hai assalammualaikum

Ikan Bawal Masak Tomato - Resepi ni selalu mak nad yang buat..jadi dah terbiasa kalau ikan bawal masak tomato. Mula-mula nad masak tak menjadi sangat..yela baru pertama kali cuba..tapi kali ni nad buat sesedap air tangan mak nad..wahh gitu..biasalah dah lama-lama kawin masakan dah menjadi bertambah sedap..hahha,,kita dah tau berapa nak letak bahan-bahan dia kan..kalau tersalah, rasa masam lebih..kalau betul die sesedap rasa...aummm..sampai jilat jari...hehe


Ni la ikan bawal masak tomato..Sepatutnya warna die warna oren-oren sikit..pencahayaan tak terang dekat rumah..takpela..meh nad bagi cara nak buatnya

Bahan-bahanya
- ikan bawal
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
-,serai
- cili besar merah dan hijau
- cili padi (kalau nak pedas)
- sos tomato
- sos cili
-,sebiji tomato..kalau banyak gunalah dua biji tomato
- garam

Caranya
- lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan
- potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi.
- serai diketuk
- tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau
- bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah.
- bubuh sedikit garam
- lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. Akan jadi kuah die,
- masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara..
- dah nampak kuah pekat bubuh tomato...harini nad tak bubuh tomato sebab terlupa beli buah tomato.
- kuah dah pekat siap untuk dihidang..

Selamat mencuba

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. bakpe menggoda sangat lauk kak Nadia ni?? terliur tengok :D

    ReplyDelete
  2. Wah wah wah sedapnyerrr selera pulak tgk ..Bak sikit laporrr laa Nad hahha

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa. Malam2 ni rasa lapar pulak bila tgk ikan ni. Tp setakat ni belum pernah try ikan bawal masak tomato. Nampak best.

    btw jom singgah baca entry latest emi :)

    http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2015/02/kongsi-resepi-pun-boleh-dapat-duit.html

    ReplyDelete