hai assalammulaikum


Pernah dengar churpchurp..semua blogger mesti la tau apa itu churpchurp. Churpchurp ni adalah sebuah media pengiklanan yang digunakan atas platform social networking. Hanya dua jenis laman sosial yang digunakan iaitu facebook dan twitter. Churpchurp merupakan anak syarikat kepada nuffnang. Konsep churpchurp dengan nuffnang lebih kurang sama je, tapi apa yang membezakannya ialah churpchurp tak mengeluarkan iklan seperti di dalam blog. Ahad lepas churp-churp ada mengadakan event dia di Setia City Mall di Setia Alam. Memandangkan Setia Mall berdekatan dengan rumah nad, nad pun bercadang nak pergi melihat event tu. Nad pergi dalam pukul 4 petang sebab pagi tu nad kerja dari pukul 10 pagi- 2 petang dekat petaling. 


Nad pergi bersama kawan baik nad Ani. Memandangkan dia free, nad ajak la dia. Dia bawak tunang dia sekali. Churpout 2013 ni merupakan open event. Jadi sesiapa pun boleh datang, dari budak kecik sampaila ke dewasa. Sebelum tu korang kene daftar dulu untuk mendapatkan goodie bag. Kalau rasa taknak beratur boleh register dengan on9 kalau belum lagi bolehla register dekat booth yang disediakan. Nad dah register goodie bag dia biasa-biasa je..ingat awesome sangat..perkara tak bestnyer dia sediakan beg untuk goodie bag tu. so korang kenela pegang. Untung nad bawak beg besar. Leh sumbat dalam beg..hahha..


Pelbagai aktiviti yang dijalankan di event tu. dalam pukul 4.30 tiba-tiba hujan turun. Nasib ada shoping Mall boleh lepak kat dalam dulu sementara hujan berhenti. Masa tu nad dah tau Blogger Ayu datang event ni. So wechat dengan dia then kitaorang jumpa. Masa tu Farid Laham jejaka pinky Utusan Malaysia pun ada, wah bersama retis..hahaha..Blogger Nizam Ijam pun ade. Lepak sambil berborak dekat Starbucks. Nad dengan ayu ada jodoh kot, sebelum ni pergi ice skating dua-dua biru, sekrang dua-dua kuning..kalau kali ketiga sama gak mesti kuat sahabat tu..hahhaa


Bila hujan dah berhenti nad dengan member pergi berjalan ke event tu. First thing ternampak booth makanan korean. Kat gerai tu dia jual ayam. Ayam korean tu dijual dengan harga RM10. Boleh beli 6 ketul yang sama jenis atau Combo ( campur2)..Nad beli yang combo ( 3 biasa + 3 pedas )..walaupun kecik tapi sedap..hehe..sempat bergambar dengan artis korean lagi..hahaha..Walaupun Nad kurang minat korean..hahaa..


Pergi ke booth mameechef pulak. Ada game kat situ. Game cari benda sama..hahha..giler senang..apa lagi join ler..having fun with this event..


Pelbagai gerai yang dibuka, gerai makanan, gerai pakaian dan game yang disediakan. kat Tengah-tengah padang pun ade persembahan.


Masa ni memang tak sangka boleh terserempak dengan retis Hanis Zalikha..auww..apa lai amik gambar la..Dia ade buka booth collagen.. Dapat bergambar je, kalau dapat free produk dia ok gak..hahhaa..Hanis memang cantik, dahla putih, gebu, tinggi plak tu..fuhfuh..kalau nad pakai kasut tinggi pun tak mampu melawan ketinggian dia.


Permainan istimewa dekat sini ialah Churpbungee..err nad nak naik ..kene pikir banyak kali tu..haha..mau taknyer ditarik pastu melayang..ade tu sampai berpusing..Blogger Ayu dapat naik dah..die memang suka yang adventure2 ni..masa ni yuyu zulaikha pun nak naik tapi tak boleh sebab berat dia tak sampai. Masa ni nad tak dapat jumpa Yuyu Zulaikha, nad dengar nama die diumumkan je..hehe..Ayu yang dapat jumpa yuyu..tengok gambar dia ler..

Dah selesai jalan, time to go back. Sebelum tu anta Ayu dulu ke klang. Kesian dia pergi sorang-sorang. Tapi nad respect dia, dia boleh survive sendiri dengan transport awam. Kalau nad..haishh tak tau la..hehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. wah,, nad,, kemain sekarang menjoinkan diri dengan events kan,, jelez tahu,,,, sukenye ittew tengok korang :D

    ReplyDelete
  2. muja..hahaa..tempat tu dekat dengan rumah..alang-alang pergi ler..hehe..suka meh le turun kl..

    ReplyDelete
  3. Bestnya...tak halo2 pun ajak kita..huhu :(

    ReplyDelete