hai assalammualaikum

Lala Masak Butter Yang Pastinya Sedap Dan Memikat - Korang ok tak tu? Dah Masuk Fasa 2 mestilah ok sikit kan..ehehe. Dah boleh merentas daerah, dah boleh beriadah, dah boleh ke sana sini lebih 10km, kan. Jadi sesekali jela masak , sebab dah boleh dine in. Malas masak kita makan luar, gitu. Bila rajin masak, tak tau nak masak apa, hah ni dia resepi Lala masak butter ada.Mesti ramai suka masakan butter kan. Sekarang butter jadi pilihan.

Nak buat masakan butter ni tak susah, bahan pun tak banyak pun. Ramai je dah buat resepi butter, tapi sajala nad nak kongsi juga. Mana tau anak nad nak masak ke bila dia dah besar, bolehla dia rujuk blog mommy nya ni..hehehe. Ok ni antara bahan dan cara memasaknya.


Lala Masak Butter Yang Pastinya Sedap Dan Memikat

Bahan-bahannya
- Lala 1 bungkus 
- Butter
- Bawang putih 2 ulas
- Daun kari 2 batang
- Cili padi 3 biji
- Susu cair
- Garam
- cheese dar ( optional )

Cara memasaknya
- Panaskan kuali, kemudian masukkan butter dan cairkan
- Masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi, goreng sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan gaul sehingga masak.
- Kalau nak kuah likat pekat, boleh je masukkan cheesedar. Tu pilihan korang nak letak ke tak. Nad kadang letak, kadang tak..
- Akhir sekali masukkan lala dan bagi sekata. Tak perlu letak air sebab lala akan keluarkan air. Kalau nak letak sikit je pun boleh. 
- Letak garam sedikit dan gaul dan bairkan sehingga masak
- Dah masak boleh dihidangkan.

Masak lala ni takyah lama-lama, nanti lala liat. Jadi sekejap sahaja masaknya. Selamat mencuba.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Lamanya tak beli Lala, sejk ni susah nak jumpa sebab lama tak ke pasar... siput sedut pun teringin huhuhu.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, dah lama tak makan lala, sini kerang pun susah nak dapat cepat benor habis

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2