hai assalammualaikum

Perfecto Popcorn : Disaluti Kesempurnaan Pelbagai Perisa - Dari kecik sampaila ke besar popcorn menjadi satu snek kegemaran, tak kira la dekat rumah, dekat luar atau semasa menonton tv. Kadang sampai berebut dengan adik beradik lain. Kalau sebelum ni popcorn hanya ada satu eprisa je, tu pun nad tak tau perisa asal dia..main makan je..haha..rasa sebelum ni popcorn rasa madu sebab ada rasa manis-manis gitu..popcorn kalau tak manis tak sedap okk..sekarang popcorn dah ada pelbagai perisa..huishh..pilih mana korang suka.


Popcorn merupakan snek klasik yang digemari oleh semua orang tak kira tua ke muda, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem yang secara langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak. 


 PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.


Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi  canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.





Pada hari tu juga, ramai artis yang turut hadir. Dapatla bergambar dengan mereka.


Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya. Masa ni tetiba je ade perempuan menjerit..hahaha..nak tau korang layan video tu..

Majlis ni bukan sahaja untuk pelancaran PERFECTO POPCORN, tapi ada tayangan movie. Dah lama nad tak tengok movie, masa ni la layan. Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”.  Tak rugi weii layan cerita SPY ni..memang best dan kelakar..nanti nad review filem SPY ni..Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.


Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa  yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.
 
PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g).

Untuk keterangan lanjut, layari  Facebook rasmi PERFECTÒ di 
www.facebook.com/PerfectSnacks.









SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ohhh.... ada jual kat kedai runcit jugak ek. bleh buat tengok movie nga bini2 ni. hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2