hai assalammualaikum

Monster Crazy Crunchy (MCC) Pencuci Mulut selepas Makan - Selepas makan, nad mesti nak kunyah something yang simple. Biasalah orang kuat makan ni memang macam ni. Selalunya akan cari makanan ringan sambil tengok tv. Memang heaven masa tu..hahahaa..pencuci mulut ni memang paling sedap, sebab dia disaluti coklat. Bukan sekadar coklat tapi ade sejenis beras yang berwarna warni (versi rainbow)..siapa tak suka benda warna warni kan. Kalau sebut coklat je mesti disukai semua orang, tak kira budak, remaja, dewasa atau orang tua. Lagipun coklat dia tak terlalu manis dan tidak memuakkan. . 


Pilihan nad untuk ialah Monster Crazy Crunchy versi Rainbow. Tengok gambar tu, dari luar dah nampak coklat dan beras warna warni tu..memang menarik hati ni nak memakannya. Mungkin ada sesetengah orang tak pernah dengar lagi nama Monster Crazy Crunchy ni. Meh nad nak habaq, Monster Crazy Crunchy ni sejenis makanan ok. Makanan di dalam botol yang diletakkan beras warna warni dan coklat. Cara makan senang je, buka tutup, gaul coklat dengan beras dan makan..hahah..senang kan..Sepatutnya MCC ni nad dapat tiga botol, tapi disebabkan anak buah dah nampak, diaorang amik dulu..ahhaa..see!!..




Coklat macam ni nak tahan lama mesti la dimasukkan dalam peti ais. Tapi bila keluarkan mesti keras kan. Jadi jangan risau, mudah je nak cairkan coklat dia.
1) Isi air panas dalam sebuah mangkuk
2) Rendamkan Monster Crazy Crunchy Versi Rainbow ni secara Terbalik
3) Biarkan 1 minit
4) Dah 1 minit, angkat perlahan, buka penutupdan dah cair..
5) Makan la apa lagi..hehehe..


Makan Monster Crazy Crunchy ni korang nak makan time bila-bila pun boleh. Masa buat asigment, masa tengah buat kerja, makan tengahari (sebab dia mengenyangkan), makan masa tonton tv, masa jem, masa bila-bila la..Macam nad makan masa tengok tv. Sambil tonton cerita, sambil makan sampailah tak sedar dah habis..hahaa..nampak tak. Coklatnya manis tapi tak muak. Time makan bunyi krup krap krup krap sebab beras dia yang rangup tu..aummm..


hah terliur tak...anyomnyom..tengok orang makan pun mesti dah terliu..hhahaa..apa lagi order la..beli untuk orang tersayang..harga sebotol RM 7..nak beli untuk sendiri pun boleh..Info lanjut boleh pergi sini..

Hotline : 013 889 0044 ( whatsapp )
Website : www.crazycrunchy.com
Instagram : instagram.com/crazycrunchyofficial

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. serius yang ini memang sedap... melting in the mouth...

    ReplyDelete
  2. wahh sedapnyaa.. lame tak makan coklat mcm ni..

    ReplyDelete
  3. makan dengan roti pon mesti best ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2