hai assalammualaikum

Konsert Search Panggung Khayalan - Search satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik. Search merupakan sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif. Kumpulan Search masih dibarisi ahli-ahlinya iaitu Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock paling popular di Malaysia.
Kumpulan yang terdiri daripada anak jati johor ini akan kembali ke selatan tanahair untuk mempersembahkan satu konsert khas buat peminta-peminatnya melalui konsert Search Panggung Khayalan. Konsert Search Panggung Khayalan adalah anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama Educity Iskandar Malaysia Sdn.Bhd.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio


Konsert Search Panggung Khayalan akan berlangsung pada
Tarikh: 24 Oktober 2015 (sabtu)
Masa: 8.00 Malam
Tempat : Kompleks Sukan Educity, Nusajaya , Johor.


https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio


Berkonsepkan gabungan rock dan panggung kahayalan yang dipetik dari lagu " Panggung Kahayalan " dalam album Rock n Roll Pie, search menjanjikan persembahan paling bertenaga yang pastinya akan memuaskan hati peminat-peminat yang hadir. Konsert selama 2 jam ini turut mengundang peminat-peminat Search dari Singapura dan Indonesia untuk sama-sama berhibur.
Tiket-tiket ke konsert ini boleh didapati secara online di laman web Tiket Hotline http://www.tickethotline.my dengan harga serendah RM66 untuk tempat duduk biasa dan paling ekslusif adalah RM756 untuk VIP premium, dimana hanya 100 tiket VIP premium dijual. Pemegang tiket VIP premium akan dijemput hadir ke majlis khas ( post part ) selepas konsert bersama semua ahli Search.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio

Selain secara online tiket juga boleh didapati di kaunter
- Ticket Hotline Office
- Rock Corner The curve
- Rock Corner Subang Parade
- Rock Corner The Gardens
- Rock Corner Bangsar Village

Dikatakan abang Yazid akan turut serta dalam konsert ni..apa lagi korang orang Johor..serbula cepat..yang bukan orang Johor pun boleh mai..
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Huiyoooo Amy Search!!!! Memang meletop la nanti..

    ReplyDelete
  2. Johor..jauhnya lah kalau nak pergi pun

    ReplyDelete
  3. wah..tiket vip tu,kalau ada orang belanja akak tiket vip kan best..hahah

    ReplyDelete
  4. Search buat konsert macam sirih pulang ke gagang, eh betul ka ni?

    ReplyDelete
  5. FuyooSearch..lagenda sepanjang zaman tuuu

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat g tgk......

    ReplyDelete
  7. Are you looking for Finance?Are you looking for a Loan to enlarge your business?I think you have come to the right place,We offer Loans at low interest rate,Interested people should please CONTACT US on For immediate response to your application, Kindly reply to this emails below only: unityfirmfinancialhelp@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Do you need a financial help? Are you in any financial crisis or do you need funds to start up your own business? Do you need funds to settle your debt or pay off your bills or start a good business? Do you have a low credit score and you are finding it hard to obtain capital services from local banks and other financial institutes? Here is your chance to obtain a financial services from our company. We offer the following finance to individuals- *Commercial finance *Personal finance *Business finance *Construction finance *Business finance And many More: and many more at 2% interest rate; Contact Us Via Email:bullsindia187@ g m a i l . c o m

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2