hai assalammualaikum

Majlis Iftar Ramadhan 2014 Di Pak John Steamboat Bersama Ewana Fm Dan Blogger  - Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis entry di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Buat pertama kalinya pada bulan Ramadhan 2014 ni, nad berkesempatan berbuka puasa bersama media, blogger-blogger dan anak-anak yatim di Pak John Steamboat anjuran EwanaFm di E-curve Damansara.



 Memandangkan nad sekarang tiggal di Kuala Lumpur, nad mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada Halim Brothers yang menyebarkan majlis ini kepada blogger di facebook.

Pendaftaran
Pendaftaran untuk mengesahkan nad telah hadir ke majlis ini disertakan dengan goodies. Ada lucky draw ler tapi hari tu nombor tak bernasib baik atau nombor ku telah disebut tapi disebabkan khusyuk makan nombor tak dengar..hahhaha

Pelancaran Album Raya Ewana Fm dan Raikan anak-anak yatim

Korang penah dengar tak Ewana Fm? tak pernah dengar..Ewana Fm ni sama la macam korang dengar radio Era, radio hot fm..hahhh..tapi tu dekat radio yang Ewana FM ni dekat internet. Jadi korang bolehla dengar 24 jam tanpa henti siaran dan rakaman yang dilakukan. Banyak segmen yang dibuat oleh Ewana FM ni yang takkan membosankan pendengarnya dengan kaletah DJ radio yang ada. Jadi kalau korang nak dengar korang bolehla pergi ke http://www.ewana.fm/.. FACEBOOK : Ewana Fm

Pada 10 Julai 2014, Ewana Fm telah melancarkan Album Raya 2014 mereka. Ramai artis yang turut serta memeriahkan majlis ini seperti Ana Rafali dan ramai lagi.


Selain itu juga, majlis diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah di Cheras. Kanak-kanak ini mendapat sumbangan sebanyak RM3000 dari Pak John Steamboat & BBQ. Melihat kegembiraan anak-anak yatim ni memberi senyuman kepada nad.. 

antara kemeriahan majlis iftar



Food Review Pak John Steamboat &Yong Tau Foo

Sudah lama sebenarnya nad tak makan steamboat ni, bila dah diberi peluang, alhamdulillah..hati gembira keriangan sebab dapat merasa steamboat ni lagi-lagi siap ada BBQ sekali. Steamboat merupakan makanan seafood, sayuran yang dimasak di dalam satu kuali yang mendidih yang diletakkan sup atau dipanggang. Steamboat yang nad pergi ni terletak di E-Curve Damansara. Pak John Steamboat & BBQ ni terletak di Lower Ground Floor, tak susah pun nak cari.

Tempat yang menarik dengan keluasan 4600 sqft, konsep hitam dan merah sangat menguja hati ini untuk melangkah masuk ke dalam Pak John Steamboat ni. Juga layanan daripada pekerja yang sangat baik, cekap dan efisien.  Ia amat sesuai untuk seisi keluarga berbuka puasa di sini. Di sini juga disediakan bilik khas untuk VVIP.

Bahagian dapur yang boleh dilihat oleh pelanggan. 


Pelbagai menu yang disediakan di Pak John Steamboat & BBQ di sini iaitu seafood, sayuran dan dessert. Kau boleh la makan sepuas-puasnya..amikla seberapa banyak korang nak makan tapi jangan tak habis pulak sebab akan dicaj nanti..ehehe..datang sini biar perut kosong sebab senang nak melantak semua makanan..hehee


Apa yang menariknya dekat Pak John Steamboat ini? Sebelum ni nad makan steamboat hanya ada dua sup je iaitu sup biasa dan tomyam kali ini Pak John Steamboat merupakan salah satu steamboat yang mempunyai pelbagai sup bukan sahaja ada Tomyam Sup dan Chicken Sup malah ada Miso Soup, Curry Soup dan Beef Bone Pepper Soup. Nad pilih Tomyam Soup sebab dah selalu makan dengan tomyam..lepas ni boleh datang lagi cuba sup lain pulak kan.


Pelbagai sayur-sayuran yang fresh.

Bahagian ayam,daging yang telah diperap, udang dan kepah.

Di bulan Ramadhan ni Pak John Steamboat ade menyediakan kuih muih dan juadah lain untuk berbuka.

Pelbagai jenis dim sum yang boleh dilihat di sini.

Di sini juga kita boleh lihat pelbagai jenis mee, daripada mee kecik sampai la ke besar.


