hai assalammualaikum
kredit pic mohd rasul
Kemeriahan Majlis Blogger award 2014 Pak John Steamboat dan Hai Blogger - Selama nad berblogging, tak pernah pulak terfikir nak join ni semua, sampailah satu masa selepas bercampur dengan blogger yang berpengalaman, kelebihan blogging banyak manfaatnya selain berkongsi dengan orang malah dapat membantu peniaga memasarkan dan mempromosikan perniagan mereka. . Terima kasih kepada Halim Brothers selaku pengasas kelab komuniti Hai Blogger kerana memberi peluang kepada para blogger  dan Members Pak John Steamboat kerana mempercayai para blogger bagi membantu mempromosikan restoran mereka kepada orang awam. Siapa sangka dengan hanya menulis sahaja boleh dapat Award..satu penghargaan yang tinggi buat blogger kan..



Blogger Award 2014 diadakan sempena menghargai blogger yang menyertai contest " Food Review Pak John Steamboat BBQ " semasa majlis berbuka puasa di Pak John Steamboat Ecurve bagi memperkenalkan cawangan terbarunya yang dibuka di sana.

Dua Icon yang dijemput
Kredit pic Mohd rasul
 Pada hari tu ,turut dijemput dua icon blogger yang berbeza cara penyampaian. Salah seorang blogger merupakan food blogger daripada explorasa.my iaitu saudara Ishak Ismail. Menceritakan berkenaan penulisan blog explorasanya berkenaan makanan dan keyword makanan yang mendapat sambutan orang ramai di dalam google. Permainan keyword dalam blog berkenaan makanan memang sangat tinggi, sebut je pasal makanan pasti semua orang akan suka, search sahaja di google pasti akan keluar. Apa yang dikecewai oleh food blogger ini adalah dari segi pembayaran dalam review makanan. Blogger yang membuat food review memang sukar untuk mendapatkan bayaran kerana bagi peniaga sudah cukup dengan memberi makanan percuma, sedangkan ada sesetengah blogger yang menjadikan blog sebagai punca rezeki. Pengusaha restoran masih tidak sedar lagi bahawa blog mampu memperkenalkan restoran mereka kepada orang awam dengan jangka masa yang panjang. Di harap selepas ni pengusaha restoran dapat mengeluarkan sedikit bajet untuk  food blogger.


Kredit pic Mohd rasul
 Icon kedua adalah daripada vlogger. apa itu Vlogger?. Vlogger ialah mereka yang menyampaikansesuatu melalui video. Macam blogger melalui penulisan, vlogger pula melalui lakonan, percakapan bahasa badan..hehehe..Vlogger yang dijemput adalah Azfar – Youtuber daripada geng #Cubatry. Nad pertama kali tengok die ni..hhehehe..lepas tengok video die ni boleh tahan jugak dia buat video tu.




Pak John steamboat wangsa Walk
Bahagian atas di Pak John Steamboat wangsa Walk. Kredit pic Mohd rasul
Event Blogger Award 2014 telah diadakan di Pak John Steamboat di Wangsa Walk. Cawangan pertama Pak John Steamboat yang berkonsepkan Ala-Carte. Ini merupakan kali pertama nad datang ke restaurant Pak John Steamboat di Wangsa Walk, sama juga di Pak John Steamboat Ecurve..hehee..
  
 Kedua-dua tempat ni berbeza kerana di Pak John Steamboat Wangsa Walk mempunyai dua tingkat dan event malam tu diadakan di tingkat atas dengan view yang menarik. Di tingkat atas juga ade untuk smoking area..selamatla siapa yang nak merokok..gembiralah jejaka mafia, tabiat die lepas makan akan merokok..memang sesuai laaa.



Cara makan steamboat dengan betul

Sebelum makan, kenela tau cara masak steamboat macam mana kan, yang kau tau masuk an je semua makanan..hahaha.. Cara memasak steamboat yang betul oleh chef Pak John Steamboat. Lepas dah tau boleh la kau makan..heehe
Tu dia, macam-macam ada


Yummy


Ini antara makanan yang dihidangkan kepada tetamu..meleleh tau tengok daging dia. Oh pada hari itu ada dua sup yang dihidangkan iaitu sup udang dan sup kari.Inilah kelainan Pak John Steamboat iaitu sup dia. Kedua-dua sup sangat meyelerakan. Dengan pelbagai jenis sos yang disediakan.



