hai assalammualaikum

Pakaian Bersih Dan Kulit Terjaga Dengan Ecover -  Aktiviti mencuci baju, nad lakukan 2 kali seminggu atau paling malas seminggu sekali..hehee. Bila tengok baju kotor berlambak dalam bakul, apa lagi mulalah kita sumbat semua dalam mesin basuh sebab datangnya kemalasan tu...ooppss jangan macam tu, takut nanti keputusannya, kain jadi lusuh, bercampur warna, berbulu dan bermacam lagi. 

Dari dulu lagi keluarga nad pakai sabun serbuk Daia sebagai pencuci pakaian sebab dia wangi tapi masalahnya selalu wangi tu tak tahan lama dan paling tak best apabila ada kesan sabun pada pakaian dan kesan itu akan nampak lebih jelas apabila melekat dekat pakaian berwarna hitam. Yela kadang-kadang kita ni nak cepat, main masuk je baju tanpa menunggu serbuk sabun tu cair. 

Lagi satu bila guna sabun pakaian jenis liquid, buih pulak tak banyak. Nad ni kalau buih tak banyak bila basuh baju memang tak best sebab rasa tak bersih je baju tu dibasuh..kihkihkih. Masalah lain ialah kulit sensitif dengan sabun, kalau guna sabun je mesti kulit mengelupas..kulit keringg..ade tak..ade tak masalah tu..mesti ade kannn..mesti korang terpikir ape sabun yang sesuaii kann..





Korang mesti penah alami macam nad kan!!..kalau korang nak tau produk pencuci Ecover ada penyelesaiannya malah dia menjaga baju kita supaya tidak rosak. Nad dah cuba pakai tiga jenis pencuci pakaian Ecover ni, memang menakjubkan!!! wow gitu.. Tak pernah dengar Ecover! Ecover ni sebenarnya barang daripada luar negara yang baru je masuk ke dalam pasaran kita.


Sejak tahun 1980, eCover adalah jenama yang paling terkenal di dunia produk pembersihan rumah yang mesra alam. Ecover dikuasakan oleh alam semula jadi dan menghasilkan pembersih yang diperolehi daripada tumbuhan dan mineral. Ini bermakna produk-produknya adalah bebas dari bahan kimia. Kulit kering!! kulit mengelupas, kadang-kadang sering terjadi kepada pengguna yang mengalami kulit sensitif apabila menggunakan sabun baju. Jangan risau, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif terhadap sabun masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan pencuci Ecover.


Ecover merupakan produk pembersihan yang mesra alam. Ini adalah kerana produk ini diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan dan berasaskan mineral yang menjadikan mereka hebat ekologi dan mampan dan produk-produknya tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Ecover juga menitikberatkan hal pembungkusan setiap produk mereka bagi mengelakkan masalah alam sekitar daripada terus tercemar. Seperti korang tahu, penghasilan plastik dibuat daripada bahan kimia dan memberi impak yang negatif kepada alam sekitar, jadi Ecover telah dapat menyelesaikan masalah ini dengan membuat semua pembungkusannya daripada tumbuhan dan mineral. Semua botol ECover adalah 100% daripada bahan tumbuhan dan 100% boleh dikitar semula. Selain itu mereka telah melaksanakan polietilena inovatif (PE) iaitu plastik hijau yang dipanggil Plant-astic yang 100% diperbaharui, boleh diguna dan dikitar semuala dan diperbuat daripada tebu.

Sabun Pakaian Ecover 

Produk Ecover yang nad dapat adalah dalam bentuk botol yang berupa cecair dan pekat.
  
Non Bio Laundry Liquid

 1.5L rm 41.50 

Pencuci ini sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna. Nad letak sabun ni dengan mengikut arahan dibelakang. Sabun ini dalam bentuk cecair dan kepekatan sabun ini mampu membersihkan pakaian dengan berkesan.  Ia mencuci dengan sangat baik walaupun pada suhu yang rendah dan tidak mengandungi brighteners opti. Seperti yang nad cerita dekat atas tadi, pencuci pakaian Ecover adalah berasaskan tumbuhan dan mengeluarkan aroma semulajadi yang segar. Non Bio Laundry Liquid mampu menaggalkan kesan kotoran yang degil dan meninggalkan wangian yang harum.


arahan:
Untuk mesin basuh: meletakkan dos dalam dispenser dulang mesin. Untuk hasil yang optimum pada kulit putih, ikut arahan di atas dan menambah eCover Bleach. Letakkan peluntur ke dalam dispenser dulang mesin. 

Untuk cucian menggunakan tangan hanya membubarkan 1 ½ tudung penuh (53ml) dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas pakaian anda seperti biasa.

