SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK, TEH HERBA BAGUS UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

 hai assalammualaikum
 
Supercube Molasses Herbs Drink - Sejak PKP ni, badan cepat betul rasa penat, 2 kali ganda penatnya. Yela, terperap dalam rumah, dengan kerjanya, dengan anaknya. Bila dapat berehat, nikmatnya, walaupun sekejap. Masa tu dapat tenangkan fikiran, otak dan rehatkan seluruh badan ni. Sambil berehat, nad akan minum sesuatu yang hangat untuk melegakan seluruh badan. Selalu nad minum air teh biasa, tapi haritu nampak kawan-kawan minum Supercube Molasses Herbs Drink ni, terus nad cuba. Memang rasa kelainan ye bila minum air Molasses herbs ni, terasa nikmat satu badan.



Supercube Molasses Herbs ni ada pelbagai jenis:-
- Supercube Molasses Herbs Ginger & Lavender
- Supercube Molasses Herbs Red Dates & Goji Berry
- Supercube Molasses Osmanthus & Roses

Setiap kotak ada ada 20 cube dan ada kelebihan dia sendiri. Masa nak cuba tu, tak terfikir pulak rasa dia. Sebab nampak ada perisa dekat kotak, mestilah rasa sedap kan..hahaha. Ya!!, memang semua sedap, bau pun wangi tau. Lagi satu, kotak dia lawa, warna warni, memang tarik perhatian untuk kita cuba..hehee.
 

Kalau tanya nad mana nad suka, nad suka semua..hehehe. Nad ambil ketiga-tiga minuman teh herba Supercube Molasses ni sebab nad memang perlukan semua. Bukan nad minum sorang,minum sekali dengan suami.
 
Masing-masing dengan kerja masing-masing, kadang stress, kurang tidur, pada masa sama nad masih menyusukan anak. Banyak sangat kerja dalam kepala ni tau. Lagipun supercube molasses herbs ni takda kaffein, memang bagus untuk tubuh badan kita dan banyak khasiat.

Lagipun, minuman herba ni elok untuk kita ambil. Selalunya minuman herba ni kita kena rebus kan, tapi ni tak perlu. Supercube Molasses Herbs ni lain dari lain, bukan dalam serbuk atau uncang tapi bentuk dalam kiub. 
 

Cara nak minum pun senang. Masukkan satu kiub tu dalam cawan dan tuang air panas, kacau dan boleh minum. Nak minum cara sejuk pun boleh. Ikut korang suka yang mana. Macam nad suka minum panas, dapat menhangatkan, menenangkan badan dan fikiran.


Dalam satu kotak ada 20 cube, dan setiap cube dibungkus dengan plastik. Jadi cube tu selamat, tak pecah, dan terjamin kualitinya.

Apa itu Molasses?
 
Kalau korang nampak, setiap kotak ada perkataan Molasses. Hah!!, tu bahan utama dia. Apa itu Molasses? Mesti korang nak tau kan.
 
Molasses ni adalah gula dalam Supercube dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Proses yang sama tapi dibuat di Malaysia. Dibuat dari tebu yang diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk. 
 
Apa beza dengan molasses sugar di pasaran? 
Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya di campur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. 
 
Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.

Kelebihan:
1. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
2.  Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.

Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.

Nad dah minum ketiga-tiga Supercube Molasses Herbs Drink ni, memang semuanya sangat bagus. 

 

Supercube Molasses Herbs Drink Ginger & Lavender (calm & soothe - help in soothing body and mind)

Setiap pagi, sebelum buat apa-apa kerja, sebelum anak bangun, nad akan berehat sambil minum Supercube Molasses herbs Ginger & Lavender . Bau aroma tu dah menenangkan jiwa ni..hehe. 


Dalam ni ada 10 cube Molasses Ginger dan 10 cube Molasses Lavender. Yang halia tu memang rasa halia. Yang Lavender tu sedap bau dia,

Sebelum buat kerja, nak bagi badan lebih segar, lebih bermaya, nak hilangkan stress, mulakan dengan minum air ni. rasa terus bersemangat nak bekerja tau..ehhee. Tapi Supercube Molasses herbs drink ni korang boleh je minum malam juga. Bila-bila korang suka.

Lagi satu, ia bagus untuk buang detox , buang angin. Yela, kadang perut ni meragam, tak selesa, mestila kita akan minum air halia kan. Hah!!, ni dah siap dalam kiub , tuang air panas dan minum. Halia dan lavender dapat menghilangkan rasa tidak selesa yang disebabkan angin terperangkap, masalah pencernaan, migrain atau kegelisahan. Selain itu ia juga membantu menenangkan badan dan minda kita.

 

Supercube Molasses Herbs Drink Red Dates & Goji Berry ( nourish & boost - helps in menstruation and pregnant mothers )

Minuman ni sesuai untuk ibu yang berpantang, mengandung dan menyusukan anak. Red Dates dan Goji Berry adalah makanan super terkenal yang menyediakan banyak vitamin dan mineral. Dua bahan ni banyak kelebihannya, sangat membantu wanita semasa haid/datang bulan mengalami senggugut, ibu mengandung yang ada masalah anemia, membantu beri tenaga kepada ibu yang berpantang lepas melahirkan dan menambah susuk bagi ibu yang menyusu.

Macam nad, masih lagi menyusukan anak. Bila nad minum Supercube Molasses Herbs Drink Red Dates & Goji Berry ni, nampak juga susu tu bertambah. Mana yang ibu menyusu tu cubala minum ni. Mana tau boleh tambah pengeluaran susu korang, sambil bagi tenaga dekat badan korang tu.

