hai assalammualaikum

Tiga Finalis Bakal Berentap Di Mentor 2014 - Nad ni jarang tengok mentor legend dekat TV3 tu..tapi semalam tetibe tengok TV3 rupanya dah separuh akhir..layanla sampai habis..masa nad tengok tu..keenam-enam protege masuk separuh akhir. Not bad jugak suara diaorang semua..masing-masing memiliki suara yang unik dan vokal yang mantap. Peserta yang masuk ke separuh akhir ialah Sarah, Azmil, Aina, Tuah, Nadeera dan Fahmie.


Tahniah diucapkan kepada Sarah, Azmil dan Aina kerana telah dinobatkan sebagai peserta Finalis Mentor Legend 2014 setelah berentap pada peringkat separuh akhir . Bagaimanapun Nadeera, Tuah dan Fahmie gagal melayakkan ke peringkat akhir dan terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada minggu semi final. 


Oleh itu, pentas akhir Mentor Legend 2014 akan berlangsung pada 22 Februari 2015 dengan persaingan 3 protege antaranya adalah Sarah, Azmil dan Aina untuk merebut gelaran Juara Mentor Legend 2014.




 Protege Amy Search     
Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
 Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur


Protege Dayang Nurfaizah      
Azmil Bin Karim (Azmil)
Umur : 22 Tahun
Asal: Tawau Sabah 



Protege Ella     
Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
Umur: 21 Tahun
 Asal: Seremban Negeri Sembilan

Siapakah bakal juara mentor,sama-sama kite saksikan 22 Februari nanti ok..


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Semoga berjaya untuk mereka bertiga yang berjaya! Syabas!

    ReplyDelete
  2. Semuanya mantap..good luck to them

    ReplyDelete
  3. sape lah yang menang agak agak ^^

    ReplyDelete
  4. xpernah tengok mentor tapi baru2 ni tertengok aina buat persembahan... menarik! good luck buat mereka semua...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2