Ecover Non bio Laundry Liquid - Manfaat
• Minyak segar daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan.
• Membasuh cekap menggunakan kuasa alam semula jadi
• Jenis terima kasih kepada tangan anda untuk tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral
• Tidak berdasarkan bahan-bahan petrokimia
• Tidak diuji ke atas haiwan
• Tiada sisa bahan kimia yang tidak perlu ditinggalkan di pakaian anda 


Under The Sun Fabric Conditioner



750ml rm 17.80 

Selalunya baju di bawah panas matahari terik akan memudarkan baju kita dan bau wangi akan menjadi kurang.Sejak nad pakai Pencuci Ecover Sun ni bau wangi masih ada dan membuatkan baju menjadi lembut walaupun seharian jemur di bawah matahari.

arahan:
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 tudung penuh (2 untuk kelembutan tambahan) ke perapi fabrik mendispens petak mesin basuh anda. Jalankan mesin basuh seperti arahan pengilang. 

Untuk cucian menggunakan tangan: menambah bilasan terakhir cucian anda. Cairkan ½ 1 tudung penuh dalam 5 liter air suam. (1 tudung penuh = 30ml). Jangan letakkan perapi fabrik terus ke pakaian anda.

Ecover Fabric Conditioner - Manfaat
• Secara semulajadi melembutkan dan menyegarkan pakaian anda
• Dibuat menggunakan diperbaharui, loji dan bahan-bahan berasaskan mineral
• Membantu mengurangkan statik, menjadikan pakaian anda lebih mudah untuk digosok.
• Tiada pewarna, bahan-bahan hanya berasaskan tumbuhan.
• Tiada bahan petrokimia


Delicate For Fine Fabrics




1L  rm 19.00 

Selalunya kalau nad nak basuh cadar, tuala mesti gune sabun yang sama untuk mencuci pakaian. Nak tau apa jadi,mesti berbulu dan kasar..hahha.. Dengan pencuci Delicate For Fine Fabrics ia dapat menjaga fabrik dan sutera anda dengan baik. Nad pakai untuk basuh cadar dan tuala, pergh lembut sehhhh..best sangatt..tangan pun halus jee..


 arahan:
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 ½ kap penuh (45ml) ke dalam dispenser mesin anda. Jalankan mesin anda seperti arahan pengilang. 

Untuk cucian menggunakan tangan: mencairkan 2/3 tudung penuh (20ml) daripada ke dalam 5 liter air suam. Basuh pakaian anda seperti biasa.

Faedah - ecover halus
• Sesuai untuk fabrik halus, sutera dan wul
• Mengekalkan kelembutan fabrik halus dan melindungi warna
• Bukan biologi
• Menghormati kulit anda: tiada pewarna, bahan-bahan hanya loji berasaskan
• Tiada bahan petrokimia 


Mak nad dah ajar jangan campur baju, seluar dan fabrik lembut. Sampai sekarang nad dengar cakap mak..hehee..Nad akan asingkan baju, seluar dan fabrik seperti tuala dan cadar tilam.. Dah ade sabun Ecover ni, bolehla gune untuk khas lain-lain kain.

Produk Pencuci Ecover Memang menakjubkan!!!!

Produk Ecover memang membantu alam sekitar daripada tercemar kerana semua produk dihasilkan daripada tumbuhan dan mineral. Semua produk cecair pencuci Ecover mempunyai logo Kulit Sensitif dan telah diluluskan. Pencuci Pakaian Ecover tidak meninggalkan kesan bahan kimia ke atas kulit kita. Apa yang menakjubkan tentang produk pencuci Ecover ni, air lebihan yang mengalir keluar semasa membasuh pakaian tiada kimia dan membantu alam semulajadi daripada tercemar serta air lebihan cucian yang kita gunakan untuk membasuh itu boleh disiram ke atas pokok bunga dan pokok atau tumbuhan lain. Jimat dan menakjubkan kan..


Produk Ecover mempunyai pelbagai jenis khas untuk pembersihan rumah kita tanpa bahan kimia. Nak tau lebih lanjut boleh layari http://my.ecover.com/

Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seperti : 
- Village Grocer (1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
- Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery) 
- Presto supermarkets (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana) 
- B.I.G. (Solaris Dutamas)
- Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)

atau melalui online ECOVER

****** SIMPLE GIVEAWAY*******

Panjang nad bercerita mengenai sabun cuci pakaian Ecover ni kan..hehee..sekarang nad nak berkongsi dengan korang semuaaa..nad dah cuba memang menakjubkan..korang pulak cuba..tidak menghampakan..lagi-lagi yang selalu kulit sensitif tu.. 




a) Senang je giveaway ni..tak perlu buat entry pun..cuma like fanpage nad je.





b) lepas tu korang pilih salah satu produk seperti di bawah yang korang suka dan tulis pendapat korang bagaimana pentingnya kebersihan pakaian kepada anda dan sekeluarga.? .Berikan pendapat di ruangan komen di bawah ni sahaja



