hai assalammualaikum

Pelancaran Video Brosur Di Restoran Khadijah's Kitchen - Kerja bnyak sampai tak sempat nak update entry. Bila tak update rasa nak meroyan je..broadband pulak takleh gune sebab tak bayar lagi..hoho..hanya mengharapkan line internet di opis. Update gune phone memang banyak la typing errornyer..Sabo jela..ni la antara halangan seorang blogger..berbalik kepada cerita asal..hari sabtu 16hb blooggersdotcom telah menjemput beberapa orang blogger untuk menyertai suatu event di setapak

Ini merupakan event pertama nad melibatkan diri bersama blooggersdotcom dan media. Terima kasih kepada blooggersdotcom kerana memilih nad untuk menyertai event ini. Nad pergi event ni bersama dengan blogger hazirah. Kami bergerak dari Meru ke Kuala Lumpur. Almaklumla kalau dah masuk kuala lumpur memang pening nak cari jalan, lagi-lagi kami berdua tak biasa dengan kl. Bila sesat tanya orang dan akhirnya sampai juga tempat yang dituju

Event ini merupakan pelancaran video brosur bagi memperkenalkan kepada semua berkenaan video brosur dan kelebihannya. Event ini telah dilancarkan di restoran khadijah's kitchen di setapak. Sampai sahaja,kami berdua pergi ke tempat pendaftaran untuk memastikan nama ade dalam senarai. Bukan setakat daftar sahaja, doorgift pun ade dibagi. Yang paling bestnyer dapat baju blooggers ok..event ini telah disponsor oleh idea master cheez and choc BY PUJI


Di atas ni adalah scedule event tersebut. Event bermula pukul 2 ptg dan habis pada pukul 5.30 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan majlis.

Dua orang jejaka hensem ni merupakan pengacara majlis. Dua-dua pengacara ni memang best dan tidak membosankan lagi-lagi bro isma yang berbaju putih tu. Bro isma tau je nad orang jawa dengan hanya daripada nad bercakap..hhah..jawa asli ni..takkan jawa hilang di dunia..heheh..

Selepas itu ucapan daripada Mr video ( ceo ). Mr menerangkan serba sedikit berkenaan bideo brosur. Apa itu video brosur ? Meh nad bagitau sikit..video brosur ialah video pemasaran untuk perniagaan dan organisasi yang mudah untuk membuat pengiklanan pada harga yang berpatutan.Video Brosur Ranges dari 30 saat hingga 5 minit disesuaikan dengan keperluan pelanggan dan kami mempunyai senarai pembentang profesional yang pelanggan boleh memilih. Nak tau lebih lanjut nanti nad buat entry special berkenaan video brosur. Korang jugak joleh pergi ke page mereka iaitu video brosur dan website http://www.videobrosur.com.my/

Tidak lupa juga ucapan daripada wakil blooggersdotcom iaitu Mr Jocko. Excited atas pentas tapi ucapan pendek..hahaha..takpelah..macam nak nyanyi je bro.


     
 
Selain itu terdapat juga game bagi memeriahkan majlis. Hanya dua game sahaja yang dibuat iaitu game pertama ialah game sambung lidi.. eh bukan lidi tapi spagetti dengan marshemellow dan yang kedua meneka binatang sambil ditutup mata.

persembahan Khadijah Ibrahim owner Khadijahs kitchen dan penyanyi baru.

Part yang semua orang tunggu ialah cabutan bertuah. Semua orang buka telinga besar-besar sebab nak dengar nombor masing--masing. Sape yang bertuah masa tu. Dengan nad sekali peka dengan nombor yang disebut. Sampai part farid buat cabutan bertuah. Alahai suara farid, merdu sangat..mikrofon dah dekat mulut tapi suara mendayu-dayu. Sampaila ade satu nombor yang membuatkan kekeliruan.. Telinga nad dengar 146 tapi macam tak pasti org cakap 186. Dah terbangun kan..blogger lain suruh amik je..dengan bro isma cakap ha betul la tu..betul..haha..gelak besar masa tu..tetibe last nombor bertuah eden keluar..haha..halal toyyiba jela..dapat tudung dari by puji. Cantik-cantik.

Terdapat juga Photobooth. Macam-macam ada. Asal aku macam kaku je.




Sesi bergambar beramai-ramai. Kami bagaikan satu family.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. meh meh meh ajar den pakai shawl cara kamu.... haaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Part last tu. Gmbr tu. Sedih. Den xdo dlm tu :(

    ReplyDelete
  3. salam...nad

    DJ isma halil tu kn...DJ rockarena...haha..dulu selalu dengar isma halil masa dia kat THR fm :)

    ReplyDelete
  4. wah,, best,, baca pun dah dapat rasa tau,, untung nad dok kl,, huhuu,, moga blogging career nad makin maju lepas ni,, amiin :D

    ReplyDelete
  5. bestnya akk..:) erm...part kek tu yg mcm sedpa je..heehhhe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2