hai assalammualaikum

Esok Exam UPSR La - Semalam balik kmapung untuk kenduri kawin cousin, balik rumah sebelum balik kuala lumpur, biasalah adik beradik berborak. My sister cakap anak dia sulung iaiatu anak buah nad yang paling besar nak exam UPSR dah selasa ni iaiatu esok..lor nad baru tau yang nad ada anak buah dah darjah enam..hahaaha..nak buat macam mana, anak buah ramai..nak ingat semua, darjah berapa memang tak la..tak sangka anak buah den dah besar..tahun depan dah masuk tingkatan satu..


Hah ni la budaknya..namanya Shafieka Hiera..kitaorang panggil Iera. Kuat makan ni budak..hahaa..tengok je pipi dia..gebus gebas..hahahha..dia ni baru sekolah rendah tapi mengalahkan orang dewasa. Kenapa nad cakap macam tu??.. sebab dia kalau bersolek lagi lama dari makcik dia. Kecik-kecik dah pandai bersolek ni. Selalu jaga penampilan dia supaya nampak cantik je. Kalau depan cermin memang lama la..hahaha..pergi sekolah, tudung memang kene betul, kalau tak tak selesa. Pergi sekolah pun pakai bedak compact, selalu amik neneknya punya..hahahha..nad pergi sekolah dulu pun pakai bedak serbuk tu je..Kalau berjalan pun dah macam anak dara..kalau boleh dia nak jadi model agaknya..hahhaa..

Dialah nad selalu suruh masak megi ka, goreng kentang ke, apa-apa la kalau dekat rumah mak..hehehe..die pun kadang rajin buat..kadangla..kadang malas ya ampun...


tak kisahla awok nak jadi apa..yang penting esok jawab exam UPSR tu dengan betul. jawap dengan tenang dan yakin ye iera oiiii..jangan main belasah je...pastikan semua lulus yo..dulu makcik hang ni dapat 3A 2B tau..hehehe...ok selamat berjaya ye my anak buah tersayang...

Doa menghadapi peperiksaan.

Bagi orang muslim, doa adalah senjata utama di dalam pelbagai perkara, termasuklah ketika menghadapi peperiksaan. Berikut adalah koleksi doa yang boleh anda amalkan.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. bagus doa ni... moga adik2 tenang menjawab soalan

    ReplyDelete
  2. good luck buat semua calon upsr
    nti letak la pic terbaru.
    nk tgk. mesti comel kan. kecil kecil dh pndai jaga penampilan diri.bagus. keyakinan diri tinggi, kan !

    ReplyDelete
  3. gud luck untuk adik2 semua yg amek exam..

    ReplyDelete
  4. Anak saudara sulung saya pun turut exam upsr ni..berdebar juga

    ReplyDelete