hai assalammualaikum


Siapakah Julian Schratter ? Adakah dia pakwa baru Yuna..adakah dia pengganti Qi razali. Gosip ini mula tersebar apabila ramai mata telah menyaksikan kemesraanmereka berdua khsusunya di laman sosial Instagram mereka. Yuna yang mengakui masih single itu berkata bahawa Julian adalah merupakan jurugambar merangkap temannya dari Amerika Syarikat. Pada sekitar November tahun lalu, Julian telah menjadi perhatian setelah dilihat sering bersama Yuna ketika sebulan penyanyi itu pulang ke Malaysia.

"Dia kawan saya. Pada November lepas dia mengikut saya ke Malaysia selepas dia memberitahu teringin untuk melawat Malaysia. Dia tiada kenalan disini, saya pun mengajaknya ke Malaysia ketika saya balik untuk menjayakan beberapa konsert seperti Urbanscape dan siri jelajah konsert saya.

"Secara tak langsung dia boleh ambil gambar dan tengok bagaimana perkembangan peminat muzik di Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar nanti. Sepanjang di Malaysia, Julian nampak seronok dan enjoy ikut saya pergi show dan majlis macam sekarang ni.

"Kemesraan yang diihat umum itu mungkin kerana kami bersama setiap hari. Disebabkan itu, apa yang boleh saya cakap, Julian adalah kawan saya. Kalau jodoh tak tahulah. Saya pun single, so macam tulah!,"ujarnya berseloroh ketika diminta mengulas mengenai kemesraan diantaranya 
dan jurugambar, Julian Shratter.

 Dalam pada itu, Yuna tidak menolak kemungkinan jika dia bertemu jodoh dengan jejaka bukan Melayu. Bagi Yuna, Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari. Yuna malah ibubapanya tidak menilai seseorang itu daripada asal usul seseorang itu.


dah kalo jodoh Yuna..kita doakan die bahagia..=) ..nad suke dgn kaat2 Yuna berkenaan Islam..

"Bagi saya kita manusia semua sama manakala Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari bagi mereka yang benar-benar ingin mempelajari. Semua orang boleh belajar dan mendalami agama Islam.

"Saya tidak menilai atau menjadikan agama dan bangsa sebagai kayu pengukur kepada peribadi seseorang itu. Begitu juga dengan ibu bapa saya. Kami tidak melihat orang daripada agama mahupun bangsa,"jawab Yuna.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. pernah bace pasal gosip ni..siapa pun pilihan Yuna, kita doakan dia bahagia

    ReplyDelete
  2. Jodoh di tangan Allah..
    kalau dah tertulis...kawhwinlah dia nanti..hehehehee

    ReplyDelete
  3. kalau itu jodohnya...kita doakan saja.....

    ReplyDelete
  4. ye kita sme2 doakn jele..klo jodoh die..die dah membantu orng bukn islam memasuki islam..

    ReplyDelete
  5. pernah baca kisahnya ni. pa pe kita doakan je yang terbaik.

    ReplyDelete