Masa datang bulan pun nad ambil Supercube Molasses Red Dates & Goji Berry ni, bagi kurangkan sakit senggugut. Ya, nad masih ada lagi senggugut, sampai sekarang bila datang bulan. Mana yang pernah kena tu , taula macam mana sakitnya. Baring jela. Memang selalu minum air suam, nak kurangkan. Tapi bila ambil Supercube Red Dates & Goji Berry ni, rasa kurang sikit senggugut tu.

Satu kotak ada 20 cube, 10 cube Molasses Red Dates dan 10 cube Molasses Goji berry. Nak minum ambik satu cube je mana satu korang nak minum setiap hari.


Supercube Molasses Herbs Drink Osmanthus & Roses ( relax and heal - help in lowering stress level and getting quality deep sleep )

Dari dulu lagi nad ada masalah tidur. Tak cukup tidur, penat buat semua benda. Kadang waktu tidur tak tentu, terjaga -jaga. Bila bangun je dah pening kepala. Lepas tu cuba minum Supercube Molasses Herbs Osmanthus & Roses ni sebelum tidur. Alhamdulillah, malam tidur lena sangat. Bangun tidur pun rasa segar je biji mata ni. Rasa segar badan ni. Macam ajaib tau, lepas minum je terus rasa nak lena, tidur nyenyak betul, memang tak terjaga-jaga macam selalu.

Tengok kiub tu ada bunga kan. Masa minum makan sekali bunga-bunga tu..ehhee. Osmanthus dan Roses, kedua-dua ni mengandungi Vitamin B3 yang dapat membantu menurunkan tahap tekanan dan tekanan darah. Sebagai minuman bebas kafein, minuman herba Molasses ini sangat sesuai korang ambil waktu malam sebelum tidur. Minum pada waktu malam untuk melawan insomnia, dapatkan tidur nyenyak dan bangun dengan segar. 

Tak bagus tau, kalau tidur tak cukup, ada penyakit insomnia ni. Nak buat kerja pun tak produktif. Cubala minum Supercube Molasses Herbs ni. Bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

Ni rupa cube tu dalam kotak Osmanthus dan Roses.

Korang kena cuba minum Supercube Molasses Herbs drink ni tau. Memang elok diambil, cara penyediaannya pun senang. Bentuk pulak dalam bentuk kiub. Setiap kotak ada bahan tersendiri dan kelebihan tersendiri. Semua orang boleh minum, lelaki dan perempuan. Bagi dekat mak ayah kita, lagi bagus ni untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

Ambik satu cube je, masukkan dalam cawan, dan tuang air panas. Boleh diminum panas atau sejuk.

Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.

Musim PKP ni , kita kena banyak bersabar, tenang, dan perlu tidur yang cukup. Makin stress makin membahayakan kesihatan..huhu. Jadi, korang kene dapatkan produk Supercube Molasses Herbs drink ni. Rugi tak cuba.

Korang boleh dapatkan dari wakil jualan Supercube. Search je #supercube dekat instagram, hah pilih je mana korang berkenan.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Supercube Molasses Herbs Drink ni boleh layari:

Website: https://supercube.my/

Facebook: https://www.facebook.com/supercube.hq

Instagram: https://www.instagram.com/supercube.hq/

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. Looks so easy and convenient to enjoy. :)

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tau ada tea cube macam ni. Bagus ni kalau bawa pi travel... mesti sedapkan Nad rasa roselle dalam tea..

    ReplyDelete
  3. menariknya buat dalam bentuk kiub. ada macam2 perisa plak tu. packaging cantik sngat

    ReplyDelete
  4. Sedap kan?! Tak try lagi lavender punya. Nanti nak try minum dengan ais pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi jenama nih, nampak menarik sekali packagingnya penuh bunga-bunga tu

    ReplyDelete
  6. Cantiknya packaging dia. Ni kalau buat gift pun ok. Rasa mcm nk try yg ginger lavender tu.

    ReplyDelete
  7. Menarik siap ada lavender dan date kat gula tu. Rupanya ada pakai syruo utk dia jadi gelap. Nak kena try ni.

    ReplyDelete
  8. Rawlins ingatkan healthy food rupanya drink ye. Astaga. Ketinggalan betul diriku ini.
    Menarik plak kejadiannya kan

    ReplyDelete
  9. Teh herba dengan goji berry tu mesti bagus utk kuruskan badan kan

    ReplyDelete
  10. Cantik cube dia. Nur ingatkan Ginger Lavender tu gabung. Baru laaa excited nak baca review Nad rasa gabungan 2 bahan tu. Rupanya asing

    ReplyDelete
  11. 1st time heard about this brand & it's nicely prepared in cubes, nak try juga esp the red dates & goji :D Yumm...cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka semua flavour. Memang lena tidur lepas minum supercube ni. Bangun tidur pun senang, badan pun rasa bertenaga.. memang bestlah kesan dia!

    ReplyDelete
  13. wah memang menarik produk ni. nama pun unik. terasa nak cuba jugalah. tertarik betul dengan packaging colorful

    ReplyDelete
  14. First time nampak tea dalam bentuk cube.

    ReplyDelete
  15. akak suka semua, yg gingger tu minum malam..heheheh tu pun lepas sejuk sekali teguk , best ..gioji best wangi dan maniss sedap.

    ReplyDelete
  16. having tea after a long day at work is the best. love how convenient and beautiful these cubes are!

    ReplyDelete
  17. Gotta check this out! Look so convenient and cute!!People sure ask, what am I drinking

    ReplyDelete