Pastikan badan sentiasa bertenaga, muka sentiasa cantik. Terutama sekali mata, kena jaga dengan elok. Produk Ecolite Bosstick ni bukan satu jenis, tap

 hai assalammualaikum

Ecolite Boostick Untuk kecantikan Kulit, Kesihatan Mata dan Tubuh Badan - " Woww!!, Ecolite ada produk baru la, Ecolite Boostick. Menarik, ada macam-macam perisa pulak tu. Ambil semua la, kita cuba semua..hehee. ".  Salah satu produk Ecolite nad pernah rasa ialah Ecolite Joylife Birdnest botol biru, bila nampak produk baru Ecolite Boostick terus rasa nak cuba. 

Ecolite Boostick Untuk Kecantikan Kulit, Kesihatan Mata dan Tubuh Badan

Dah umur 30 tahun ni, memang la kena jaga kesihatan dalaman dan luaran. Walaupun umur dah meningkat, pastikan badan sentiasa bertenaga, muka sentiasa cantik. Terutama sekali mata, kena jaga dengan elok. Produk Ecolite Bosstick ni bukan satu jenis, tapi ada tiga jenis perisa dan sangat bagus untuk kecantikan kulit, kesihatan badan dan mata, dan buat kita sentiasa bertenaga.


Tiga perisa Ecolite Boostick yang korang boleh cuba
- Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum
- Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm
- Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest

Suka tengok packaging Ecolite ni, setiap kotak mempunyai warna yang sesuai mengikut perisa dan fungsi yang berbeza. 

 
Lagi menarik, bila buka je, ia dibungkus dalam plastik ziplock, sangat la friendly untuk dibawa kemana-mana. Dalam setiap box ada 10 paket bersaiz kecil.


Ecolite Boostick ni teksturnya memang pekat dan rasanya yang manis dari bahan semulajadi. 
 
Mesti korang nak tau kelebihan setiap satu perisa ni kan!..hehee..Ecolite Boostick ni dibuat untuk mereka yang ingin kekal sihat, cantik dan bertenaga dengan cara mudah. 


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum
 
Macam nad, kerja sebagai blogger, memang mengadap phone dan laptop setiap hari. Kadang duduk depan laptop sampai lewat malam. Mata ni, makin lama makin letih, berpinar dan rasa kabur. Cahaya skrin laptop dan handphone buat mata pedih. Jadi, sebelum jadi tambah teruk, nad ambil Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum. 


Bahan kandungan kaya dengan pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk mata seperti Buah goji, bunga kekwa, Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Jus Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, dan Asid Benzoik. . Ia dapat membantu melegakan keletihan mata,  melindungi mata, memperbaiki penglihatan, melegakan mata kering

Rasanya sedap, lebih kepada rasa bunga chrysanthemum. Selepas ambil Boostick ni, sedikit sebanyak dapat melegakan mata nad setiap kali mengadap skrin laptop dan handphone.

Korang yang mengalami masalah penglihatan dan ketegangan mata, cubala ambil Ecolite Boostick Wolfberry + White Chrysanthemum ni. Mana tau dapat selesaikan masalah mata korang. Ia juga dapat mencegah katarak, rabun, dan presbiopia, mencegah kerosakan cahaya biru, anti-pengoksidaan.


Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm
 
Kalau sebut red dates dan date palm mesti semua orang tau kan. Kurma sudah menjadi makanan seharian kita yang mengandungi banyak khasiat dan membantu beri tenaga kepada tubuh badan kita.  Campuran dua buah kurma, yang kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin untuk menyuburkan darah, meningkatkan fungsi hematopoietik, menyuburkan rambut serta melegakan sembelit.
 
Suplemen ni dihasilkan dengan teknologi tinggi dan resipi tradisional dan ia sesuai untuk semua generasi. Antara kandungan lain dalam Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm ni adalah Sirap Glukosa, Madu linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida, Air dan Asid Benzoik. Rasanya semestinya rasa buah kurma yang sedap dan manis tu.


Macam nad ni, kerja dari siang sampai ke malam, tak berhenti. Dari mengemas, menjaga anak, dan buat kerja sebagai blogger. Memang seharian tenaga banyak digunakan. Ecolite Boostick Red Dates + Date Palm ni la banyak membantu nad dalam menguruskan kerja seharian. Sentiasa bertenaga walaupun bulan puasa ni. Kerja semua dibuat dapat dibuat dengan lancar tanpa rasa lemau badan..hehe. Bulan puasa ni nad selalu ambil waktu sahur atau selepas waktu berbuka.
 
Oh, suplemen ni bukan untuk tenaga sahaja tau, tapi sesuai juga untuk mereka yang sentiasa berasa pucat dan sejuk tangan dan kaki. selain tu sesuai untuk mereka yang peredaran darah yang lemah dan senggugut. Macam suami nad, dia selalu cramp kaki, nad pun bagi dia cuba Ecolite Boostick Red Dates + Date Palm ni, dan alhamdulillah, kurang sedikit cramp kaki dia tu.


Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest
 
Hah, nak cantik berseri, sentiasa awet muda, boleh ambil Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest ni.  Kandungan tinggi air, serat dan nutrien yang terdapat pada pear cina, digabungkan dengan sarang burung mendorong pembaharuan sel kulit dan memberi khasiat tambahan. Bagus sangat kan, buah digabungkan dengan sarang burung. Memang makin cun melecun la..hehee.
 
Antara kandungan lain dalam Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird’s Nest ni adalah Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Halia, Lily Bulb, Tuckhoe, Buah Lou Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzoik.


Nak cantik cara mudah dan senang, consume je Ecolite Boostick Pear + Bird's Nest ni. Sedap sungguh rasa dia. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja sehingga lewat malam. Takdela muka tu jadi buruk walaupun berjaga sepanjang malam..ehhee.

Ia juga dapat memperbaiki sistem pencernaan dan mencegah sembelit

Ecolite Boostick ni boleh diambil pada bila-bila masa sahaja dan boleh diminum di mana sahaja. Tak kira korang tengah kerja, travel, masa waktu senaman pun boleh ambil. Sangat mudah untuk amalkan setiap hari.



Cara pengambilan, boleh diambil terus dari pek atau boleh campur dengan air kosong. 

Ketiga-tiga ni memang mempunyai fungsi yang berbeza, tapi kalau nak ambil semua, lagi bagus dan sangat elok untuk kesihatan menyeluruh. Boleh ambil 1- 2 stick setiap hari. Simpan di tempat kering dan sejuk.
 
Harga untuk sekotak sangatla murah, hanya RM38.80 sahaja,kalau ade sale, lagi murah boleh dapat RM35. Korang boleh dapatkan Ecolite Boostick ni di Guardian, Big Pharmacy, Health lane dan Family Pharmacy.
 
Korang jangan risau, produk ni selamat untuk di ambil dan halal. Telah mendapat pengiktirafan daripada KKM.

Untuk info lanjut, korang boleh layari
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. patutlah makin cantik je yanie tgk Nad skrg.. Tau dah rahsia Nad..

    ReplyDelete
  2. Zaza pun baru je try ecolite ni..serius mmg sedap sgt..harga pun murah jgk

    ReplyDelete
  3. kan nad kena cuba semua barulah nampak vogue mcm nad..senang nak bawa mana2..just koyak dan terus m inum

    ReplyDelete
  4. Teringin pulak nk cuba ecolite ni

    ReplyDelete
  5. Macam teringin je nak try boostick ni. Rasa macam sedap ajer. Nak kena ambik supplement untuk diri juga ni.

    ReplyDelete
  6. Bagus semua produk Ecolite Boostick ni, my pick is the Concentrated Red Dates + Date Palm

    ReplyDelete
  7. Oh wow! Oh wow! oh wow! So this product is good for skin, eyes, and body eh? That's an awesome combo. I might like to try it in the future. Thank you for sharing your review with me, Nad. Btw, this is a good information sharing.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya, semua dr bahan semulajadi.. selamat rasa nk amalkan..

    ReplyDelete
  9. yes brand ni memang khai familiar sebab rasanya dah lama ada di pasaran, khasiatnya pn bagus! so boleh la try juga

    ReplyDelete
  10. Ecolite Boostick Untuk kecantikan Kulit, Kesihatan Mata dan Tubuh Badan, npk menarik, cara mkn pun sng trs masuk mulut kena amalkan selalu

    ReplyDelete
  11. Haritu dah tanya Nad kenapa takde pakej yang ada ketiga-tiga kan? At least buat la starter pack ke hehehe

    ReplyDelete
  12. Tak pernah cuba lagi brand ni. Nanti bolehlah cuba, mmg sis memerlukan ni

    ReplyDelete
  13. menarik nak cuba Ecolite yang untuk eyesight tu. Akak pun consume brand Ecolite tapi yang bird nest. Memamng bagus2 produknya , yang boostick ni lagi best sebab lebih mudah nak consume sebab boleh bawak dalam beg jer

    ReplyDelete
  14. jenis sachet cmni mudah dibawa ke mana mana.. klu cmni masuk je 2 3 sachet dlm beg.. terigat boleh terus makan

    ReplyDelete
  15. Wow so these supplements can make your skin glows, and improve your eyesight as well? Sounds like something that I need alright.

    ReplyDelete
  16. Ai raya dah nak dekat ni kena jaaga kecantikkan luar dan dalam hehehe walaupun tak dapat balik beraya tapi keyakinan diri kena jaga hehehe orang lelaki atau perempuan. Produk ni khas untuk lelaki sahajakan...

    ReplyDelete
  17. Bagus ecolite ni. Sebab dah Cuba. Mmg puas hati Lps consume 3 Bulan lbh

    ReplyDelete
  18. Sure sedapkan Ecolite ni.. Tengok ingredients pun dah tertarik dengan product supplement ni.. Lagi2 yang boleh jaga mata!

    ReplyDelete
  19. Baca review semua guna ni, semua kata bagus, mudah nak minum dan bawa kan. ingat nak cuba juga laaaa

    ReplyDelete
  20. dah tengok ramai yang cakap pasal ecolite ni hee nampak menarik. nak kena cuba jugak ni hee

    ReplyDelete