hai assalammualaikum 

LIFETIME® MENGUMUMKAN TARIKH TAYANGAN PERDANA
MASTERCHEF ASIA MUSIM PERTAMA

Tiga “Chef Rumah” (Home Chefs) dari Malaysia Bersaing Untuk Bergelar MasterChef Asia Pertama - Siapa suka tengok Masterchef, angkat tangan!!..hehehhe..memang segeng dengan nad..nad suka giler tengok Masterchef ni. Suka tengok cara dia masak, hias makanan tu..ada je idea diaorang nak bubuh apa dalam masakan tu walaupun cabaran tu baru tau haritu jugak. Kalau ka nad pandai masak macam tu kan syok..hahhaha..Lagi-lagi Masterchef orang putih, lagi advance nad tengok..tu yang best..

Oh nak bagitau Masterchef Asia Bakal ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut gelaran utama MasterChef Asia.

Malaysia pun ada yang masuk tau..tiga orang daripada Malaysia..wah-wahh..ni yang tak sabar nak tengok..

Malaysia diwakili dengan bangganya oleh Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli.

Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan peserta paling matang dalam pertandingan ini. Beliau mula menanam minat dalam bidang memasak apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin. Seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran kulinari masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda. Beliau juga berharap untuk mendapat pentauliahan profesional untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di dapur.

Marcus, seorang pengurus bank berusia 24 tahun, mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, serta hidangan moden dan molekular; dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan. Mampu bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, beliau percaya persaingan sengit dalam MasterChef Asia akan memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan memberikannya peluang untuk memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.

Sophia, seorang suri rumah berusia 31 tahun dan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun, memasak setiap hari dan sering menyediakan hidangan untuk keluarga dan rakan-rakannya. Suatu hari nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari sebagai chef, katerer atau pengkritik makanan. Minatnya yang meluas dalam industri makanan menunjukkan kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk menyertai MasterChef Asia.

Bakal menjadi pesaing mereka bagi mendapatkan gelaran utama adalah chef-chef rumah lain dari negara Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, hadiah wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.

“MasterChef Asia merupakan produksi asli terbesar yang pernah kami terbitkan di Lifetime Asia. Penerbitan salah satu format rancangan paling berjaya di dunia ini membuktikan Lifetime sebagai destinasi hiburan utama di Asia. Penggambaran siri ini berjalan sangat lancar; terdapat banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan bagi saya. Masyarakat Asia sememangnya sangat sukakan makanan, dan kami percaya penonton pasti akan menyukai rancangan ini dan menyokong peserta kegemaran mereka,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program & Penerbitan, A+E Networks Asia.

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. *angkat tangan*

    Arol dan keluarga pun suka tengok MasterChef. Rasa kagum bila tengok dorang masak dan dapat hasilkan pelbagai hidangan yang menarik dalam jangka masa yang ditetapkan. :)

    Rasa tak sabar pulak nak tengok MasterChef Asia nie. Tapi dapat tengok episod pertama jek sebab lepas tue dah balik U.

    ReplyDelete
  2. follow sini.. jemput singgah http://sayeshukepink.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya suka makan tp x suka memasak..

    ReplyDelete