hai assalammualaikum

Kawan Blogger Yang Menghavockan Majlis - Dah 11 hari berlalunya majlis nad, dan dah 11 hari juga nad bergelar isteri..alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sesuatu yang tidak diduga berlaku bila adik nad terkene renjatan elektrik..Alhamdulillah..adik selamat dan tak teruk. Petang tu adik dah keluar hospital, terkilan juga dia takda masa majlis. Tak jangka mereka yang hadir lebih daripada jemputan yang diundang. Begitu meriah sekali majlis dengan orang-orang yang hadir, tak lupa juga kawan-kawan blogger yang turut serta.

Nad merupakan blogger picisan yang tak berapa nak popular.. takkan lupa nak  menjemput kawan-kawan blogger untuk memeriahkan majlis. Tak sangka ramai juga yang datang dan ada yang dari jauh sanggup pergi ke kenduri nad. Terima kasih banyak-banyak. Mereka memang havoc dan happening..


Blogger otai yang hadir ke majlis nad blogger Bro Framestone.. Nad kenal bro masa dekat berbuka puasa bersama blogger.. Nad ada jemput die dekat facebok, nak bagi kad memang tak sempat nak ke rumah dia, nad mintak maaf sebab terlupa bagi map ke rumah. Susah payah die cari rumah nad, sebb waze pun tak membantu. Akhirnya dia datang jugak, terkejut gak dia datang, tiba-tiba tegur nad pengantin mana pengantin..hahhaa..baju dia pakai sedondon pulak dengan baju keluarga nad..warna hijau pekat..hahhaa.. dan paling bestnya nad dapat jumpa fisha anak bro framestone dan kak Iera..Fisha meragam pulak mungkin sebab panas dan ramai orang..tapi dengan nad die cool je sebab fisha nampak manik-manik dekat baju dan dia hisap-hisap..hahaa..terima kasih bro sudi datang


Jumpa untuk kali keduanya dengan adik kesayangan kita blogger Liyliz. Macam mana nad kenal dia,hhahaa..nad ni jenis suka main tegur orang je, then nad tegurla liz dekat facebook berkenaan baju untuk belah laki nanti..masa tu apa-apa berkenaan baju atau padanan apa sesuai akan tanya dia. Leps tu kitaorang makin rapat dan set untuk berjumpa. Nad ada buat entry kami berjumpa dan hadiah dia bagi dekat nad..Dahla cantik, tinggi comel je budaknya. Memang tak puas nak jumpa dia..nak bergosip pun tak sempat..haha




Otai Yazid

Blogger semua ni mesti korang kenal kan..Si tinggi dan Si cinonet..hahaa..cun dan cantik dua-dua ni..comel pun comel..pasangan tengah hangat ni Farid Laham dan Farisya ..nad kenal dengan diaorang dekat berbuka puasa dengan blogger di Shah Alam. Lepas nad detim dengan Si Tinggi dan Si Cinonet bersama Ayujean pergi main ice skating..sayangnya ayujean tak hadir ke majlis nad, tapi nad jemput datang belah laki..hehe..macam tu la kami blogger..persahabatan takkan putus..Otai yazid nad baru je kenal sehari sebelum majlis..haha..Dia adik bongsu nad..haha..jumpa pun sebab blogger ain yang ajak pergi makan Mee Udang Banjir..Havoc sangat kot diaorang ni...Kak ieda Baharum datang majis nad sebab nad beli chocolate fountain yang dia buat.


Dua orang blogger yang datang ni  nad kenal masa dekat event video brosur...blogger hazirah dan nadra..kesian diaorang cari rumah nad sampai satu jam..dok pusing-pusing..hazirah memang duduk kapar dekat dengan kawasan rumah nad tetapi disebabkan dia tak pernah pergi rumah nad, jadi terpaksala jalan-jalan kat meru tu..nasib baik dia call abang nad, jadi abang nad yang tunjuk direction..Nasib baik sampai jugak ke rumah..alahai kesiannya..

Last sekali Bang Tirana Aduka..Memang tak pernah jumpa dia walaupun ami satu kampung. Dan perkenalan ini telah menemukan dua sahabat yang dah alam tak jumpa..Bang TA ada cakap yang dunia ni kecik aje dekat blog dia..nad dah paham dah maksud dia..rupanay Bang Ta Kawan satu sekolah dengan abang nad..kawan lama la an..macam tak caya je..hahaa..tu la orang cakap pusing-pusing tu la kawan kita..tak berkesempatan amik gambar dengan bang TA ni..

***susah jugak nak cari rumah nad erk...cadangan lepas ni kalau adik wa kawin pasang belon..bubuh muka mak ayah wa..hahahhaha...***
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

26 comments so far,Add yours

  1. dah selamat :)
    cute je nad.. suka tengok

    ReplyDelete
  2. pasangan tgh hangat tu sape ye haha

    ReplyDelete
  3. xsabar tunggu cite di belah pihak lelaki. jgn tak jumpa lak selendang cream tu haish.

    ReplyDelete
  4. Oohh my feberet kaler turq..tahniah nad smoga bhgia hingga syurga pngantin cantik manis ;-)

    ReplyDelete
  5. nad you're such a beautiful bride. semoga berkekalan :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selamat pun, kecewa gak tak dapat pergi ke majlis persandingan blogger fofular ni sb kesihatan sis tak mengizinkan..

    Apa2 pun sis ucapkan tahniah dan moga kalian berdua berkekalalan hingga keakhirnya

    ReplyDelete
  7. k.nad kami hampir masuk kampung budiman

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak nad! ..duduk kampar, klang?dekat jelah..

    ReplyDelete
  9. hana hadi..alhamdulillah..selamat dah..=)

    ReplyDelete
  10. farid laham..tak tahu la sapa..hahhaa...

    ReplyDelete
  11. liyliz..hehe..hokeyh sayam..tgh mencari ni

    ReplyDelete
  12. hafizah..ni biru laut..hehe..terima kasih..

    ReplyDelete
  13. kak hanny..takpe..kak hanny jaga kesihatan tu erk..

    ReplyDelete
  14. hazirah..hahhaa..jauh bebenor pergi tu

    ReplyDelete
  15. azwar..yeke..akk duk meru..jom jumpa..hehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum nad, alhamdullilah. ramai gak member blogger datang meriahkan majlis nad. syukur. hehe singgah menabung colgate. Barakallahuma fikum, semoga menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. jaga diri baik2 tau nad ~~~

    ReplyDelete
  17. nampak sangat nadia johari ni kesayangan semua,, jelez tau,, kalaulah dekat memang takkan lepaskan peluang jumpa nad tau,,,

    ReplyDelete
  18. bestnya dpt kumpul ramai2 hihi..meriah sunggh majlis nad :)

    ReplyDelete
  19. pastikan kenduri kahwin ena kena datang!! wakakakaka

    ReplyDelete
  20. Hehehheh yeay thanks ingat dekat Nad. Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia kak Nad! :D

    ReplyDelete