hai assalammualaikum
Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban - Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , kita menyambut Hari Raya Aidiladha, atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban. Alhamdulillah, kita dapat sambut dengan penuh barakah bersama-sama. Selamat Hari Raya Aidiladha nad ucapkan kepada selurun umat Islam. Baru sempat nak cerita pasal Aidiladha, almaklumla, bila raya ni, memang malas nak hadap laptop. Tahun ni, mak, ayah dan adik buat korban, kongsi dengan adik beradik belah mak yang lain.
Macam biasa lauk Hari Raya Korban sama sahaja macam lauk Hari Raya Aidilfitri, lontong, ayam kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Takda lauk ni tak lengkap ye. Nad balik Sabtu malam, nad dapat cuti pun sampai hari Isnin 11 Julai 2022 je. Hari Selasa dah kena balik sebab anak sekolah. Setengah tempat masih cuti lagi, seronok la depa.