hai assalammualaikum

Resepi Butter Prawan Yang Pedas Dan Menyengat - Pertama kali buat butter prawn ni..hahaa..Sebab tak pernah nampak la mak buat butter-butter ni semua. Kenal menu butter prawn ni pun tengok youtube , si anis chef tu masak. Pernah buat tapi tak menjadi, terus merajuk taknak buat..hahaa. Tapi lepas tu tengok ramai kawan-kawan buat masakan butter ni. Tapi kebanyakan diaorang guna ayam, jadi nad tukar guna udang. Kali ni nad buat setelah bertahun tak buat..Haritu ddapat rasa dekat Restoran Leleh Mytown, mr mafia cakap sedap. Hah, sebab tu kali ni berani nak buat sebab dia dah rasa masakan butter tu. Kang nad buat, dia tanya ni apa, mesti dia rasa pelik..hahaha. Takpe, kali ni buat biar sampai jadi dan sedap.


Kita buat ikut citarasa mr mafia. Dia suka masakan pedas kan, jadi kita buat Butter Prawan ni pedas dan menyengat. Baru dia rasa nak makan dan nak makan, sampai ambil kuahnya sekali..hahaha..

Ni cara nad la, biasalah, kadang kita ikut lain sikit, tambah yang lain untyk bagi lebih ummpphhhh..Ok ni bahan dan cara membuatnya..


Bahan-bahan
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili api
- Daun kari
- Butter
- Udang
- Susu cair
- Garam
- serbuk cili


Cara membuatnya
- Cairkan butter
- Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan daun kari, bawang putih dan cili api. Gaul bagi naik bau.
- Masukkan susu cair separuh tin sebab nad masak udang sikit je.
- Masukkan udang dan bubuh garam beserta perasa. gaul dan biarkan sekejap..
- Kemudian nad letak serbuk cili sikit, nak bagi rasa pedas menyengat lagi. Sikit je, takde penuh sudu kecil tu pun.
- Gaul dan biarkan..
- Agak-agak udang dah masak, boleh la angkat dan dihidangkan.


Nak lagi sedap, lebih baik udang digoreng dahulu, tapi nad masukkan terus sebab anak dah meragam. hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

26 comments so far,Add yours

  1. nampak sedap. thank you nad share kan resipi. nanti saya nak cuba lah

    ReplyDelete
  2. Giler lapar masuk sini Nad oii...dari menu ayam ni dah macam nak buat udang butter plak..huhuhu...arghhhh...tapi ayam butter sedap gak ek..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!! This butter prawn look so tempting and yummy. Thank you for sharing your recipe. Have a good day dearie.

    ReplyDelete
  4. Rawlins pun minat buttered prawn nie tapi sebab sejenis tak tahan pedas, maka kena alter la resipi nie kelak (kalau Rawlins tetiba rajin nak masak la kan hahaha)

    ReplyDelete
  5. menu yang butter ni memang sedap kalau makan yang pedas sebab kuah dia creamy. Boleh bertambah nasi kalau makan butter prawn panas-panas nyummm!

    ReplyDelete
  6. Cili API sampai 7 biji.mak aiii..podeh nii.

    Butterprawn, nyumsss..reti makan tapi x reti nak masak.padahal malas.hahahah

    Xper.suami suka masak.kita pass je resepi kat dia suh masak.haha

    ReplyDelete
  7. sedapmya butter prawn. nak kena cari jugak la udang besar2 nnti baru sedap. ida baru masak ayam buttermilk smlm..hehehe

    ReplyDelete
  8. Uish. Banyak nye letak cili padi tu. Tahan eh perut makan pedas2 ni πŸ˜…. Nk cuba jgk la resipi ni

    ReplyDelete
  9. Eh dah lama teringin nak masak butter ni. Tak kisah la udang ke ayam ke. Tapi tak terbuat buat lagi.

    ReplyDelete
  10. sedap ter ni. boleh cuba, selalu failed buat ni sebelum ni. boleh saya refer resepi ni la lepas ni

    ReplyDelete
  11. Sedap ni Nad. Masakan butter macam ni memang menyelerakan. Guna ayam pun sedap.

    ReplyDelete
  12. Perghhh tengok rupa resepi pun tahu sedap dan menyengat hehe

    ReplyDelete
  13. Best ni. Nak cuba la masak butter prawn cara ni nampak senang je... tapi rasanya klu udang goreng dulu mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  14. Pernah buat butter prawn tapi x le pedad. Nak cuba lah buat yg pedas2. Tapi rasa x butter dia kalau pedad?

    ReplyDelete
  15. sedap nyer Nad. dulu kala feveret aida ni.
    terutama kalau makan kedai, confirm order.
    but now tak boleh da makan udang, elergi resdung amat teruk!
    sekor udang termakan, demam nyer 2 hari :(

    ReplyDelete
  16. sedap nyer Nad. dulu kala feveret aida ni.
    terutama kalau makan kedai, confirm order.
    but now tak boleh da makan udang, elergi resdung amat teruk!
    sekor udang termakan, demam nyer 2 hari :(

    ReplyDelete
  17. sedapnya..udang duk ada dlm petiais jadi mlm ni nak masak butter prawn juga laa..tapi takleh buat pedas anak2 x makan pedas

    ReplyDelete
  18. nampak sedap. terliur pulak saya. bolehlah cuba resepi ni nnti :) terima kasih for the recipe

    ReplyDelete
  19. Sedapnya.. Ok boleh buat menu ni untuk esok.. Sebab dah lama xmkn masak ni

    ReplyDelete
  20. sedap nampak tu... nak buat sangat tapi kita seorang jah makan hahaha.. susah gak aduhaiii

    ReplyDelete
  21. Ohh makanan lg..hahaha..betul2 nk bg berat badan naik nih...nk cuba laa nnti...mesti sedap

    ReplyDelete
  22. Seddaaapppp, mesti mak saya suka ni! Mouse mommy nak cuba masak jugak. Thanks for the recipes!

    ReplyDelete
  23. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow. 슀포츠 생쀑계nba 생쀑계

    ReplyDelete
  24. Yang pedas2 ni la sedap kan. Xmuak makan. Hehe. Nanti nk cuba resepi Nad. Cam mudah tu. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  25. Nampak sedap sgt tu nad... leh cuba nnti..

    ReplyDelete