hai assalammualaikum

TapauSab Event : 32 Helai Baju Hanya RM10 Di Jalan Jalan Japan, Harga Giler!! - Korang percaya tak, nad dapat 32 helai baju dengan hanya RM10 sahaja? Yeszaaa, ni betul tau, bukan main-main. Tapi, boleh dapat baju sebanyak ni dengan harga ni hanya pada hari TapauSab event sahaja. TapauSab Event Jalan Jalan Japan hanya ada sebulan sekali sahaja iaitu pada hujung bulan hari Sabtu. Macam nad pergi hari Sabtu lepas dekat Jalan Jalan Japan One City. 


 

TapauSab Event Jalan Jalan Japan

Hari TapauSab Event ni, korang boleh dapat tawaran harga terbaik untuk pakaian preloved yang ada dekat sana. Sebelum ni nad pernah pergi, yang hanya ada pakaian untuk wanita dan kanak-kanak. Haritu nad pergi, dia tambah koleksi untuk lelaki. Berbaloi pergi TapauSab Event ni.


 

Harga TapauSab Event

RM5 untuk 1 plastik
RM10 untuk 3 plastik

Bayangkan, dapat harga baju preloved dengan harga macm ni, memang berbaloi. Kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni menjual barang-barang preloved dari Japan. Semua barang yang ada dekat sini, semuanya cantik-cantik dan lawa. memang tak dijangka dengan harganya bila korang tengok. Jalan Jalan Japan ni ada banyak outletnya, korang boleh pergi yang berdekatan.

Macam ni la keadaan TapauSab Event. TapauSab Event berlaku di depan pintu masuk Jalan Jalan Japan. Baju dilonggokkan di dalam tray, dan korang kena pilih sendiri baju yang korang berkenan. Jangan risau, semua baju dekat sini dijamin kebersihannya.

Kalau datang TapauSab ni, memang akan habiskan masa yang lama ye, sebab nak tengok satu-satu tray baju yang cantik dan sesuai dipakai. Dah habis tengok dengan pakaian wanita, pergi pulak dekat bahagian kanak-kanak..hahaha. Lepas tu bahagian lelaki pulak. Ya, semua baju kena ambil, takkan baju kita je kan, kecik hati anak-anak dan suami tak ambil diaorang punya..hehee.

Mungkin korang fikir, 'ala preloved je pun'..oopss, barang dekat sini bukan berkualiti rendah tau. Pakaian dekat sini semua cantik, jahitan kemas, dan selesa. Ada juga baju tebal, baju sejuk yang tebal, korang boleh dapat.

Cara Memasukkan Baju Ke Dalam Plastik

Selepas korang pilih baju yang korang berkenan dan masukkan dalam bakul, korang pergi ke meja untuk buat lipatan baju pulak. Sebelum tu pergi ke staff yang jaga, mintak beg plastik. Hah part ni yang kena buat betul-betul, supaya baju yang korang ambil banyak tu boleh muat dalam plastik. 1 plastik boleh muat dalam 10 ke 20 baju, itupun kalau pandai lipat dan susunla..hehee.




 

Hah lipat baju sekecil-kecilnya, dan masukkan dalam plastik, susun dan tekan baju ke dalam plastik dengan berhati-hati tanpa mengoyakkannya. Boleh tengok video nad sumbat baju dalam plastik.

Selepas tu, pergi ke kaunter staff tu semula, dan dia akan selotep plastik tu. Yeah siap, dapat 3 plastik..wihuuuu..

 Nad dapat 32 helai baju, dengan hanya RM10 sahaja..Gembira tak terkata..hehhe..







Jadi, ni la OOTD nad, baju yang nad dapat masa TapauSab Event Jalan Jalan Japan.

Kebanyakannya nad dapat baju sahaja, sebab bahagian skirt semua pendek-pendek. Tak sesuai dengan nad. Untuk anak-anak baju dan seluar. Untuk suami baju sahaja juga.

Nampak kan, baju nad grab semua cantik-cantik. Kondisi baju pun dalam keadaan baik dan sempurna. Saja ambil baju sejuk satu, sebab warna dia cantik, pinky gitu. Walau tau tak boleh travel negara luar, boleh je bawk pergi masa bercuti Cameron ke..hahaa..Ingat Malaysia takda tempat sejuk ke..hehee..

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Woww byk jugak dapat tu dalam 3 plastik. Harga pon murah giler rm10 jer. Fuhh kalau dekat2 nak jugak terjah..

    ReplyDelete
  2. good info. tak pernah pun ammi tau bab ni. kat area rumah mama ammi kat seremban tu ada 1 outlet JJJ ni. tapi ammi tak pernah pun masuk

    ReplyDelete
  3. Semua saiz ada ke ni?? Biasanya baju2 gini saiz Nad je banyak. Saiz akak ni mau seminggu baru jumpa saiz. hahaha

    ReplyDelete
  4. bajuuu ni, klu pandai bergayaaa.. rm1 pun cantik kan

    ReplyDelete
  5. wow..bnyak tu. serius berbalooi la kalau beli bj preloved yg cantik2 dgn hrga mcm tu. 3 plastik tu dh brape bnyk bj ada tu..wah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah seronoknya gi sini mmg tapau habis nampaknya haha..memang murah berbaloi ye!

    ReplyDelete
  7. Wow memang murah gila kan. :) Kenapa nak bazir duit beli yang mahal-mahal sedangkan RM1 pun cantik.

    ReplyDelete
  8. Wahh berbaloi teruk ni! Yang penting semua selesa dan nampak bergaya dan dalam keadaan elok lagi pulak tu. Kena terjah juga ni nanti!

    ReplyDelete
  9. Tempat ini mmg bagus utk mrk yg sdg cari baju atsu produk pre loved kan?

    ReplyDelete
  10. Haha ni jualan ke derma? Murah bebeno RM10 dapat 32 helai baju. Baju dia pon bukan main cantik tengok tu. Nak terjah jugak la

    ReplyDelete
  11. Wow, murah gila tu! Macam tak percaya. Bundle pun tak murah mcm tu.

    ReplyDelete
  12. pernah pi sini tapi tak tau plak pasal event ni. murah yakmattt. nanti nak pi la. thanks sharing

    ReplyDelete
  13. Wow.....32 outfits for RM10? That’s awesome. Trendy2 juga baju2 dia ek. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  14. Kak mid klu dulu gi sini cari baju winter yg murah2 tapi sekrg x bole keluar negeri kena cari baju pakai harian...murah giler weh

    ReplyDelete
  15. Perghhh 32 helai hanya RM10.. Sangat sangat berbaloi ni... Baju Kitkat size XL sure tak dpt sebanyak tue tapi dalam 15 helai for RM10 pun sgt2 berbaloi kan...

    ReplyDelete
  16. Astaga. Nad nie sengaja nak mempengaruhi Rawlins kan? Kalau RM10 dapat baju cantik-cantik gitu, memang sangat-sangat berbaloi

    ReplyDelete
  17. Berbaloi beli. Walau prelove tp barang2 dia berkualiti. Cantik2 plak tu.

    ReplyDelete
  18. seriusly nad? baju dah la cantik dan elok lagi tu. 32 for RM10. ni nak pancing ke sana ke apa.. tak aci la takde kat sini huhuhu

    ReplyDelete
  19. Serious aaa Nad?... Aduh, ni yang nak kena pergi ni... cantik la baju sejuk yan gNad grab tu!!! I is jeles... baik, dengan ini akan ku tandakan di calendar untuk pergi ke Tapausab Event... 31//10/2020 wait for ibu ya Tapausab Event... hehehehe...

    ReplyDelete
  20. Mak aih murahnya! Dan tengok awak pakai tu elok2 je bajunya.

    ReplyDelete
  21. Setiap hujung bulan ke jjj buat tapausab ni dan kat outlet mana dia buat? Semua outlet ke

    ReplyDelete
  22. besntnya JJJ ni... untung siapa dapat ke sini grab peluang yang ada.. barang pun masih cantik-cantik..

    ReplyDelete
  23. Fuhh banyak borong ea.. Cantik baju kena pandai cari kan. Kalau pandai match mmg nampk mewah je

    ReplyDelete
  24. murahnyaaaa ! kalau ada kat johor kan best

    ReplyDelete
  25. cantik2 la baju dia nad.. wah bbaloi gini.. cuma tkt ramai sgt la plak, huhuhu

    ReplyDelete
  26. Wah memang berbaloi baloi beli kat Jalan Jalan Japan, RM10 for 32 helai baju omg... best kan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2