hai assalammualaikum..

pe kabar korang semua...jerebu sekrang dah makin teruk..jaga diri masing-masing ok..kalo sakit pegi ke klinik cepat-cepat..jangan biarkan sakit tu melarat ok..disebabkan jerebu nad duduk rumah sampai la ke malam..hohoho...yela nad dah la tengah batuk..kang kuar makin teruk..tapi semalam duduk dekat halaman rumah je..malam tu nad bersama dengan keluarga..rutin harian bersama keluarga mestilah menonton televisyen..semalam cerita BINTANG MENCARI BINTANG final...nad jarang tengok cerita ni..cerita tak berapa lawak..tapi masa tu nad nad malas nak tengok astro so layan tv 3..bila turn bocik membuat persembahan nad tertarik sikit..sebab mase tu bocik buat lawak..so dari situ nad mula suka tengok..ahhaha..


BINTANG MENCARI BINTANG, bukan sahaja mencari peserta yang pandai melawak, mencari yang pandai menyanyi..2 dalam satu..dalam rancangan ini mempunyai 6 mentor dan setiap mentor mempunyai 2 protege...hanya 4 mentor sahaja yang berjaya ke final iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail dan Sabri yunus. tapi malam tadi and tengok yang paling klakar adalah Achey iaitu protege kepada HArun Salim BAchik..memang klakar time persembahan kedua..hehe


Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.


Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Pernah tgk sekali je..waktu tayangan nya tu tak kena dengan masa akak.hehe...

    ReplyDelete