ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet, Wajib Ada Di Mana Sahaja Bila Cuaca Panas - Cuaca dekat Malaysia sekarang panas sangat, luar rumah panas, dalam rumah pun panas. Anak pula memang mudah rasa tak selesa bila cuaca panas. Sebab tu Nad standby ByeBye-FEVER, cooling gel sheet yang mudah digunakan dan senang dibawa ke mana-mana. Bukan sebab nak tunggu anak tak sihat baru nak cari, tapi lebih kepada persediaan supaya senang bila diperlukan.
ByeBye-FEVER ialah cooling gel sheet digunakan ntuk memberikan rasa sejuk dan menyegarkan apabila badan rasa panas atau tidak selesa. Untuk kegunaan anak, ada ByeBye-FEVER Children, dan terdapat juga beberapa varian lain mengikut umur dan keperluan.
ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet
ByeBye Fever ni merupakan ready-to-use cooling sheet yang boleh digunakan bila badan rasa panas atau ketika demam. Cara nak gunakannya pun mudah,cuma keluarkan daripada pack, tanggalkan lapisan lutsinar dan letakkan bahagian gel pada kulit yang bersih. Selalunya nad tampal di dahi anak. Bila dah pakai, anak boleh sambung rehat atau buat aktiviti seperti biasa.
Bila dalam rumah, dah pasang kipas pun rasa bahang dia. Anak tengah study, buat homework atau ulang kaji, tiba-tiba dah mula rasa panas dan tak selesa. Terus Nad ambil ByeBye-FEVER Children sebagai satu cooling sensation untuk anak rasa sejuk dan selesa.
Yang saya suka, cooling sensation ni boleh bertahan sehingga 10 jam. Jadi tak perlu asyik fikir nak tukar dalam masa yang singkat.
Selain waktu panas, satu lagi situasi yang memang buat kita sebagai mak lebih peka ialah bila anak demam. Bila anak demam, biasanya mereka akan rasa tak selesa dan nak baring atau berehat sahaja. Jadi, Nad letak ByeBye-FEVER di dahi anak untuk memberikan rasa sejuk dan selesa ketika anak sedang berehat.
Paling penting ByeBye-FEVER ni adalah cooling gel sheet dan bukan ubat demam. Jadi kalau anak demam, kita tetap perlu pantau keadaan mereka dan dapatkan nasihat perubatan jika diperlukan.
Mudah Nak Bawa Ke Mana-Mana
ByeBye-FEVER mudah di bawa ke mana sahaja. Tak semestinya kena simpan dekat rumah sahaja. Kalau nak keluar berjalan, pergi bercuti, balik kampung atau ada aktiviti luar bersama anak, boleh sahaja masukkan beberapa keping dalam beg.
Mak-mak ni biasanya beg anak memang macam-macam ada kan? Air minuman, tisu, wet wipes, snack dan macam-macam lagi. Jadi Nad rasa cooling gel sheet macam ni pun sesuai dijadikan salah satu benda yang kita standby. Contohnya kalau keluar waktu cuaca panas, selepas aktiviti luar atau bila anak perlukan sedikit cooling break, kita dah ada satu dalam beg.
Tak perlu tunggu sampai kita perlukan baru nak cari.
Cara Pakai ByeBye-FEVER
- Pertama, keluarkan ByeBye-FEVER daripada packaging. Kemudian tanggalkan lapisan lutsinar yang terdapat pada cooling gel sheet.
- Selepas itu, letakkan bahagian gel pada kulit yang bersih dan tidak luka atau iritasi.
- Untuk penggunaan pada anak, pastikan kita gunakan varian yang sesuai dengan umur anak dan sentiasa ada pengawasan orang dewasa.
- Elakkan daripada meletakkan sheet terlalu dekat dengan mata, mulut atau hidung. Kalau kulit mula menunjukkan tanda kemerahan, gatal atau iritasi, hentikan penggunaan.
- ByeBye-FEVER ni single-use cooling sheet, jadi selepas digunakan ia tidak perlu disimpan semula untuk penggunaan seterusnya.
Jenis-jenis ByeBye-FEVER
Selain ByeBye-FEVER Children yang saya gunakan untuk anak, sebenarnya terdapat beberapa pilihan varian yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. Ada varian Adults, Super Cool dan juga varian yang khusus untuk bayi. Jadi penting untuk semak packaging dan pilih produk yang sesuai dengan umur pengguna.Nak Dapatkan ByeBye-FEVER?
Sebab tu i recommend sangat-sangat parent untuk standby siap-siap ByeBye-Fever ni dekat rumah. ByeBye-Fever ni made in Japan, boleh dapatkan ByeBye-FEVER di Caring Pharmacy. Senang nak beli dan boleh terus standby untuk kegunaan di rumah atau bawa bersama bila keluar.
Happy ByeBye-FEVER Day! 10.10! 💙
Untuk maklumat lanjut tentang ByeBye-Fever ni korang boleh layari laman sesawang di bawah.
Maklumat Tentang Produk :
Maklumat Produk Lain ByeBye-Fever :




Add your comment