hai assalammualaikum..


ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila.Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan tegas.

 tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

ND Lala bagaimanapun tidak menolak jika jodoh memang ada antara Shila dan Sharnaaz, tetapi menegaskan belum sampai waktu untuk anaknya berumahtangga.



dunia artis macam ini la..kalo nak amik anak orang..amik la hati kedua ibu bapanyer dulu..bukan abaikan..bila sseorang itu berkahwin..bukan dengan bininya sahaja..malah berkahwin dengan seluruh keluarga..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. hmm...harap boleh diselesaikan dgn cara yg baik.

    ReplyDelete
  2. KESIAN SHILA AMZAH..CINTA X DIRESTUI IBUBAPA..HUHU

    ReplyDelete
  3. Lelaki tu pun bengung..
    apahal ler cakap macam tu..hehehehehe.

    ReplyDelete
  4. Macam2lah dengan artis ni... aiyarkkkkk... baik jadi rakyat biasa, lebih tenang.. kalau ada papehal, tak tersebar satu dunia... hurmmm.. apapun, ena tak berapa suka sharnaaz ni...

    ReplyDelete
  5. setuju dgn note nadia tu.. nk anak pikatla mak ayah.. diorng yg bela dpd kecik kot.. jgn ikut sedap je.. huhu. *mcm2 kontrobesi diorng dua org neh, huhh~

    ReplyDelete
  6. tak tahu nak kata apa. nak anak dara orang pun tak reti nak hormat orang tua si anak dara tu. haihhh, manusia

    ReplyDelete
  7. Belum kawin pun dah kecoh... Bila kawin nanti huru hara :) tabik2 cakap yer hahha

    ReplyDelete
  8. Kesian Shila...sepatutnya kena ambil hati ibu bapa si perempuan dulu..hmm..
    Eyz tag cni
    http://miseyz.blogspot.com/2013/01/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

    ReplyDelete
  9. kena jada adab kita...belum kata putus jgn war2 kan..takut tak menjadi nanti....semua malu.....

    ReplyDelete
  10. harap2 kesduhnnyer semua baik kan

    ReplyDelete