REVIEW FILEM: SPY

by Nadia Johari, 14:18:00
hai assalammualaikum

Review Filem : SPY - Lepas je pelancaran PERFECTO POPCORN,kitaorang dipertontonkan dengan filem SPY. Akhirnya dapat jugak tengok wayang..dah lama tak layan wayang ni. Dah lama tak amik tau pasal movie-movie dekat wayang ni. Jadi apa yang dibagi layankan je. Nasib baikla cerita SPY ni best..kalau tak tidur nad dalam wayang tu kang..hahaha..Sebenarnya tak tau pun ape filem SPY ni. Filem serius ke, lawak ke, aksi ke, lepas je tengok..ok cerita SPY ni genre aksi lawak...hahaha..


Spy [Review]

Filem Spy mengisahkan Susan Cooper yang merupakan seorang agen CIA yang bertugas id pejabat sebagai pembantu kepada agen lapangan Bradley Fine. Beliau yang tidak pernah bekerja dilapangan mendapat peluang tersebut apabila agen Fine telah dibunuh oleh penjual senjata di pasaran gelap, Raina Boyanov dan kebanyakan nama agen CIA di lapangan telah didedahkan.

Kini beliau ditugaskan untuk mengintip dan mendapatkan maklumat mengenai senjata nuklear yang telah dicuri sebelum ia jatuh ke tangan pengganas. Dapatkah beliau menghalang penjualan senjata nuklear itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Apa aku rasa?

Aku gelak tak berhenti dari mula sampaila habis cerita. Serius bebeh, mula-mula je dah lawak..macam mana orang lain tak teruja nak tengok. Setiap lawak jenaka dirancang dengan baik dan mamang kelihatan bersahaja. Malah ini merupakan filem yang paling lucu dan menghiburkan pernah nad tonton dalam satu jangkamasa yang agak lama.

Tapi nak tengok cerita ni kene hati-hati, bahaya bawak budak-budak sebab bahasa dia tak sopan..ada yang lucah, dan tak sepatutnya didengar.hehhee..



Tapi semuanya ok dan memang lawak habis..tak rugi korang tengok..cepat-cepat pergi tengok..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. pun dengar review spy best and kelakar

    ReplyDelete
  2. Best gak cerita mcm ni.. taklah stress. Thanks sharing Nad.. :)

    ReplyDelete
  3. Ingat nak gi tengok dah hari tu, tapi tgk dua cerita lain .. hehehehe..

    Tgk citer Saint Andreas dengan Tomorrow Land.

    ReplyDelete
  4. boleh la tengok . tunggu download je . hehee

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2