SAMMA DENIM PAPALARIS: Sasaran Jualan Beg Terpantas di Malaysia - Siapa yang tidak kenal dengan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukri, personaliti yang sinonim dengan jenama viral, pencapaian luar biasa dan strategi pemasaran yang sentiasa mencuri perhatian. Kini, beliau kembali dengan satu lagi kejutan dengan mengeluarkan beg tangan Samma Denim Papalaris, koleksi beg tangan eksklusif yang menyasarkan untuk mencipta rekod sebagai jualan beg terpantas di Malaysia.
Semalam Dato Alif Syukri berada di Masjid India bertemu dengan peminatnya dan beliau dengan rendah hati mengedarkan jeruk dan tudung secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang tidak pernah putus. Di samping itu, Dato Alif syukri menyampaikan secara eksklusif kepada orang ramai mengenai pelancaran beg tangan terbaru – Samma Denim Papalaris, yang bakal dilancarkan secara rasmi pada Ahad ini.
SAMMA DENIM PAPALARIS: Sasaran Jualan Beg Terpantas di Malaysia
Pada Ahad ini, 3 Ogos 2025 jam 8 malam, satu detik bersejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan apabila Samma Denim menyasarkan untuk mencatat jualan beg terpantas di Malaysia, sekaligus ingin mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan sasaran jualan hanya dalam masa 3 minit 28 saat.
Ahad ini adalah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah – bukan sahaja untuk mendapatkan beg edisi khas ini, tetapi juga untuk menyaksikan bagaimana sebuah jenama tempatan melakar nama dalam rekod negara.
'Kad Gores Dan Menang' Setiap Pembelian
Lagi best, setiap pembelian satu unit beg Samma Denim akan dapat satu kad istimewa "Gores & Menang" yang menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah lumayan dan eksklusif.
Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk, Pakej Umrah, Honda CRV, Motosikal, Cincin Emas dan Barangan Elektrik
Ada banyak lagi pelbagai hadiah menarik lain yang pastinya membuatkan pembeli rasa teruja
Koleksi SAMMA DENIM
Handbag Samma Denim memang sangat cantik, material denim dan nampak premium direka khusus untuk wanita moden yang mementingkan gaya dan kualiti. Koleksi Samma Denim hadir dalam tujuh pilihan warna elegan, mempunyai saiz kecil dan besar. beg ni 'limited edition' ye.
Setiap beg menampilkan reka bentuk eksklusif dan kemasan mewah yang sesuai digayakan untuk pelbagai acara, sama ada ke tempat kerja, majlis rasmi mahupun sekadar santai hujung minggu.
Sertai Siaran LIVE Bersama Dato’ Aliff Syukri
Pelancaran rasmi dan jualan beg SAMMA DENIM akan berlangsung secara langsung melalui TikTok Live Dato’ Aliff Syukri pada hari Ahad ini, jam 8 malam.
Hah, korang kene siap sedia Ahad ni tau, join live Tiktok Dato Alif Syukri dapatkan beg idaman korang Samma Denim Papalaris ni. Sama-sama kita sokong papalaris untuk pecah rekod.
bestnya nad bersama dato' dan datin
ReplyDelete