KENAPA RUNNING MAN BEST DAN DIGILAI??

in , by Nadia Johari, 00:37:00
hai assalammualaikum

Kenapa Running Man Best - Hahahaha sekarang aku memang dah terjebak sangat dengan Running Man..salah satu cerita korea yang nad layan..Kalau sebelum ni memang tak layan cerita korea langsung..entah ape bestnya pun tak tau..sebab kebanyakan cerita korea semua macam sedih-sedih je..pastu lambat..tapi berbeza dengan Running Man..

Setiap Minggu nad akan tunggu dan tak sabar nak tengok Running Man..Nad selalu tengok siaran 393 astro punya setiap hari jumaat, sabtu, dan ahad. sebab ade yang ulangan yang nad belum tengok lagi..lepas tu hari Sabtu dan Ahad TV2 pada waktu petang..kalau masa tu takut miss siap record..hhahah..Kebanyakn korang tau kan Running Man ni cerita rancangan televisyen korea yang berunsur game.

Nad nak cerita kenapa Running Man ni menjadi kegilaan semua orang.. termasuk nad sendiri..ni pandangan nad..hehee



1) Tengok kepada peserta, mereka pilih tidak mengikut rupa paras..ade yang hensem, tak berapa hensem, lawa, pandai, sengal, kuat dan lemah..semua ada..hahhaa..

2) Karakter setiap watak yang berbeza,.dalam rancangan ni nad suka dengan Lee Kwang Soo atau Zirafah..yang paling tinggi tu..hahha..sebab mengikut cara dia cakap, terkejut, memang lawak..masing-masing ada gaya tersendiri..kadang-kadang memang melampau tapi boleh buat orang gelak lagi..hahhhaa..dan yang paling kesian Seok Jin..dialah yang paling lemah dan paling tua dalam Running Man..hehe..selalu je mudah dikalahkan..tapi kadang-kadang die ni ada bagus jugak..hahaha

3) Hati diaorang tak mudah sentap..perasan tak yang diaorang ni kadang-kadang ada emo, ada berkata kesat..tapi semua tu diaorang anggap satu joke..hahhaa..masih boleh gelak lagi..

4) Diaorang ni lemah lembut dengan orang awam dan peminat..kannn..hehhee 

5) Tiada skrip dalam Running Man..semuanya keluar dari mulut sendiri..ikut suka kau la nak cakap ape..hahha


Melalui permainan dan suntingan cerita


1) Mereka yang mencipta cerita ni memang awesome..ade je game yang berbeza setiap episod..game yang berlainan supaya cerita menjadi lebih menarik..Menariknya lagi setiap game kadang-kadang ade effect bunyi dan persembahan..sampai peserta Running Man buat macam betul-betul terjadi...hehe

2) Game yang menguji ketahanan mental dan fizikal..Bak kata Seok Jin, Running Man merupakan senaman untuk diri secara percuma..Tapi memang betul kata dia, permainan dalam Running Man memang bukan mudah, semuanya berat..kene panjat tangga, kene buat itu ini, yang teruk tu kene cabut nama..fuh..sekali lawan memang betul..memang nampak diaorang letih..


3) Bukan setakat peserta je kene berlari, jurukamera pun kene berlari gak..lagi diaorang teruk, berlari sambil bawak kamera. Jenis kamera rasa bukan ringan tu..berat oo..hhaha..hebat tak hebat..

4) Tempat permainan game semuanya menarik..lagi satu kene kosongkan tempat tu supaya perjalanan game berjalan lancar..Bila difikirkan banyak jugak item yang digunakan masa rancangan RM ni kan..fuh..

5) Tetamu yang dijemput juga berlainan..

Ni la nad rasa kenapa nad suka sangat tengok Running Man Korea,.sampai nakmintak kawan cerita Running Man dari mula start lagi..hahaha.. ko rasa Running Malaysia boleh tanding RM Korea..tengok sajelah..


SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Hahaha...sama lah kita dik nad...cik akak sulu memang tak layan running man..tapi sekali dah tengok..hahaha..gelak2 sorang depan tv..best sangat..tapi akak layan kat tv 2 je...ulangan gitu

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok juga tapi tetap xminat RM

    ReplyDelete
  3. Hahaha. minat jugak tengok running man ni.

    ReplyDelete
  4. Ramai yg trgila2 kan ni tpi lya TDK hihi

    ReplyDelete
  5. Ramai yg trgila2 kan ni tpi lya TDK hihi

    ReplyDelete
  6. eheh yui p[un layan.. jumaat je lepas jam 11 mlm dh standby chanel 393..ekekke

    ReplyDelete
  7. Akak pun suka Running Man. Start tgk 2013, then download lagi episode mula sampai episode terkini hahahha.. tak jemu tgk. Suka Kwang Soo dan Jong Kook. Kwangsoo selalu main tipu dan selalu ngelat. Kalau jong Kook pula dia tak kan sesekali main tipu atau belot dan jenis setia. Jong Kook dan Jae Suk pula kaki gaduh. Sebab tu kalau dapat team couple dua org sekali mc pelik je hahaha.. Haha Kwang soo dan Suk Jin ni team pembelot, 3 orang ni mmg kaki penipu habis dan suka belot geng sendiri. hehehe.. paling best Gary dan Jih Hyo sebagai monday couple.. diorang mmg cute!!.. eh Running man Malaysia ye???

    ReplyDelete
  8. sep sikit!!! akak pun suka tengok..=D

    ReplyDelete
  9. kita sama..drama Korea tak suka tengok sangat, tapi sekali sekala layan gak Running Man kat TV2 tu.kelakar jugak..no wonder ramai yang sanggup marathon sehari suntuk

    ReplyDelete
  10. Dulu rajin menonton Running Man. Sekarang ini dah tak follow sebab banyak sirinya dan sudah faham format permainan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2