1. One (1) Non-Bio Laundry Liquid 1L

2. One (1) Fabric Conditioner 750ml

3. One (1) Delicate 1L



c) Sertakan email, alamat ye untuk bagi urusan penghantaran barang.

d)  Tarikh luput ECOVER GIVEAWAY ialah pada 18 September 2014

e) HANYA MEMILIH TIGA PEMENANG SAHAJA DENGAN KOMEN TERBAIK..CEPAT-CEPATT..SEBELUMTERLAMBAT 
 
    SHARE 24 comments

    Add your comment

    1. uik bleh letak kat pokok ka air basuhan tu.dasyat2

      ReplyDelete
    2. liyliz..hehe...rajin sikit

      hana..yup..hehe

      ReplyDelete
    3. wah..best produk ni..botol pun dibuat daripada tumbuhan dan boleh kitar semula....mesti wangi..kalau zaza suka tuang banyak2.hehe....

      ReplyDelete
    4. assalamualaikum nad...memang menarik la produk ni....kalau ada produk yang begini memang selalu la nak basuh baju sebab ianya bagus pakaian yang dijemur pun tidak akan pudar,kulit yg sensitif dpt dielakkan,tiada bahan pewarna dan ianya juga berasaskan tumbuhan...memang baik untuk pakaian kita juga kesihatan keluarga...

      ReplyDelete
    5. assalamualaikum nad...komen ni x payah dipostkn yer...

      email mama : maszull@yahoo.com
      alamat mama : Normas Mohd Noah
      No.28,Jalan pulai Perdana 2/4,
      Taman Sri Pulai Perdana,
      81110 Skudai Johor...
      pilihan produk : no 1

      mekacih yer...

      ReplyDelete
    6. assalamualaikum kak nad.. nice produk lah akak share ni, boleh try.. tq.. :) Han Woo Hwan's Blog

      ReplyDelete
    7. assalamualaikum nad...mama nak bagitahu kalau mama memang la suka yang no 1 tu One(1) Non-Bio Laundry Liquid 1L....kalau untuk membasuh pakaian yang no 1 tu lah yg bestkn...:)

      ReplyDelete
    8. Salam singgah dan follow sini...
      http://bungakayangan.blogspot.com/

      ReplyDelete
    9. Bagusnya Nad buat review produk ni... Hari ni baru tau ada produk Ecover. Akak join ya...

      "Pentingnya kebersihan pakaian kepada saya dan sekeluarga kerana berpandukan sabda Rasulullah S.A.W, "Kebersihan itu separuh daripada iman". Bila pakaian bersih, harum dan kemas, semua orang pasti gembira mendekati kita ^__^

      Akak suka yang nombor 1 tu Nad.

      ReplyDelete
    10. as salam. selamat membasuh baju ye? teruja tgok entri yg sempurna ini. abe kie singgah n follow blog ini. no 613.

      ReplyDelete
    11. Salam Nad.. Akak nak cuba nasib gak.. mana la tau dapat.. hihihi...

      kak Eyza suka yang Non-Bio Laundry Liquid 1L sebab sebelum ni pakai yang serbuk gak.. pastu, masa nak sidai, mesti ada lekat lagi sisa2 sabun kat baju.. x best.. lagipun akak mmg tgh cari pencuci yang mesra tangan sebab sesetengah pencuci yang banyak bahan kimia buat kulit mengelupas nanti.. terus tak cantik.. :)

      email : eyzafarza@yahoo.com

      ReplyDelete
    12. Salam Nad :)

      Akak pilih :

      One (1) Non-Bio Laundry Liquid 1L

      Pada pendapat akak, kebersihan pakaian memainkan peranan penting dalam memastikan kami sekeluarga selesa tak kira di mana jua berada. Bayangkan jika pakaian yang dicuci tidak bersih ataupun meninggalkan kesan kotoran degil yang menyakitkan mata, pastinya ia memberikan tanggapan negatif orang terhadap akak sekeluarga. Dan, pakaian yang bersih juga mencerminkan peribadi kita yang juga sukakan persekitaran yang bersih dan bebas bahan kimia. Oleh itu, pencuci pakaian Non Bio Laundry Liquid ini pastinya pilihan tepat untuk pakaian lebih bersih dan mesra alam.

      Sekian, terima kasih :)

      emel : wanimira737@gmail.com

      ReplyDelete
    13. Assalamualaikum Kak Nad..

      Yana pilih no 2 tau,,

      2. One (1) Fabric Conditioner 750ml

      So nanti xde la pakaian yang dijemur bawah terik mentari tu garing...kering sgt msa angkat ..pastu bila guna Under Sun Conditioner nie mesti lembutkan pakaian kita..Dek non xmo no 3 sbb ade lak spesifik kain2 dia..Hahaha :p

      Semua syarat dah dilaksanakan berkurun lamanya..haha..like doh fanpage tu haa..kihkih ;)

      email : yanasakura06@gmail.com
      alamat : secret arrr..nnt kita riger2 tmpt len ea kak non.. :p

      ReplyDelete
    14. Nak join...

