hai assalammualaikum


Bibik Dan Penjaga Budak Tiada,  Suami kan Ada

Bila Tiada Bibik Atau Penjaga Budak - Memang dari anak pertama,  pergi event mana-mana yang melibatkan kerja nad,  nad akan bawak anak.  Mak mertua dah takda, keluarga nad pulak dekat Klang.  Takkanla nad nak hantar anak ke klang. Jiran pulak semua dah tua-tua. Takkan nak suruh jaga pulak kan. Jadinya, suami la yang jadi bibik untuk jaga anak-anak ni.

Mr mafia kerja sendiri,  jadi gaji pun bukan macam orang gaji sebulan.  Nak bayar penjaga memang tak mampu lagi. Nak pergi event pun kena tengok dia ada hal ke tak pada tarikh berkenaan.  Kalau takde, dia ok, tolong jaga anak-anak.

Sebelum ni baru anak seorang,  boleh la nad angkut sendiri,  tapi dah dua orang ni,  tak boleh la..hahaha. .Kakak Fariza pun dah tak terkawal sekarang. .Huhu. Sebab tu perlu bantuan suami.


Memang pergi event, nad bukan tinggalkan anak-anak dengan suami dekat rumah,  nad bawak sekali pergi event. Sebab Farhanah,  si adik ni masih menyusu badan. Kakak Fariza pun masih menyusu badan juga,  tapi masih boleh kontrol bila dekat luar. Tapi bila datang penat dia,  nak tidur ke,  mulala mencari susu.

Kalau pergi event yang boleh bawa anak-anak ok lagi.  Kalau event tu tak boleh bawak anak,  tu sebab suami kena jaga. Nad tengok tempat juga,  kalau bersesuaian nad amik job tu, contoh kalau buat dekat shopping mall, ok la. Sebab tu nad kena amik job yang ada bayaran. Sebab nak bayar duit minyak kereta..heheh. Dah dia tolong bawak, tolong jaga anak,  upahnya minyak kereta la..huhu.

Macam ni la kerja blogger yang mencari rezeki. Job bukan selalu ada, nad pulak memang fulltime blogger. Jadi, bila dapat job tu dengan bayaran, memang ambil. Harap client kenala paham. Huhu. .Blogger bukan suka-suka buat kerja, blogger lagi banyak kerja.  Bayaran dapat tu nak kena bayar banyak benda.

Harap anak-anak faham kerja mommy..huhu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. betul. it's not easy being a blogger. semoga murah rezeki akak. ameen.

    ReplyDelete
  2. Ayah lebih baik dalam menjaga anak-anak... Hihi

    ReplyDelete
  3. bagusnya diaorang ni under control..:)

    ReplyDelete
  4. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  5. Bukan kata blogger je, Sis dulu anak 3, urus semuanya Nadia..
    Lagi pulak Suami jenis keje pagi balik sampai ke malam, semua Sis urus.
    Time anak sekolah pun sama, nasib juga kalau time holiday ke bercuti jauh ke, anak-anak semua behave, bolehlah gerak jauh..
    Sis perasan kadang anak yang under bibik, agak 'kurang' sikit nak mendengar kata emak bapak, manja terlebih..tu apa yang kawan cakaplah sebab dia bekerja, dan anak dia bibik jaga, dia luahkan macamtu..

    Bangga kita kan, kita jaga dan kita urus..juga syukur dpt suami mcm suami Nadia dapat membantu.. :)

    ReplyDelete
  6. Terbaik. saya pun tak da bibik. husband pula sangat busy even hari weekend, tu sebab saya tak dpt nak ambik job kalau melibatkan event. hanya mampu buat kat rumah jer. hihi.. btw, nad seorang yang kuat. harap anak2 faham kerjaya kita suatu hari nanti. hihi

    ReplyDelete
  7. Bagus nad! Moga terus murah rezeki demi anak².

    ReplyDelete