Roti Toestem Pandan Kelapa, roti viral, sedap weii. Korang kena cuba

hai assalammualaikum

Roti Toastem Pandan Kelapa, Roti Viral, Sedap Oi!! - Banyak kali nampak kawan-kawan post gambar roti Toastem Pandan Kelapa Gardenia ni. Kebanyakannya semua kata sedap. Viral roti ni sampai cari kat kedai pun banyak habis. Nad memang tak cari lagi, malas nak berebut kan, tapi haritu pergi myNews, nampak roti Toastem Gardenia ni, terus ambik..hehe.


Tak sangka roti viral ni ada dekat myNews, sebab selalu tak nampak. Rezeki datang awal bulan, roti sampai banyak, tu terus grab. Lepas ni nampak lagi ambik dua terus..hahaa. Memang nad kerap shopping myNews, sebab kalau beli kudapan, atau makanan frozen, atau barang simple-simple, minuman ke, myNews nad pergi. myNews takda sesak orang macam dekat supermarket.


Roti Toaestem Pandan Kelapa Gardenia, Roti Viral, Sedap Oi!!

Disebabkan ramai dah cuba roti Toastem Pandan Kelapa ni, kita pun cubala. Taknak terlepas benda viral ni..hehe. Rupa dia warna hijau. Yang coklat sikit-sikit tu gula melaka dia. yela, roti ni, roti manis mengandungi pandan, kelapa dan gula Melaka.

Rasa dia memang rasa pandan. Makan macam tu je sedap dah. Anak-anak pun suka. Diaorang siap cakap ' mommy bau sedap la '..Belum buka plastik lagi..hahaha. Sekali makan dua keping. Rasa takda manis sangat, memag sedap la senang cerita.


Lepastu orang cakap, kalau bakar lagi sedap. Kita pun cubala bakar guna pembakar roti segitiga ni. 


Terhangit pulak roti sebab lama sangat..hahaa. Patut kejap je. Masa bakar, memang bau pandan juga. Harum semerbak bau dia. Walaupun hangus, tapi rasanya masih sedap. Betul orang cakap bakar pun sedap. Rasa macam roti disapu kaya kemudian dibakar,gitu.

Hah, masa nad post dekat instagram, masih ramai lagi tak dapat roti ni. Kene cepat-cepat la pergi kedai atau buat macam kawan nad ni, siap mintak no telefon orang kedai. Yela, senang kalau roti Toastem Gardenia ni dah sampai, tolong bagitau, boleh dia datang beli..hhehe.Comel je kawan nad ni. Nasib owner kedai layankan.


Memang ramai mencari roti ni, sampai ada yang marah, tersalah ambik roti. Kisahnya roti Gardenia putih, plastiknya tulis kelapa pandan. Jadi orang salah ambik ingat tu roti kelapa pandan viral tu, rupanya dalamnya roti putih. Marah tak boleh bawak bincang orang tu. Mungkin dia teringin sangat nak makan, tapi tersalaha. 

Orang cakap, ni biasa iklan dekat plastik Gardenia buat. Kalau tengok susunan dekat kedai, mestila diaorang ada SOP tempat letak kan. Kalau roti putih, putih je, roti Toastem, mesti roti tu je. Biasalah, orang kalau dah teringin nampak perkataan kelapa pandan terus ambik. Tak tengok bahagian dalam..huhu.

Harap korang bersabar ye. Insyallah dapat rasa tu nanti.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Memang sedap roti baru ni. Berbaloi beli.

    ReplyDelete
  2. Eh ada roti perisa baru ni ke? Tak tahu pulak. Kena cari lar.

    ReplyDelete
  3. kinah pun dah banyak kali dah beli roti ni. memang sedap.

    ReplyDelete