      One (1) Non-Bio Laundry Liquid 1L,Saya memilih sabun ini kerana pencuci ini sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna sangat sesuai dengan jenis pakaian kami seisi keluarga terutamanya untuk si kecil saya.memandangkan si kecil sangat aktif bergerak membuatkan pakaian selalu kotor dan agak susah untuk menyentalnya,dengan Non Bio Laundry Liquid mampu menaggalkan kesan kotoran yang degil dan meninggalkan wangian yang harum.Pakaian yang bersih amat penting untuk saya sekeluarga terutama kepada sikecil syaa,kerana membantu mencegah segala bakteria dengan kebersihan pakaian. Lagi satu ia amat sesuai dengan saya yang berkulit sensitive

      Email:
      Ivy_ika@yahoo.com

      ReplyDelete
    15. Jual sabun basuh?

      http://acikwatie.blogspot.com/

      ReplyDelete
    16. saya pilih One (1) Delicate 1L sebab sesuai untuk saya gunakan membasuh tudung serta baju baju yang fabric nya istimewa dan perlu penjagaan khusus.

      bagi saya,penjagaan kebersihan pakaian adalah prioriti utama bagi setiap insan. Untuk yang beragama Islam, khususnya pakaian yang bersih sangat-sangat lah perlu ketika hendak beribadat. Selain itu, pakaian yang bersih juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan keyakinan daripada orang lain terhadap mereka kerana sekiranya mereka melihat kita mementingkan kebersihan dalam berpakaian, mesti mereka percaya bahawa kita seorang yang bertanggungjawab untuk diri dan kerja yang dilakukan :) lagipun,kebersihan itu salah satu tunjang utama kehidupan berkualiti .

      princessiola3190@gmail.com

      ReplyDelete
    17. Assalamualaikum Nad! Jalan2 sini dari Contest Blog Comel By Sheda Ucu! Salam kenal! Done follow lama dah! Hehe..^^,
      Rosmiza Ali Official Blog™

      ReplyDelete
    18. Assalam Nad.. baru kesempatan pagi tadi meninjau2 emel & perasan ttg ni. Kalau saya akan pilih no 3 sbb rasanya mampu buat baju tahan lama walau selalu dibasuh & dijemur bawah matahari yg terik..

      Kebersihan pakaian mmg amat penting kepasa saya sekelarga kerana ia adalah asas kepada kebersihan yg lain sama ada dalam rumah atau kehidupan seluruhnya. Kalau kebersihan baju tak sentiasa dijaga, ia akan melarat ke seluruh rumah seperti tilam, bantal, sofa, carpet, dapur dan juga akan mempengaruhi makanan yg kita makan di rumah. Bila kebersihan tiada, penyakit pun senang datang tanpa perlu diundang. Gelilah bila baju tak bersih.. :D

      Emel saya : khirkhalidmy@gmail.com
      Alamat: ... malulah nak tulis.. klu nak, saya pm jelah kat fb ke eh.. :D

      ReplyDelete
    19. Bab pakaian, tahu pakai je.. Mem bosa yang siapkan..

      ReplyDelete
    20. Bagus produk ni..lagi2 takde bahan kimia..
      Saya suka produk no 3 sebab boleh basuh cadar dengan tuala dengan sabun yangbkhas memandangkan tuala saya yang berbau.

      Kebersihan amat penting kepada saya dan keluarga kerana daripada kebersihan dari situlah kesihatan terjamin. Bila kita bersih..suci kehidupan tu nampak lebih ceria tanpa adanya kekotoran. Pakaian akan elok jika sabun yang digunakan mengikut sabun yang betul. Sabun ini akan saya bagi kepada isteri supaya die tidak mengeluh lagi tentang cadar yang rosak dan sentiasa berbau wangi

      Email : crypthon7th@yahoo.com

      ReplyDelete
    21. Hmmm.. kalau kak jora ler memang nak pilih semua coz kesemuanya menjadi kegunaan harian terutama No. 1 = non bio laundry. Memang hari2 cuci baju terutama hubby yang senantiasa bekerja luar matahari..

      Produk ini sangat bagus kerana tiada bahan kimia dan selamat digunakan untuk yang mengalami sensitif kulit terutama basuhan tangan. Tahniah diucapkan kepada produk ecover...

      kongsibersamanora.blogspot.com
      norahshakir@gmail.com
      Add kak nora PM ya

      ReplyDelete
    22. eh dah terlepas g.A.. :( haha kak nad tolong basuhkan je baju lisa :P

      ReplyDelete

    © Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
    #toc 2