hai assalammualaikum


Air Kosong La Air Paling Sedap - hahhaha..tajuk takboleh blah kan..kenapa nad cakap air kosong air paling sedap...sedangkan air kosong takde perisa pun..tawar je..yela lepas je korang minum air manis-manis mesti tekak rasa something..lepas tu mesti minum air kosong..macam nad..kalau dulu masa remaja, nad jarang minum air kosong, sellau minum air manis-manis..dan feveret minuman masa tu air milo..

Tapi sejak masuk study, dah tak boleh terima air manis bersusu ni dalam tekak..kalau minum nanti mesti terkeluar balik..pastu pening..kalau air buah tu nad boleh minum air laici dengan orange je..tapi lepas tu mesti minum air kosong..ahhhaa..dah biasa sejak tak boleh minum air manis-manis bersusu ni terus layankan je minum air kosong. sampai kalau keluar je mesti order air kosong..sebab takut akan pening atau mual-mual..mr mafia sampai cakap "rugi bawak sayang keluar, sebab minum air kosong"..hahaha..jimat ape..hehee..mana tak dia marah, kadang tempat makan sedap-sedap pun nad nak order minum air kosong..order la air yang sedap dan mahal..katanya..yela ikutkan jele..hehhe..

Bagusnya air kosong ni untuk badan ialah melancarkan pencernaan. Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas sehari setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan sakit sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. 

Air kosong jugak sesuai untuk mereka yang nak kekal cantik. Kalau kita minum produk kecantikan mesti kene minum air kosong jugak kan..sebab dia melancarkan ke seluruh badan supaya badan kita sentiasa lembap dan tidak kering..Bila minum air kosong, nad rasa badan selalu segar, cergas je..berbeza kalau minum air manis..badan jadi berat lemah dan rasa nak tidur terus..hahaa.Minum air kosong puntekak rasa segar je..

Sebab tu nad cakap air ksoong la air paling sedap..hahaha..Jom amalkan minum air kosong 8 gelas sehari demi menjaga kesihatan..ooyeahh..ehhee..





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Air kosong confirm menghilangkan dahaga & menyegarkan badan.. mmg kena slalu minum air kosong terutama time musim2 panas ni..

    ReplyDelete
  2. sekarang pulak musim panas lagilah kena banyak minum air masak ^^

    ReplyDelete
  3. sekarang pulak musim panas lagilah kena banyak minum air masak ^^

    ReplyDelete
  4. http://www.nadiafarahida.com/2013/09/kereta-sewa-paling-murah-di-kuching.html?m=1

    ReplyDelete