti mmg fav sotong ni

    ReplyDelete
  9. Nyummmsss sedap nyer, i like sambal sotong juga.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya sambal sotong. Tapi nampak masakan kita tu cantik kan sebab sotong tu bercorak corak.

    ReplyDelete
  11. beli frozen ke? lps tu didihkan eh?

    ReplyDelete
  12. Cantiknya..
    Mesti pejal kan isi dia.
    Elok cantik terbentuk je rupa dia tu...

    ReplyDelete