IRMA DAN ABBY ABADI BERSAMA SUAMI

in , by Nadia Johari, 14:51:00
hai assalammualaikum



Bila tengok suami Irma Hasmie sejuk je mata memandang ni ha..dahla hensem..kiut miut..alhamdulillah..Irma kini bahagia bersama suami tercinta dan anak lelaki sulung mereka...jodoh Allah siapa yang tahu kan..

Tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran Reza, pertemuan pertama semasa mengerjakan Umrah pada 14 Februari lalu itu telah membuka hati Irma Hasmie untuk diikat dengan ikatan pertunangan yang suci."Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama.

"Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya,"luahan hati Irma Hasmie.

Bukan sahaja suami Irma malah bila tengok suami Abby Abadi pun..haishh..cair seh..( nad jangan ngengada..awok dah de tunang)..muka bersih..suci je..senyum pun manis je..tu la oranng cakap jodoh Allah telah tentukan..kita jaga sebaik mungkin pasangan kita..=)


Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya  
bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. "Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.


Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
"Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi," ujarnya.


Baru Abby yang tengok..bila nad tengok pun..adoiiii...semoga jodoh diaorang berkekalan sampai bila-bila..amin
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. assalamualaikum..nad :)

    siapa yg x mau rumahtangga yg bahagiakan? bukan abby dan irma jer..tapi kita semua...:)

    nad ni pun tunggu masa jer kan...hehe

    ReplyDelete
  2. hnsem kot suami abby abadi sekarang... wahhh semoga bahagia hingga ke syurga.. Amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nad. alhamdullilah. suka tengok artis2 yang berhijab ni bertemu kebahagiaan dengan suami masing2. heeeeeeeee. nad, bila lagi? tak sabar nak makan nasi minyak :)

    ReplyDelete
  4. semoga kebahagiaan menjadi milik kita semua . insyaAllah

    ReplyDelete
  5. cepat la kawin nad oiiii

    ReplyDelete
  6. suka tengok husband abby. handsome kan? kehkeh :p

    ReplyDelete
  7. singgah sini..baru tau abby abadi dh kawen. hensemnya hubby dia :D

    ReplyDelete
  8. Salam kenal Nad...

    akak singgah dan follow sini..

    ReplyDelete
  9. salam nad
    Salam ramadhan buat nad
    Terima kasih atas lawatan dan tinggalkan jejak yg banyak pd post2 tirana aduka..
    Lama nad myepi..

    Jom gi bazar..meriah tau

    ReplyDelete
  10. ok..
    jap lg turn nad ler pulak kn..
    hehe.
    jgn lupa kad :)

    ReplyDelete
  11. sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua :)

    ReplyDelete
  12. semoga berbahagia ke anak cucu amin

    ReplyDelete
  13. Handsome betul suami Abby. Memang nampak muda. Sebaya kite je >.<

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2