hai assalammualaikum

credit pic kerex studio
Nivea whitening and Firming Body Care Range -Tak kira siang atau malam, perempuan sentiasa jaga penampilan dan kecantikan diri. Apa yang paling penting selain muka adalah badan. Kita ni kalau boleh sentiasa nak badan kita lembap, licin , halus, putih dan gebu kan.

Kulit yang cantik sering dikaitkan dengan kulit yang bermaya. Namun majoriti wanita Asia mahukan lebih daripada itu. Mereka sentiasa mencari inovasi terbaru dalam menzahirkan kulit cerah sempurna kerana ia adalah faktor utama dalam menentukan erti kecantikan bagi wanita di Asia.


Keinginan untuk memiliki kulit yang cantik tidak berakhir disitu sahaja. Wanita mahukan kulit yang anjal dan tegang supaya mereka kelihatan muda. Namun ia adalah sukar untuk memiliki kulit yang cantik, cerah dan anjal kerana tiada produk penjagaan kulit badan di pasaran yang memberikan manfaat dua dalam satu mencerah dan menganjal secara serentak. Oleh itu, ramai wanita bergantung kepada fesyen untuk mengaburi rasa tidak yakin terhadap bahagian tubuh badan yang bermasalah.


Memahami situasi ini, NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10.  Ini merupakan produk yang pertama di Malaysia yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam satu aplikasi.

 Rangkaian produk terbaru dari NIVEA ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari. Manakala Q10 pula adalah coenzyme yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang dengan aplikasi yang berterusan.

Menurut Jaren Ong, Pengurus Kanan Produk Beiersdorf Malaysia: “Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA telah menerajui kategori produk penjagaan kulit dan sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik. Sebagai pakar kulit melalui inovasi produk, kami sentiasa meletakkan keperluan dan kehendak khusus setiap pengguna sebagai tunggak utama di dalam menghasilkan sesebuah inovasi produk. Pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit badan mencerah dan menganjal yang pertama di Malaysia, ini merupakan sebuah pencapaian inovasi produk bagi kami dan para pengguna NIVEA”.
Ketika berlangsungnya majlis pelancaran produk terbaru ini, NIVEA turut menjemput Dr.Siddique yang merupakan seorang pakar Dermatologi Aestetik untuk berkongsi pendapat pakar beliau tentang kepentingan Vitamin C dan Q10 coenzyme selain berkongsi pendapat tentang keinginan wanita dalam memiliki kulit cerah dan anjal. 

credit pic kerex studio
Jelas Dr.Siddique, “Vitamin C boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan untuk mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata dan kedutan. Antioksidan ini bertindak dengan mempercepatkan sistem pemulihan semula jadi kulit dan dengan secara langsung menghalang kerosakan yang lebih teruk. Q10 memainkan peranan penting dalam memastikan kulit kelihatan lebih muda. Namun Q10 akan mula berkurangan apabila anda semakin berusia. Kebanyakkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai kadar Q10 dibawah tahap optimum. Ini mengurangkan kemampuannya untuk menghasil kolagen dan elastin. Kolagen amat penting kerana ia membuatkan kulit ada anjal, manakala Elastin mebuatkan kulit lebih fleksibel. Kehilangan Kolagen dan Elastin menyebabkan kulit berkedut dan kendur.  Penggunaan produk penjagaan kulit luaran yang mengandungi Q10 dapat membantu kulit menjadi lebih anjal dengan berkesan kerana ia dapat meresap terus kedalam kulit memberikan antioksidan yang menghasilkan kolagen serta elastin”. Majlis pelancaran tidak berakhir di situ sahaja. Nivea turut melancarkan kempen ‘Flaunt it. Fair and Firm”, bersempena dengan kehadiran inovasi produk mencerah dan menganjal yang pertama daripada NIVEA. Objektif kempen ini adalah untuk membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan kulit cerah dan anjal mereka.

Buat pertama kalinya, NIVEA bekerjasama dengan Yasmin Hani, seorang personaliti TV terkenal bersama Emely Poon, personaliti radio yang sedang membina nama untuk kempen ini. Kedua-dua bintang ini amat dikenali oleh wanita Malaysia.  Yasmin dan Emely percaya bahawa apabila anda memiliki kulit cerah dan anjal, anda pasti kelihatan menawan dalam apa sahaja gaya pakaian. Kerana kulit anda adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Tapi pada waktu ni Yasmin Hani tak dapat menghadirkan diri disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, para pengguna boleh melayari laman facebook rasmi NIVEA di  https://www.facebook.com/mynivea atau perjalanan kempen “Flaunt it. Fair & Firm” yang menampilkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely Poon di laman rasmi Youtube NIVEA di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.  Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia.

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio


Rangkaian NIVEA WHITENING & FIRMING terdapat dalam 3 Kategori

Losyen NIVEA Whitening & Firming -  Harga bermula dari RM10.50

 
-          Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
-          Losyen Badan NIVEA Extra White Firming 


Serum NIVEA Whitening & Firming - Harga bermula dari RM 9.50

 

-          Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan SPF 33
-          Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF 33
-          Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan Serum SPF 33
-          Serum badan NIVEA Night White Firming


Krim NIVEA Whitening & Firming Cream – Harga bermula dari RM 12.90


-          Krim Badan NIVEA White & Repair UV 


Kempen ini akan berlangsung sehingga bulan April 2015 dimana NIVEA secara eksklusif akan membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk sebuah pertunjukan fesyen istimewa di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi bakat beliau mencipta gaya fesyen pakaian dengan sebilah gunting




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. selamat malam..lamanya tak jenjalan sini...malam ni melawat semua org :D
    syira mencari sponsor utk ga akan dtg..boleh PM PAGE FACEBOOK : BLOG SYIRA LOKMAN ^_^

    ReplyDelete
  2. lin suka losyen dia.. wangi dan best...

    ReplyDelete
  3. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. It is the old what goes around comes around routine. galvanic facial machine

    ReplyDelete