hai assalammualaikum

Rancangan Hidayahmu Ramadhan di TV3 - Lagi beberapa minggu lagi nak puasa. Masa ni la persiapan puasa perlu dilakukan. Bukan tu je, nad pun dapat banyak jemputan buffet ramadhan sempenan bulan puasa yang akan tiba ni. Rancangan televisyen jugak tak terlepas daripada menyiarkan tancangan televisyen..lagi-lagi TV3. Rancangan macam ni la yang ditunggu..pasal puasa, pastu raya..hehehe...semalam baru disiarkan rancangan sempena bulan Ramadhan iaitu Hidayahmu Ramadhan.



Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.


Hidayahmu Ramadan dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya dan Aeril Zafrel sebagai bintang utama dan turut dibantu oleh Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson



Drama bersiri 17 episod ini merupakan sebuah lagi karya penulis skrip berbakat, Azlina Pa'wan dan diarahkan oleh Eoon Shuhaimi. Hidayahmu Ramadan bakal bersiaran bermula 4 Jun, setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di Tv3.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. macam best je. ada masa boleh la layan nanti

    ReplyDelete
  2. tak lama dah drama ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. kan?/bulan puasa bukan setakat meriah dengan aktiviti2 kat masjid. kat tv pun meriah dengan macam2 rancangan...

    ReplyDelete