Jom Rasai Suasana “New Zealand” di Malaysia — Farm Fresh @ UPM Serdang - Cuti sekolah lepas, nad memang plan nak bawa diaorang ke Farm Fresh UPM Serdang. Tak sempat nak bawa anak-anak tidur hotel atau mandi-manda dekat waterpark, jadi nad pun ajak keluarga ke Farm Fresh @ UPM Serdang. Sejujurnya, nad memang dah lama dengar pasal tempat ni. Selalu je tengok dekat Tiktok, dah haritu baru berkesempatan bawa anak anak datang ke sini. 

Nad tengok dekat video tu, suasana cantik, hijau, luas, dan penuh dengan haiwan ternakan. Bila sampai sendiri, baru nad faham kenapa ramai suka. Dari pintu masuk lagi dah terasa suasana ladang yang nyaman, bau rumput segar dan udara yang bersih. Terus rasa tenang, jauh dari bunyi hon kereta dan bangunan tinggi. 

Jom Rasai Suasana “New Zealand” di Malaysia — Farm Fresh @ UPM Serdang



Kalau korang nak cari tempat yang relax, tak terlalu sesak, dan sesuai untuk family outing, Farm Fresh @ UPM memang pilihan terbaik. Kawasan dia besar, penuh dengan pokok hijau dan suasana semula jadi. Rasa macam bawa anak-anak ke kampung, tapi versi moden.

Harga tiket masuk:


Dewasa (Warganegara Malaysia): RM15

Kanak-kanak / Warga Emas (Warganegara Malaysia): RM10

Pelancong Asing: Dewasa RM35 | Kanak-kanak / Warga Emas RM25

Alamat: Farm Fresh @ UPM, Serdang, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang setiap hari

Pemandangan di Farm Fresh Memang Lawa







Tempat dia takdela besar mana, tapi bolehla untuk anak-anak. Tak banyak haiwan pun yang ada dekat sini. Haiwan yang ada arnab, ayam, burung, kambing, rusa dan semestinya lembu. Boleh bagi makan dan pegang dekat beberapa binatang dekat sini. Takdela penat sangat untuk berjalan. 




Dekat sini korang boleh tengok sendiri macam mana lembu tenusu dijaga, macam mana susu diproses, dan paling seronok. Anak-anak nad pun teruja, siap bertanya macam-macam soalan tentang lembu, makanan dia, dan macam- macam lagi la.



Anak-anak boleh enjoy naik tractor yang disediakan secara percuma. Diaorang akan dibawa keliling taman. Takdelah jauh mana keliling tu, dekat je.









Tak dinafikan pemandangan persekitaran dekat Farm Fresh UPM Serdang ni memang lawa, macam dekat luar negara.

Tengok Lembu Dilepaskan ke Padang





Kalau korang pergi petang, tunggu sampai pukul 5 petang, sebab lembu akan dilepaskan ke padang. Hah masa tu boleh tengok lembu yang hitam putih tu banyak dekat padang. Boleh ambik gambar dekat lembu, bagi makan dekat lembu. 

Aktiviti Seronok untuk Satu Keluarga


Farm Fresh @ UPM ni bukan sekadar tengok lembu je tau. Banyak aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Korang boleh:
1) Bagi makan haiwan ternakan seperti kambing, arnab, dan ayam.
2) Naik tractor ride untuk pusing satu kawasan ladang yang luas.
3) Nikmati pemandangan hijau sambil bergambar di spot-spot menarik.

Untuk tractor ride ni, jadual dia memang fleksibel.
- Hari biasa (Isnin–Jumaat): Setiap jam dari 10 pagi hingga 6 petang.
- Hujung minggu & cuti umum: Setiap 20 minit sekali!



Anak-anak nad memang paling suka naik tractor ride ni. Korang jangan risau , tempat tunggu tractor ni tempat berteduh macam ni, so bila tunggu tak panas pun. Cantik sangat. 





Dari atas tractor, boleh nampak kawasan ladang yang luas, lembu-lembu tengah makan rumput, dan suasana tenang yang susah nak dapat kat bandar. Nad sendiri pun rasa seronok, sebab boleh chill sambil layan angin sejuk.

Masa dalam perjalanan naik tractor, akan ada guider akan bercerita tentang lembu dan tanaman di UPM tu. Tractor ni akan bawa ke puncak. Memang best sangat.

Banyak Spot Cantik Untuk OOTD!

Kalau korang jenis suka bergambar, memang heaven! Farm Fresh @ UPM ni penuh dengan spot lawa. Ada kawasan pagar putih ala ladang barat, padang hijau luas dengan lembu meragut rumput, dan kawasan pondok kayu yang vintage look.

Nad pun tak lepaskan peluang ambil gambar family. Dengan pencahayaan semula jadi dan langit biru yang cantik, memang hasil gambar nampak macam pergi luar negara! Memang sesuai sangat untuk korang yang suka buat konten atau nak post kat Instagram. 📷✨

Dekat sini ada pelbagai kedai makanan dan minuman. Ada kedai aiskrim Inside Scoop lagi. Bila dah penat berjalan, perut lapar boleh la beli makanan dekat sini. Boleh duduk rehat sambil minum dan makan. Kalau datang waktu petang, suasana dia lagi tenang, bunyi angin, burung, dan udara segar memang buat rasa damai.

Selain itu ada juga susu Farm Fresh dijual dekat sini. Tapi nad tak beli pun sebab dah biasa beli susu Farm Fresh.hehehe

Tips Kalau Nak Datang

- Beberapa tips nad boleh kongsi kalau korang plan nak datang:
1) Datang awal pagi, cuaca tak panas sangat dan tak ramai orang lagi.
2) Pakai kasut selesa, sebab korang akan banyak berjalan.
3) Bawa topi atau payung, terutamanya kalau datang tengah hari.
4) Bawa air minuman sendiri, walaupun ada kafe, elok juga ada air standby.
5) Jangan lupa kamera atau telefon, sebab rugi kalau tak ambil gambar dekat spot cantik!
6) Kalau datang dengan anak kecil, bawa stroller sebab kawasan agak besar.


Suasana “Farm Life” yang Tak Dilupakan



Satu benda yang nad perasan, Farm Fresh ni bukan sekadar tempat lawatan biasa, tapi dia juga mendidik. Anak-anak dapat tengok sendiri dari mana datangnya susu yang mereka minum setiap hari, macam mana haiwan dijaga, dan pentingnya menjaga alam sekitar. Nad suka sebab tempat ni bukan sekadar hiburan, tapi juga pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Waktu balik dari Farm Fresh hari tu, nad tengok muka anak-anak yang ceria, memang rasa puas hati. Kadang kita ingat anak nak tempat mahal atau aktiviti besar-besaran untuk seronok, tapi sebenarnya mereka cuma nak masa bersama dan pengalaman baru.

Suasana hijau, udara segar, dan tawa mereka sepanjang hari tu buat nad rasa betul-betul “healing”. Walaupun tak ada kolam renang atau bilik hotel mewah, hari tu tetap jadi antara kenangan paling manis dalam cuti sekolah kali ni. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2