hai assalammualaikum

Hanis Zalikha Dilamar Hairul Azreen Di Rancangan GegarVaganza - Malam ni layan final Gegarvanga, rancangan yang mengembalikan 12 orang artis terkenal tanah air bertanding di pentas untuk merebut wang tunai RM100,000. Dihoskan oleh Jihan Musa dan Nabil Ahmad. 

Masa kumpulan kristal nyanyi, Nad baru je pergi dapur sekejap, pastu patah balik tengok televisyen. Pastu layan whatssup. Tengok whatsuup diaorang cakap Hanis Zalikha kene lamar..uitt mana diaorang tau..dekat mana??..rupanya dekat rancangan tu..hah melepas nad tengok.tapi takpe..mesti ade orang rakam..dan nad tengok balik sairan tu..hehee..


Hanis Zalikha telah dilamar oleh Hairul Azreen di atas pentas Gegarvaganza. Hairul punya ayat " saya nak awak ada dengan saya, saya nak awak jadi partner saya, dan saya nak awak jadi isteri saya yang sah". Sebelum Hairul bercadang untuk melamar Hanis di Konsert Final GegarVaganza, Hairul telah menjumpai ibu bapa Hanis dan mereka telah merestui hubungan ini..Aww sweet kauu. dan jawapan hanis mestilah "Yes"..kang cakap tak yes lain pulak jadinya..hehee.

Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut semoga kekal bahagia ke jinjang pelamin. Permulaan 2015 bagi artis..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours