hai assalammualaikum

Yeo's Malaysia : Konsert Patriot Akim & The Majistret - Sebelum kawin lagi nad suka tengok konsert, tapi time study jela dapat tengok sebab selalu dekat tempat study ade je event dia. Pastu stop tengok konsert sebab takda geng. Biasalah kene cari geng yang masyuk kepala sama baru syok kan nak pergi tengok konsert tu. Haritu nad balik meru, jadi dapatla pergi tengok konsert Akim & The MAjistret dekat shah alam. Cerita ahad lepas.huhuhu...


Konsert Anjuran Yeo's Malaysia dengan kerjasama harian Metro bersempena Hari kemerdekaan telah mendapat sambutan orang ramai. Kempen itu bermula sepanjang bulan Ogos iaitu dari 1 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 dan sepanjang kempen ini berlangsung pihak Yeo's akan mengadakan jelajah Konsert Patroit I Love Malaysia bersama duta mereka iaitu Akim & The Majistret. 



Masa ni nad pergi denagn anak buah nad, dan abang kandung yang menghantar..ehhehe..sebab masa ni mr mafia ada kerja..jadi bawakla anak buah sebagai peneman..nasib dia ok..hahaa..dapat pulak tiket free. Walaupun keadaan tengah memboyot, tapi tak menghalang nak tenok konsert kau....hahaha.. Pengacara konsert haritu memang tak membosankan sebabnya yang mengacarakan si AG penyampai radio Hot Fm dan Aaron. Aaron ni nad tak pernah kenal tapi disebabkan mereka mengacara dengan baik, suasana jadi havoc yoo..



Konsert bermula jam 8.45 malam tu dimulakan dengan kumpulan The Precious. Pertama kali nad dengar group ni..hohoho..Diaorang menyanyikan lagu medley timber dan falling In Love. The precious ni kumpulan perempuan yang memag lincah kau..semua chinese..Pada malam konsert tu semua bangsa ada, dari cina, India dan Melayu.


Penyanyi kedua pula India iaitu Alinda. Mulanya tak kenal siapa dia ni, tapi lepas AG sebut yang die pernah berduet dengan Aizat masa Juara lagu,.ala lagu "Pergi"..yang mula-mula tu kan ada seorang perempuan India nyanyi..aaaaa...aaaaa...aaaaa...hehehe..tengok live-live suara super duper awesome kau..sama je..sedapp weiii..lagi best time dia nyanyi lagu hindustan..macam dia penyanyi asal..hahaa..memang sedap sampai meremang bulu roma..terpegun ..ternganga..hahaha..








Selesai je Alinda nyanyi..tetiba hujan pun turun..aiyakk..time-time tu Akim & The Majistret nak buat persembahan..Walaupun hujan lebat tapi tak menghalang mak boyot ni enjoy tengok konsert. Tak menghalang jugak peminat Akim untuk menonton konsert ni aritu. Memang stay dan tetap enjoy melihat Akim & The Majistret buat aksi atas pentas. Band yang dianggotai Akim, Gjie, Fairuz, freddy, dan Hafiz memulakan persembahan dengan lagu patriot. Lepas tu baru lah nyanyi lagu Obses..lagi hangat lagi bila nyanyi lagu Potret..memang bestt...Persembahan terakhir mestilah lagu mewangi..huhuhu...my favaourite song...

Mereka akan menjelajah di enam buah negeri seluruh Malaysia iaitu bermula di Johor (8 Ogos),Shah Alam Selangor (16 Ogos),Kuala Terengganu (5 Sept),Kota Kinabalu (12 Sept),Kuching (15 Sept) dan akhir sekali di Alor Star (19 Sept). Ada cabutan bertuah seperti TV 50",Samsung Galaxy Tab atau Samsung J5 serta album Patriot di lokasi konsert.

Lagi satu korang jangan lupa sertai contest I Love Malaysia yang menawarkan pakej percutian dan wang tunai yang bernilai rm185,000 di app WeChat tau.Untuk keterangan lanjut boleh la layari www.facebook.com/yeosmalaysia
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Syoknya dia pergi konsert!! Akim plak tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. aduh ruginya tak pergi. malang sungguh dia buat hari ahad. klu hari sabtu mesti pergi punya :D

    ReplyDelete
  3. memang hang rock la wei! teruja Ty ..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2