hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Iman Yang Kuat - Iman adalah mengakui hanya Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan alam semesta dan menafikan tuhan-tuhan selain Allah. Orang-orang yang beriman menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidupnya. Oleh itu orang beriman akan melakukan perkara yang diredai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sebagai orang Islam kita mesti tau enam rukun iman dalam Islam iaitu Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman kepada Rasulullah, Beriman kepada Hari Akhirat dan Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Sebagai orang Islam, kita perlula menetapkan Iman dalam diri supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dibenci oleh Allah. Sentiasa dekatkan diri kepada Allah supaya kita tidak alpa dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan pancaroba. Syaitan sentiasa ada dengan kita untuk menggoda hamba Allah melakukan perkara yang terkutuk. Iman yang kuat tidak akan terpujuk dengan rayuan syaitan dan sentiasa memikirkan kehebatan Allah dan keagunganNya.


Iman Yang Kuat

"Besi yang kuat tapi api mampu meleburkanya, api itu kuat tapi air mampu memadamkannya, air itu kuat tapi awan mampu menyerapnya, awan itu kuat tapi angin mampu menolaknya, angin itu kuat tapi bukit mampu menghalangnya, bukit itu kuat tapi manusia mampu menghancurkannya, manusia itu kuat tapi nafsu mampu menundukkannya, nafsu itu kuat tapi iman mampu mengalahkannya"

Sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang banyak ilmunya tentang agama.  Ilmu Allah s.w.t. itu tersangatlah luas. Kadangkada didalam kehidupan seharian kita, hanya daripada Al-Quran dan as-sunnah kita bergantung untuk meningkatkan iamn tetapi tidak cukup lagi, jadi jangan segan jangan malu untuk bercakap dengan orang yang lebih warak dan berilmu dan minta tunjuk ajar daripada mereka kerana mereka mampu menkongsikan anda ilmu yang banyak dalam masa yang singkat. Ia pasti dapat membantu untuk mengetahui apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan semula Iman kita

Kesimpulannya, untuk mendapat cinta Allah, untuk selamat dan tetap teguh di tali Allah , kita haruslah terus dan terus membaiki iman kerana iman itu turun dan naik.

Ya Allah kuatkanla Iman kami dimana sahaja kami berada..amin


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. thanx atas perkongsian ni Nad.. =)

    ReplyDelete
  2. Iman ku masih belum kukuh. Masih belum cukup kuat apabila di beri ujian. Apapun, mari kita sama sama pertingkatkan kekuatan iman kita

    ReplyDelete