hai assalammualaikum

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia Di TV3 - Akasia merupakan sebuah slot di TV3 yang memaparkan pelbagai drama Melayu berbentuk telenovela atau sinetron/lipur lara. Slot ini mulai disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 hingga 8.00 malam. Masa ni la semua lekat dekat rumah nak layan cerita..hehhehe.. Sekarang cerita Slot Akasia ni banyak diambil daripada novel. Mungkin tak diambil sepenuhnya daripada novel. Muncul terbaru akan datang " MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA " bakal muncul di kaca tv anda menggantikan RINDU AWAK 200%.



JUDUL : MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA
TARIKH : Ogos 2014
SIARAN : Slot Akasia 2014
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz, Sabreena Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella


Sinopsis Maaf Jika Aku Tak sempurna



Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.


Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Pelakon dan krew.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Wahh sekarang cerita semua diadaptasi dari novel.. cayalahhhh

    ReplyDelete
  2. amboihh dia lagi laju post sinopsis.. lawan tokey ni kih kih kih

    ReplyDelete
  3. mula2, org mesti x minat. tp lama2 semua org akan gila tgk citer ni.hihih

    ReplyDelete
  4. On the off chance that you win the third wager, at that point 2 chips are included to the 4 chips the table, an aggregate of 6 chips for the fourth wager. poker1001

    ReplyDelete
  5. Very interesting blog. Alot of blogs I see these days don't really provide anything that I'm interested in, but I'm most definately interested in this one. Just thought that I would post and let you know. bandar judi online

    ReplyDelete
  6. Wow! Such an amazing and helpful post this is. I really really love it. It's so good and so awesome. I am just amazed. I hope that you continue to do your work like this in the future also situs judi online

    ReplyDelete
  7. When you use a genuine service, you will be able to provide instructions, share materials and choose the formatting style. pokerpelangi

    ReplyDelete