AEON Hometown Forest Programme Di AEON Mall KL Midtown - Baru-baru ini, Nad berpeluang menyertai AEON Hometown Forest Programme yang berlangsung di AEON Mall KL Midtown. Menariknya, program kali ini memberi fokus kepada usaha menghijaukan kawasan sekitar pusat beli-belah baharu AEON ini menerusi aktiviti penanaman pokok yang bakal dibuka tidak lama lagi. Seronok juga dapat turun padang dan sama-sama menjadi sebahagian daripada inisiatif yang membawa mesej positif tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Sebenarnya, Nad baru tahu tentang AEON Mall KL Midtown ni! Kalau tak join program ni, memang tak tau la lokasi dia dekat mana. Biasalah banyak mall buka dekat KL ni, tak terkejar semua. Dapat join event ni, bolehla datang ke sini. 

AEON Hometown Forest Programme 



Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown ini menghimpunkan kira-kira 150 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Antara yang turut mengambil bahagian ialah 30 orang murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur, Ahli Lembaga Pengarah AEON, komuniti setempat serta warga kerja AEON.





Nad rasa menarik apabila program seperti ini dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang sama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti, malah dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Aktiviti penanaman pokok ini merupakan sebahagian daripada usaha landskap yang lebih besar di sekitar AEON Mall KL Midtown. Sebanyak kira-kira 1,500 pokok renek ditanam bagi menjadikan kawasan pusat beli-belah ini lebih hijau, segar dan mesra untuk pengunjung. Nampak macam aktiviti menanam pokok yang ringkas, tetapi sebenarnya usaha seperti ini boleh memberikan kesan yang baik dalam jangka masa panjang.

Dapat tanam dua, tiga pokok jugala. Hah nanti datang balik sini boleh tengok pokok nad tanam tu..heehe.

AEON Mall KL Midtown Bukan Sekadar Tempat Membeli-Belah


Satu perkara yang menarik perhatian Nad ialah konsep pembangunan AEON Mall KL Midtown yang turut mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar.

Selalunya bila kita dengar tentang pusat beli-belah, perkara pertama yang terlintas mestilah tempat untuk shopping, makan-makan atau luangkan masa bersama keluarga. Tetapi AEON Mall KL Midtown turut membawa pendekatan yang lebih menyeluruh dengan menerapkan elemen mesra alam dalam pembangunannya.

Untuk pengetahuan korang, bangunan AEON Mall KL Midtown telah memperoleh pensijilan GreenRE Gold. Antara ciri kelestarian yang diterapkan termasuklah sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan dan kelengkapan penjimatan air.

Semua kemudahan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan penggunaan sumber dan menjadikan operasi bangunan lebih cekap tenaga.

Bagi Nad, bagus juga apabila pembangunan sesebuah pusat beli-belah bukan hanya melihat kepada aspek komersial, tetapi turut mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.

Taman Linear Seluas 1.5 Ekar Di Atas Bumbung


Satu lagi perkara yang menarik ialah AEON Mall KL Midtown turut menampilkan taman linear di atas bumbung dengan keluasan kira-kira 1.5 ekar.

Bayangkan sebuah ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar yang dikelilingi bangunan dan kesibukan kota. Kehadiran taman seperti ini boleh menjadi ruang yang lebih santai untuk pengunjung menikmati suasana hijau.

Nad suka konsep sebegini kerana ruang hijau bukan sahaja mencantikkan kawasan sekeliling, tetapi juga menjadikan persekitaran lebih selesa untuk orang ramai.

Lebih-lebih lagi untuk keluarga yang keluar bersama anak-anak. Kadang-kadang kita bukan sekadar mencari tempat untuk membeli-belah, tetapi juga tempat yang selesa untuk meluangkan masa, berehat dan berkumpul bersama keluarga.

Dengan adanya elemen kehijauan seperti ini, AEON Mall KL Midtown berhasrat menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah.

Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap pemuliharaan alam sekitar serta falsafah mereka untuk mengejar keamanan dengan pelanggan sebagai titik permulaan, menghormati insan dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Nad rasa usaha seperti ini wajar diteruskan kerana manfaatnya bukan hanya untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang.



Sekurang-kurangnya, apabila lebih banyak kawasan hijau diwujudkan, kita dapat menikmati persekitaran yang lebih segar dan selesa walaupun berada di tengah-tengah bandar.

AEON Mall KL Midtown Bakal Dibuka 5 November 2026


Untuk korang yang belum tahu, AEON Mall KL Midtown bakal dibuka kepada orang awam pada 5 November 2026.

Jadi, bolehlah masukkan AEON Mall KL Midtown dalam senarai tempat untuk dikunjungi nanti. Menarik untuk melihat sendiri pembangunan pusat beli-belah ini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi turut memberi perhatian kepada aspek kelestarian dan kehijauan.

Secara keseluruhannya, Nad gembira dapat menyertai AEON Hometown Forest Programme kali ini. Pengalaman menyertai aktiviti penanaman pokok bersama komuniti memberikan satu pengalaman yang berbeza dan bermakna.



Terima kasih AEON kerana mengadakan inisiatif yang membawa kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Semoga lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Sama-samalah kita menjaga alam sekitar kerana bumi yang lebih hijau adalah hadiah untuk generasi seterusnya.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2