hai assalammualaikum


Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2015 - Alhamdulillah dapat jugak nad join event yang dianjurkan team Denaihati ni. Event Sepetang Bersama Blogger merupakan event yang mengumpulkan ramai blogger termasuk blogger dari luar Malaysia. Wahh..menarik kan. Tahun lepas nad tak dapat join Sepetang Bersama Blogger sebab masa tu sedang menyiapkan persiapan perkahwinan. Tahun ni suka sangatt sebab dapat join. Masa ni la nak kenal dan jumpa ramai blogger lagi yang tak pernah la kita jumpa.


Perbezaan Sepetang Bersama Blogger tahun ni berbanding tahun sebelumnya ialah tahun ini SBB dibuat secara outdoor. Sebelum-sebelum ini dibuat secara indoor iaitu di dalam dewan. Atas permintaan ramai untuk mendapatkan kelainan SBB2015 kali ini, ia dibuat di kawasan lapang, outdoor iaitu di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya. 




Kalau sebelum ni daftar je terus duduk di tempat yang disediakan, tapi kali ini lepas daftar je, ade senaman ringan..hehee..sebab apa, sebab ade treasure hunt. Mereka ni diberikan beberapa kumpulan..Nad tak dapat join treasure hunt sebab preggy kan..ohh sedih..time-time best macam ni duduk jela..



Ni muka ibu-ibu yang duduk je..hahaa..tapi duduk kami bukan duduk senyap je..tapi siap bergosip..hahaa..bercerita tentang itu ini, pasal blog.Yeah ni kali pertama nad berjumpa dengan blogger dayang deno,uncle gedek dan kak adzairdawati..


Selalu dok komen je dekat blog, sekarang jumpa mata bertentang mata. Bila jumpa ingat pemalu ke apa..hahaha..tapi banyak jugak berbicara..tu yang best je..takdela bosan kita duduk saja kan. Lagi satu tengok hasil kerja Dayang Deno ni. Memang terbaikla hasil dia, selalu tengok dekat blog, instagram sahaja, sekarang tengok depan-depan. Pergh memang terbaiklaa..nad teruja habis..hehee..kenalan baru blogger qiyasaad..


Yang ni pulak uncle gedek..haha..kalau kita tengok, dia selalu bergambar serius, dan blognya hanya dengan satu gambar je. Gambar yang dia selalu amik pulak unik..hehe..Kalau tengok gambar muka serius, tapi dekat luar, peramah habis..haha..berbeza dengan dia amik gambar..hahaha..seperti ada dua perwatakan, garang dan tak garang..kihkihki.

Treasure Hunt





Ok meh nak cerita pasal Aktiviti Sepetang Bersama Blogger. Pagi tu ada aktiviti Treasure Hunt. Selepas dibahagikan kumpulan bermulalah aktiviti mereka. Meh la tengok gambar..Nak cerita aktiviti apa nad tak tau sebab nad tak turut serta..pregnant kan..sedihh je..jeles tengok diaorang treasure hunt. Walaupun Treasure Hunt ni tak perlu berlari tapi lokasi dia boleh tahan jugak sampai ke bukit tinggi mana ntah..hahaa..Takpela tengok diaorang main pun kita dah syok..kihkih..



Selepas selesai buat aktiviti kami disajikan dengan makanan western yang dihidangkan oleh Bakarlah BBQ N Rental. Paling sedap kambing dia la..hahaa..lembut dan terasa enaknya..

Sesi Perkongsian


Sesi petang pulak ialah sesi perkongsian blog. SBB takkan terlepas dengan acara perkongsian ini supaya kita sebagai blogger bersama-sama dapat manfaatnya. Jemputan kali ialah Aqif  Azizan selaku pakar copywriter, Anazkia selaku blogger Indonesia, dan Haji Masrukhin selaku CEO eQurban. Mereka menceritakan pengalaman mereka sendiri,dan ketiga-tiganya mempunyai cerita yang menarik.

Seperti Aqif Azizan berkongsi mengenai kelebihan untuk membentuk, memperkukuhkan blog dan menjual di luar negara, sebab jumlah wang di luar negara lagi besar. Memang menarik, kita dengar pun teruja. Tapi tu la sebagai blogger kenala bersabar untuk membuat sesuatu..hhee

Panel kedua Saudari Anazkia dari Indonesia yang berkongsi mengenai blog beliau tentang tenaga kerja antara pembantu rumah dan majikan. Disebabkan pengalaman beliau yang pernah menjadi pembantu rumah di Malaysia, dikesempatan itu beliau menulis di dalam blog tentang majikan dan pembantu rumah.

Dan panel ketiga Tuan Masrukhin dari eQurban memceritakan pengalamannya mengembara ke China selama 46 hari bersama anak lelakinya.

Satu perkongsian yang menarik yang boleh kita amik contoh.





Last sekali macam biasalah cabutan bertuah dan pencapaian pemenang treasure hunt..Haishh kali ni tak bertuah pulak..heehe..tapi takpela..Tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang memenangi hadiah iphone6 dan  Samsung Note Edge. Hamper untuk semua kumpulan, GoPro untuk contest sitkom yeos, cabutan bertuah dan macam-macam lagi.

Terima kasih kepada Team Denaihati Network kerana menajayakan program ini..begitu juga dengan penaja lain.
  1. Penaja utama : Yeo’s Malaysia
  2. Penaja bersama : Jopana.my, Bakarlah BBQ Rental, The Sumbs, eQurban.com dan Jam Tawaf Denaihati
  3. Rakan media : Kumpulan Media Karangkraf
  4. Juru gambar rasmi : The Photolicious
  5. Rakan Usahasama : Perbadanan Putrajaya
  6. Rakan Strategik : Abangensem.com, Pendekarberkuda.org, Profhariz.com, Khirkhalid.com, Sohoque.com, Mrspuex.blogspot.com, Namiacinta.com, Blogretis.com, Dengarisaya.blogspot.com, Norfanil.com, Nurseira.com, Melastikbintang.com dan Halimbrothers.com.
  7. Sukarelawan : Rakan-rakan blogger, UKM, MFI, AIM dan Darul Maghfiroh




Sebelum balik kita bergambar dulu. Semoga jumpa lagi..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. mantap...!! harap tahun depan ada yang organize kan aktiviti serupa ini..

    ReplyDelete
  2. sronoknya.. kalau dkt..huhuh..

    pnh jumpa dpn mata yg mana blogger perak aje..hihih

    ReplyDelete
  3. bagus... boleh kenal dengan blogger lain jugakk..

    ReplyDelete
  4. ni la Entry SBB pertama yang akak baca..diaorang yang lain tak update ke??/ke akak yang tertinggal ketapi...

    ReplyDelete
  5. takde gambar kita pun. huhu

    btw jumpa lagi di masa akan datang :D

    ReplyDelete
  6. Menarik SBB tahun nie.. Akak nk join jugak hari tue tp last minit ada hal yg tak dpt dielakkan... Kalau tsk mesti best dpt jumpa ramai blogger..:)

    ReplyDelete