hai assalammualaikum

Bermain Dengan Playdoh Sempena Sambutan bulan Playdoh - walaupun dah meningkat dewasa, jiwa kanak-kanak tu pasti ada jugak. Lagi-lagi bila tengok anak-anak main kan, kita pun nak join..hehee.. Nad tak pernah merasa lagi bermain playdoh ni, dulu main plastetin satu warna je. Itu pun dah kira bersyukur tau tak. Bila dapat Playdoh ni, lagi suka sangat sebab kaler yang berwarna-warni. Bila buat sesuatu benda tu nampak colourful je. 


Masa ni la kita nak jadi kreatif dan berimaginasi. Walaupun baby dalam perut, bila mak dah kreatif, mana tau bila dia keluar nanti, macam-macam dia buat..hhahaha..Imaginasi sihat memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Salah satunya ialah dengan bermain PLAYDOH ni la. Tak sangka dah lebih 50 tahun Playdoh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta eksperimen dan mengukir ciptaan tersendiri. 



Bila dapat Playdoh ni, teruja pulak nak bermain, hahhaa..dapatla luangkan masa dengan kerja berfaedah. Main-main dengan kaler. Bila dah dapat mulalah nak pikir buat apa.Biasalah mak buyung pikir nak makan je. Jadi terhasilla pelbagai jenis makanan yang ada dalam kepala mommy ni. Sebenarnya tengah mengidam, jadi kita reka dulu dalam bentuk palydoh..seronok pulak..


Bila dah seronok memang tak ingat dunia..esoknya kita main lagi dan lagi..hahaa..tapi kali ni nad nak mengukir dulu dekat kertas putih. Dah lama tak melukis ni, memang dari sekolah, kalau melukis memang fail..hahaa..tapi tetap nak melukis jugak. Disebabkan kepelbagaian komuniti Malaysia, banyak benda dalam pikiran ni nak lukis. Yang paling penting mestilah bendera Malaysia..hehee...



Lepas tu ada bunga raya dan orang..hahaha..tapi tak reti buat orang..jadi kita buat jele orang lidi..hahaa..Syok main Playdoh ni, kita gentel-gentel, buat bulat-bulat, main warna..memang tak ingat dah nak buat benda lain..haha..tapi sebelum main playdoh, nad pastikan semua kerja rumah siap sebab tau akan lalai dengan palydoh..hahahaha...tadaaa..siap dah..I LOVE MALAYSIA..Malaysia tanah tumpah air ku.. cantikkann..dah macam kek je..nak makan..nyum..nyum..( masa ni anak mommy duk gerak sana sini..dia happy jugak kot..tunggu awok keluar ye sayang..kita main sama-sama)..

Ada benda menarik dekat One Utama 26 September ni..baca sampai habis ye ibu-ibu, bapak-bapak..

JOM PERGI KE ONE UTAMA UNTUK SAMBUTAN PLAYDOH
Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH - menurut apa sahaja yang dipilih, sama ada ukiran, nombor ataupun huruf. 

Semasa anda mencipta yang baru atau mencipta semua yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari pada 26 September 2015 (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH  anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik. JANGAN LUPA DATANG 26 SEPTEMBER NI..

Dengan PLAY-DOH, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen - melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula "Membina Komuniti Ceria" dengan tips berikut:

Langkah 1
Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut dengan menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah rekabentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia! 

Untuk Maklumat Lanjut dan Terkini tentang Bulan PLAY-DOH sila layari laman web PLAY-DOH

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Comei ja nad buat bendera tu. Kreatif. Playdough mmg bagus utk asah kreativiti anak, and develop fine motor skills jugak

    ReplyDelete
  2. Mcm syokkkk jerr... Dpt kat Qhaliff ni, abisss..

    ReplyDelete
  3. kak nad.. bintang x cukup bucu.. kekekeke

    ReplyDelete
  4. Bestnya main playdoh.. rasa teringin lak nak beli.. hehe..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2