hai assalammualaikum


Ayai Illusi Juara Gegarvaganza - Bila orang lama kembali beraksi di atas pentas, inilah yang ditunggu-tunggu penonton, begitu juga aku. Suara orang lama ni unik dengan lagu mereka yang sedap di dengar. Nad takdelah mengikuti sangat cerita ni sebab kadang-kadang berebut tv dengan jejaka mafia..hahaa..Tapi malam ni dia pergi kerja, dan nad dapat tengok Final Gegarvaganza ni. 


12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000 dan enam orang yang terpilih untuk ke finalis Gegarvaganza. Mereka ialah Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda dan Ifa Raziah. Acara ini berlangsung didi Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 9 malam dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Malam final terdapat dua segmen yang perlu mereka lakukan. Pertama mereka perlu menyanyikan dua lagu pilihan sendiri
  • Ifa - lagu Goyang Inul (Inul Daratista) & Matahari (Agnes Monica), 
  • Ayai - Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) & Semangat Lamina (Lefthanded), 
  • Fazli - Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Tapi Bukan Aku (Kerispatih), 
  • Haleeda - Mendua (Astrid) & Pelesit Kota (Search), 
  • Rahmad - Suara Cinta (Mega) & Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah) 
  • Mamat - Salju Di Danau Rindu & Janji Padamu (Mamat Exist).

Segmen kedua iaitu saingan 'battle' menyaksikan penyanyi ditemukan sesama mereka untuk lagu yang bukan genre mereka iaitu
  • Ifa Faziah menentang Haleeda dalam lagu Fanatik (KRU), 
  • Ayai dan Rahmad dalam lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) 
  • Fazli bersama Mamat untuk lagu Havoc (Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone). 
 
Persembahan diakhiri dengan artis jemputan seperti Kumpulan Spoon, Amelina, semestinay dengan dangdut dia, Jamal abdillah, Newboyz dan Kristal. Pergh memang mantap la diaorang. Semua orang terpegun. Semua penonton terhibur dengan persembahan mereka. Sampai Johan naik gila bila dengar Jamal nyanyi..ahaha..giler die tu..Tetiba ade pulak babak yang tidak disangka akan muncul apabila Hairul Azreen mengambil peluang di pentas Gegar Vaganza akhir yang disiarkan secara langsung itu untuk melamar kekasih hatinya, Hanis Zalikha. Baca lanjut DI SINI

Akhirnya benda yang ditunggu iaitu keputusan pemenang..
Keputusan Juara Konsert Gegar Vaganza 2014 Final

Juara: Ayai Ilusi (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + rakam album single)


Naib Juara: Haleeda (Wang Tunai RM 30,000 + Trofi)


Tempat Ketiga: Mamat Exist (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Mamat Exist (Wang Tunai RM5,000)


Tempat Ke Empat: Rahmad Mega (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)


Tempat Kelima: Iffa raziah (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)


Tempat Ke Enam: Fazli Zainal (Wang Tunai RM3,000 + Trofi)



 Tahniah kepada semua pemenang..Semua balik dengan hadiah..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. muja tak tgk gegar vaganza.. tp dgr citer lagi hebat daripada af.. hehehe

    ReplyDelete
  2. I is ngantuk ooo tunggu dah hampir2 nak terlelap dah...

    ReplyDelete
  3. syok layan..berbeza tgk mi segera ngan otai2 lama perform..

    ReplyDelete
  4. ifa tak boleh blahhhh spnjg show tu kita dok kutuk dia! HHAHAHHA

    ReplyDelete
  5. Orang2 lama macam akak ni memang suka la dengar lagu2 lama tu..teringat zaman2 kecik dulu...hehhe...

    ReplyDelete
  6. Cik akak engko nie nad...memang tak pernah nonton pun..hahaha..tahniah buat pemenang . Suara depa memang bestm..mendayu2

    ReplyDelete