TAMAT SUDAH SELAMAT PENGANTIN MADU

in , by Nadia Johari, 22:54:00
hai assalammualaikum

Tamat Sudah Selamat Pengantin Madu - hah sapa tengok cerita Selamat Pengantin Madu..hari ni last episode dah..dah habis dah harini..Selamat Pengantin Madu disiarkan di TV3 setiap hari  khamis. Kisah ini mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya. Hidup bermadu ni memang besar..memang kebanyakan kaum hawa ni menentang keras bab madu..mana yang suka alhamdulillah.


Sapa layan cerita ni pasti tau yang Si Masmira bini kedua Zul seorang yang gedik dan gila kuasa..haha..nad pun menyampah tengok perangai dia..dah tau madu terima jela yang kau tu bini kedua, ni semua nak dengar cakap die..eheh...lepas tu tipu lagi pasal bab mengandung..kau hingat ni boleh buat main-main ke..kang dah kene maki hamun dengan zul bila tau masmira tak mengandung. Mas mira buat hal lagi bila Zul dengan Ana pergi bercuti. Boleh pulak dia keluar dengan lelaki lain..haaa makannya cerai..tu la buat pasal lagi.. Laki ni dah banyak kali bersabar, bila dah meletup..macam tu la..hilang dah kawalan...huhuhu..akhirnya Masmira diceraikan..

Ana isteri pertama zul pulak cuba pujuk Zul untuk berbaik dengan Masmira disebabkan tengok perangai Zul yang asyik marah je..sampai anak-anak pun takut..yela dia dah boleh terima Masmira sebagai madu tapi zul takmau. Zul pulak hangin sebab Ana ni asyik keluar dengan Gazi..ohoiii..tu aktiviti office je kot..dah anaknya cakap dia call papanya..eheh..bini tak pernah lupa suami tau..Last-last atas nasihat kawan Zul, Zul boleh accept aktiviti diaorang..dengan Zul enjoy..happy ending keluarga Zul..tiada lagi Masmira...gitu tamatnya...bolehla...

Pe korang rasa best ke idok..hehehe
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. ye la kan? dah tamat!

    (sebenarnya uncle tak tengok, pon! haha)

    ReplyDelete
  2. blm sempat tgk udah habis ... heeee

    ReplyDelete
  3. tak sempat tgk ending die..tgk time die dok marah2 je

    ReplyDelete
  4. Tak tahan tgk kegedikan mas tu. Kesian ana. Bagus la ending mcm tu. Tak tengok gak. Selalu malam2 mmg xtgk tv. Kul7 tu je tgk. Klu nk tgk pon layan kat tonton. Hehe sibok nak komen gak kat sini.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok pun sebab kat sini tak ada TV tapi bila baca ulasan blogger2 lain, nampak cerita nie memang best.

    ReplyDelete
  6. Lah tamat suda..lya x tgk lgi

    ReplyDelete
  7. ohh mcm tu ending die. okay2 mekasih. cx tk smpt tgk aritu. lg pon tk suke tgk cite madu2 ni. emosi melekat teruk hahaha.

    ReplyDelete
  8. Citer ni.mmg.best tapi.saya.x boleh tengok sebab bapak.dan.mak.saya anti.drama Melayu. :(

    ReplyDelete
  9. Citer ni best tp x sempat tengok episod last... huhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2