MUDAHNYA MASAK DENGAN SOS MAHSURI

in , by Nadia Johari, 23:21:00
 hai assalammualaikum
 
Mudahnya Masak Dengan Sos Mahsuri - Haritu dapat review untuk cuba produk Mahsuri. Sejujurnya, itu pertama kali nad cuba sos Mahsuri ni. Selama ni nad guna sos kipas udang, adabi, sos yang biasa pakai. Sos Mahsuri ni ada macam-macam jenis, sama macam sos yang lain, macam sos tiram, sos kicap, tapi kelainan lagi, sos ni ada sos 3 rasa. Semua sos ni pun dah ada perisa yang lengkap tanpa perlu tambah apa-apa perisa dah.
 

Macam sos tiram tu mestilah tambah peris. Tapi macam sos kicap pedas dan sos 3 rasa yang nad pernah guna ni, tak perlu tambah apa-apa perisa. Tuang je sos dah siap hidang..heheehe. Tak perlu banyak-bnayak sos nak guna, melainkan korang kreatif nak cipta menu, bolehla tambah banyak sos.


Ni resepi ikan masak kicap pedas. Nad masak cuma potong bawang merah, bawang putih dan tuang sos kicap pedas ni. Last sekali nak bagi lawa, tambah la cili besar sebagai hiasan.
 
Kicap pedas Mahsuri ni pun korang boleh sapu dekat ayam, lepastu goreng ayam tu. Jadi ayam goreng kicap. Memang sedap ada rasa pedas-pedas. Sos Kicap pedas ni pun boleh buat sambal kicap..hah!!..senang kan. 


Yang ni pulak, ikan siakap 3 rasa menggunakan kicap Mahsuri 3 rasa. Just tumis bawang merah, bawang putih, tuang sos, lepas tu tambahla sayuran yang biasa guna untuk masak 3 rasa. Tak perlu tambah perasa atau garam atau gula, sebab dah siap dengan rasa. Mudah sangat

Dalam banyak-banyak sos Mahsuri, nad suka kicap pedas Mahsuri..hehe..Sebab pedas dan boleh buat apa sahaja.

Sos Mahsuri ni ada je banyak dijual dekat pasaraya semua. Harga dalam RM2 lebih kot, lupala.hehehe.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. macam menarik ni nanti boleh la try :)

    ReplyDelete
  2. Mahsuri? Dah lama kan brand ni ada kat pasaran. Tapi saya beum penah guna. Maybe boleh try after this

    ReplyDelete
  3. Akak memang guna brand Mahsuri ni..best dana diyakini...

    ReplyDelete
  4. Samalah, sos mahsuri memang sedap dah memudahkan masak-memasak.

    ReplyDelete
  5. Sos mahsuri ni tak pernah guna, tapi sos tiram mahsuri Ai suka sebab tak melekat kat botol. Tak payah susah-susah goncang setiap kali nak guna.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2