Kelainan sedikit di Pak JOhn Steamboat & BBQ ni terdapat makanan daging dari luar negara iaitu Premium Abalone Slices, New Zealand Lamb Slices, Australia Beef Slices dan Smoke Duck Breast. Nad memang suka daging dekat sini sebab manis dan lembut. sedapp oooo..




Semestinya dessert tidak akan dilupai. Lepas makan berat-berat mesti kita nak makan sesuatu yang sweet dan ringan kan. Di Pak John Steamboat disediakan pelbagai jenis buah-buahan serta pelbagai jenis perasa aiskrim. Hah yang bestnya kat sini ada waffles dan kaya ball. Korang kene beratur untuk mengambil makanan ni semua.. Semua ada kan..

Ni makanan yang nad suka, daging dan ayam yang di BBQ.. Semua jenis daging nad amik. Lembut je daging dia..senang nak kunyah..tak liat..hehe...lagi nad suka sayur-sayuran,..udang pula memang wajib sebab nad hantu udang..hehe..satu lagi kat sini ade telur burung puyuh...aumm..memang lazat semuanya... Pak John Steamboat menyediakan 4 jenis sos buatan sendiri tau homemade lagi iaitu Sos Thai, Sos BBQ pedas, Green Chili Sauce dan Sos Manis.,Sambal Belacan, Sos Hijau, Sos Tau Foo dan juga Sos Pedas.
Bila blogger makan..memang tak pandang kamera dah..hehe..masing-masing hadap makanan masing-masing.


Oh ade berita baikla.. Pak John Steamboat & BBQ ada buat promosi dari 28/6/2014 hingga 29/7/2014 dengan harga RM 39+++ untuk satu kepala dan free untuk kanak-kanak 8 tahun dan ke bawah. Jangan lepaskan peluang.. 

Website : http://www.pakjohn.com/
Facebook : PAK JOHN STEAMBOAT DAN YONG TAO FOO

 Cawangan Pak John Steamboat




 Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya

ATAU

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
RAKAMAN KEMERIAHAN SEMASA IFTAR DI PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAU FOO


Terima kasih kepada Halim Brothers kerana menjemput nad ke majlis ini dan tahniah kepada semua crew yang terlibat kerana telah menjayakan majlis ini berjalan dengan lancar. 


Persembahan daripada Ana Rafali


#HaiBlogger! #eWanafm #PakJohnSteamboatBBQ #ContestPakJohnSteamboat




SHARE 20 comments

Add your comment

  1. salam nadia.. singgah blog nadia.. seronoknya berbuka puasa dgn kawan2..

    ReplyDelete
  2. Nadia makan banyak ke... ? murah rezeki blogger kan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. kasutmerah mama...alhamdulillah..ni semua kawan-kawan blogger..ada jemputan masa ni

    ReplyDelete
  4. pakcik PCL..hhahaha..mestilah makan banyak

    ReplyDelete
  5. Gila ena tengok makanan kat sini. Sedap sungguh! Haiyaakk kenapalah demam hari tu

    ReplyDelete
  6. Ainaa..takpe..leh p sekrg..tgh offer..hehe

    ReplyDelete
  7. meriah sgguh mknn dia.. bestnya..

    kan snok lau ada kat ipoh..aihhhh,

    ReplyDelete
  8. Yummyliciousnya makanan2 tu Nad... Untungkan jadi blogger ni? Bab makan memang manthop... Murah rezki tu... hehe

    ReplyDelete
  9. Adoi banyaknya makanan.mau duk kat c2 sampai tengah malam utk rasa suma makanan.hehe

    ReplyDelete
  10. lagu yang satu lg xde ek..?? ehehe

    ReplyDelete
  11. folow sini...

    tahniah dapat hadiah dr deq noor kan.. sy pon dapat.

    :)

    ReplyDelete
  12. i was here last 2 months. hikhik with ______ ehem. tomyamnya mg sdp

    ReplyDelete
  13. saja mai singgah sini selamat menyambut ramadhan yang ke 26 semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya ;-) datang dari Blog MiaLiana

    ReplyDelete
  14. nak join sangat masa halim dok share,, tapi,, jauhnya,,, :'(

    ReplyDelete
  15. wah tahniah menang tempat pertama, kalau hari biasa ni berapa ringgit ni nak makan kat sini?

    ReplyDelete
  16. Sabree..terima kasih..nak makan dalam 36-39 ringgit

    ReplyDelete
  17. baca balik entri kemenangan nad.. hehe

    ReplyDelete
  18. Wahh nad, dapnyer, ai terliur u! Hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2