hai assalammualaikum

Resipi Mudah Untuk Bersahur - Hai assalammualaikum..wah dah seminggu kita berpuasa kan. Sekejap betul masa berlalu kan. Sekejap lagi mula sibuk nak buat persiapan hari raya..hahha..nampak tak..berkobar kau nak kemas rumah..hah bab puasa ni apa yang paling susah untuk si isteri ialah memikirkan apa yang nak dimasak..haha..30 hari puasa..30 hari dok pikir..hebat kan si isteri..padahal hari-hari dah masak tapi tetap kene pikir..ayoyoyo..


Ok ni nad bagi menu simple sangat..semudah abc..menu ni mak nad selalu buat kalau dah takde idea nak masak apa. Kira menu ni macam menu orang bujang la..hahhaa..walaupun menu ni simple tapi menu ni la yangbmenjadi kegemaran laki nad..haishh..laki nad ni cerewet sikit..hahaa,.susah nak ikut tekak dia..macam nad bedal je..tak sangka menu ni boleh jadi kesukaan dia..pelik nor..

Ape nama menu ni..hehhe..namanya ikan bilis goreng belacan...hah nampak tak..menu ni makan dengan telur kicap pun dah ummmphhh..bahan-bahannya ade empat je..senang..meh tengok resipi..
1) ikan bilis..wajib ooo..bahan utama ni
2) cili hijau besar ( dihiris)
3) bawag besar (dihiris)
4) belacan

Cara-caranya
1) Pertama sekali goreng ikan bilis tu..pilih ikan bilis yang rangup..lepas masak asingkan
2) Guna kuali lain letak minyak sedikit goreng cili hijau dan bawang besar bagi masak..jangan sampai lembik sangat..
3) Bubuh sedikit belacan..(agak-agak..jangan banyak sangat nanti masin)
4) bila belacan dan bercampur dengan cili dan bawang..terus masukkan ikan bilis rangup tu..gaul-gaul dalam 5 saat..terus angkat...
5) siap..takyah letak gula dan garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..gula pun takyoh..


Simple kan..hehhe..selamat mencuba


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Simple tp yg mcm ni la menyelerakan utk sayur :)

    ReplyDelete
  2. kalau suami akak..time sahur tu makan nak kena macam makan kenduri..ringkas2 gini lagi slow dia makan..hahahha..tapi bila berbuka tak pe masak simple2..sebab tengah lapar..ngap je..time sahur je kena masak yang "wah!!!!!"..haahh

    ReplyDelete
  3. Bila dah masuk beberapa hari berpuasa, menu yg simple lebih menyelerakan dari yg berat2.. lebih menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  4. Singgah Jap...Simple tak apa...janji sedap

    ReplyDelete
  5. mkn dgn nasi panas layan letak kicap sikit kan

    ReplyDelete