hai assalammualaikum


Sunset atau Matahari Terbenam - Gambar ini nad ambil semasa temankan jejaka mafia mengambil gambar sunset. salah satu aktiviti photographer bila dapat moment sebaik ini. Jadi nad pun tidak lepaskan peluang, lalu, mengeluarkan ipad dan mengambil gambar yang cantik ini. Matahari merupakan bintang yang dekat dengan Bumi dan membentuk Sistem Suria. Antara matahari terbit dengan matahari terbenam, nad lebih suka tengok matahari terbenam, sebab kita dapat lihat matahari tersebut turun sedikit demi sedikit dengan meninggalkan warna kemerahan yang cantik sehingga hilang dari pandangan dan menjadikan suasana gelap.


Suasana yang hanya seketika namun bagi nad ia sungguh mengasyikan dan memberi ketenangan dalam jiwa dengan udara yang menyegarkan. Suasana yang mampu menarik orang ramai terpesona untuk melihatnya. Apabila matahari terbenam, semua menjadi kelam dan sunyi, tiada lagi kesibukan dunia. Aktiviti yang tadinya begitu sibuk semakin berkurangan dan mula berhenti. Ketika inilah manusia akan lari dari kesibukan dunia dan akan merenung jauh dan mengingati segala perkara yang dilakukan. Menyedarkan kita waktu berlalu begitu pantas. Dosa, pahala, baik buruk akan berlegar di kepala. Merenung bila kita akan mati,bagaimana  dan apa akan terjadi. Itu semua adalah kuasa Allah. Kita hanya persiapkan diri dengan amalan-amalan yang baik.

Suasana ini akan berlaku dalam kehidupan kita seharian dan setiap hari juga kita akan berfikir. Apa yang pasti semuanya adalah milik Allah. Melihat keindahan alam semulajadi , menyedarkan kita tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam semesta ni. Di saat ia membenamkan dirinya, hati ini bersyukur kepada Tuhan atas keindahan ciptaanNya.

http://www.kizmyself.com/2014/10/mini-contest-my-lense-story.html
NAK JOIN SILA KLIK BANNER

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. di tepi pantai mentadabbur ciptaan Allah.. Subhanallah.. Cantik :D
    - http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/10/contest-my-lense-story-kaulah-teman.html -

    ReplyDelete