hai assalammualaikum

Myra Menyambut Ulangtahun Ke-7 : Melancarkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda - Korang tengah cari rumah baru ke tu? Sabtu lepas, nad baru je pergi ke Myra Sales Gallery di Jenderam Hilir Dengkil sempena sambutan ulangtahun Myra yang Ke-7 sambil tengok projek kediaman baharu mereka iaitu Myra Putri. Sebelum nad cerita lebih lanjut berkenaan Myra Putri, nad nak ucapkan  Happy anniversary Myra yang ke-7!! Terima kasih jemput nad datang memeriahkan majlis. Meriah sangat sambutan ulangtahun ni, ramai yang datang.

Kalau korang nak tau, Myra ialah property developer yang ditubuhkan sejak 2016, merupakan pemaju hartanah yang dipercayai dan telah membantu ramai orang untuk memiliki rumah idaman mereka. Myra mempunyai enam perbandaran di bawah kendaliannya – Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong bersama Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi dan Myra Gardens di Kundang, dengan lebih banyak projek menarik dalam perjalanan termasuk Irina di Puncak Alam