Tak sabar nak makan

Makan time

Bila blogger dah makan...senyum manjang...hehehe

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur



Persembahan daripada Voxscape Malaysia


Nyanyi sambil makan

Kredit pic Mohd rasul

Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian. Persembahan daripada 
Voxscape Malaysia, Azhar Mustapa dan Razak A’ai.. Suara yang sedap dan merdu memang memeriahkan suasana dan masing-masing terhibur dengan nyanyian yang didendangkan..memang best laaa...terbaikkk korang..semoga korang terus success dalam industri muzik ni.



Bersama vlogger terkenal

J
emputan Khas – Vlogger Shazreen Fazlynda turut bersama di dalam majlis ini. Mula tertarik dengan video budak cokelat dan ragam muka buku..hehe..tengok banyak kali pun tak jemu..

Penganugerahan Blogger
Kredit pic Mohd rasul
Penghargaan buat blogger apabila semua yang menyertai telah mendapat sijil penghargaan kerana menyokong Hai Blogger dan Pak John steamboat. Alhamdulillah..ade jugakla penganugerahan macam ni, kira apa blogger buat tak sia-sia.

Seramai 22 orang blogger hadir memeriahkan majlis Blogger Award ini. Masing-masing telah memberi entry yang sangat terbaik, pemilihan yang dibuat berdasarkan jalan cerita yang menarik beserta gambar yang mampu menarik pembaca untuk datang ke Pak John Steamboat. 3 orang pemenang telah dipilih dengan mengikut kritiria yang diberi. Inilah saatnya yang dinantikan, untuk mengetahui siapakah pemenang entry terbaik Pak John Steamboat. Halim mula membaca sedikit ayat di dalam entry, semua mendengar dengan teliti..khusyukk..hehhee..dan pemenangnyaaa


Pemenang Ketiga : 
 Mahamahu – www.mahamahu.com 
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 500

Tempat ketiga

Pemenang Kedua: 
Ellie Toh – www.cleffairy.com 
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1000

Tempat kedua

Pemenang Pertama: 
Nadia Johari – www.miszrockers.blogspot.com
 Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1500.  

Pemenang entry terbaik

Alhamdulilllah rezeki..tak sangka..masa di baca tu memang ku kenal ayat tu..haha..jantung dah degup laju..tapi buat2 lek luuu...baca whatssup..sekali die sebut nama.. " nadia johari daripada www.miszrockers.blogspot".. Waa lagila terkejut..tercari2 husband ..hahaa..konon macam dapat award retis gitu..nak peluk kiss tgn husband..poyo je kann..padahal masa tu laki kau duk merokok kat luar..hahhaa..macam tak caya..semuanya hebat2 belaka..rezeki baru kawin kot..hehe..syukur.. Yang pilih mereka..ku tak tau ape2..ku hanya join dan support hai blogger je...huhuhu..balik tu..terus cakap terimakasih kat husband sebab banyak support dan bantu nad..seterusnya..apa yang berlaku..kihkihkih...hadolaaaaa.... nah INI entry nad untuk join contest haritu


Kaio Studio

Ehh tak habis lagii..ada seorang lagi special winner yang telah dinobatkan...Tahniah kepada Anwar Abdullah daripada Kaio.my. Ni namanya rezeki baru lepas tunang..hehehe..boleh simpan duit untuk kawin nanti.

Stok steamboat

Malam tu semua adalah pemenang..masing-masing bawak balik doorgift paling besar sekalii..nahh amik kau steamboat punyer makanan satu kotak sorang..alhamdulillah..memang rezeki kitaorang para blogger malam itu. Bukan sahaja dapat bawak balik sekotak steamboat malah dapat voucher Pak John Steamboat kau...fuhh..memang puas la makan.. Inilah kelebihan blogger, bukan sahaja dapat kenal ramai kawan, malah dapat membantu syarikat memasarkan produk mereka. 


award yang dimenangi

Terima kasih sekali lagi kepada Halim Brothers dan Pak John steamboat. Tak lupa juga kepada kemeraman, www.mohdrasul.com & Clora Studio
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours