hai assalammualaikum

Hari Keluarga Kelabbloggerbenashaari - Setelah berbulan-bulan ditunggu, akhirnya tiba jugak. Memang tak sabar bila #kelabbloggerbenashaari buat family day, sebab apa? Sebab nad tau ahli #kelabbloggerbenashaari kalau buat family day memang happening, havoc, riuh dan macam-macam la dengan perangai sorang-sorang ahli kelabbloggerbenashaari ni..hahaa..dan terbukti memang happening weii....



Hari Keluarga ni diadakan 3 hari 2 malam di sebuah resort yang misteriii di Hulu Langat..hahhaha..Hari keluarga ni dikendalikan oleh abang Lan Careno , Ben Ashaari  bersama ajk-ajk yang lain iaitu kak Sue Izza, Yanty Lee, Angah Judin, Najeeb dan yang lain turut sama membantu. Alhamdulillah,program berjaya dengan jayanya, syabas u allss..Terima kasih juga tak terhingga kepada penaja Hari Keluarga Kelabbloggerbenashaari pada masa itu terutama COSMODERM yang banyak bekerjasama dengan kelabbloggerbenashaari. 


Terima kasih juga kepada penaja  Az Zuha Group Travels & Tours yang menaja baju "bukan sekadar blogger " ni..yang telah di design oleh najeeb..memang cantik sehhh...Dan juga penaja lain iaitu Ajc District, PTS, Karya Seni, Tam Ummie Official, Dkna Abza dan Qaseh Su. 




Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Memang tersangatlah happening melihat gelagat ahli-ahli KBBA ni, ditambah dengan gelagat anak-anak KBBA..memang meriahh weii..Hari pertama, selesai je check in, masuk bilik masing-masing, dan malam tu ada pertandingan karaoke. Semua dalam Kelabbloggerbenashaari mempunyai suara yang sedap-sedap belaka. Tapi pengumuman pemenang akan diumumkan pada malam kedua iaitu malam gala dinner..heehe..




Esok siangnya,mestilah dipenuhi dengan aktiviti bersukan. Pagi-pagi, selepas sarapan, kami buat poco-poco dan chicken dance. Masa ni la nad enjoy habis..sebelum berpantang..ahhahha..bila lagi kan..Tengokla gaya mommy-mommy semua ni..memang enjoy habis..dan tak sedar langsung yang masing-masing dah kawin..hahha..kami masih kanak-kanak riang lagi ok..Tengok jele gambar yang di ambil Kaio Studio ni..hahhaa..




Selepas poco-poco kita main flying fox pulak. Sedih sangat dahla tak penah main flying fox, pulak tu time dapat, pregnant pulak..kalau la ada syarat yang menyatakan ibu hamil boleh naik flying fox dah lama nad naik oii..hahahaa..takpelah kasi can dekat mr mafia..dia pun dah lama tak enjoy tu..asyik dengan kerja je kan..kita nak dia ikut kita bergumbira. Jadi tiket serah jele kat mr mafia. Nasib dia memenuhi permintaan isterinya ni..huhuhuhu...Video pun ade amik..hahhaa..



Selepas tu, acara sukan rakyat...Masa daftar tu dah dapat baju sukan warna masing-masing. So dah taula we alls group apa. Nad dapat group purple..walaupun sedikit orangnya tapi kamilah juara..hahahahhah...antara sukan yang dipermainkan pada waktu itu

Sukan darat
- main terompah gergasi
- kepit bola
- pancing tin
- bowling guna kelapa

Sukan air
- keluarkan bola ping pong
- lawan atas titi
-tarik tali air



Tengok sahaja gambar hasil dari Kaio Studio..memang awesome..layankan jele..nak tengok lebih gambar boleh pergi ke instagram @kelabbloggerbenashaari

Mommy dapat main pancing tin je..hahahhaa...Selesai je acara kami pun berendam terus dalam air..haahahaa..Malamnya ialah malam gala dinner kelabbloggerbenashaari. Malam tu la penyampaian hadiah untuk semua. Pemenang karaoke, sukan rakyat, selfie cosmoderm paling kreatif dan cabutan bertuah. Ni keputusannya:

Sukan Rakyat: Juara Team Purple. Sekali lagi diulang team PURPLE.
  • 1st –  Team Purple
  • 2nd – Team Merah
  • 3rd – Team Hijau
  • 4th – Team Biru
Pertandingan Karaoke:
  • 1st – Abg Que Ahcmad
  • 2nd – Ayu Jean
  • 3rd – Razi
Dan malam tu nad cukup bertuah..rezeki baby agaknya..dapat cabutan bertuah..hehee..kain ela yang ditaja kak Qaseh Su..terima kasih bebanyak kak. Baju ni boleh dibuat tahun hadapan..tunggu kite slim balik..hahahhaa...




Malam tu jugak ada sambutan harijadi yang hari lahir dia bulan sembilan. selepas tu ada pertunjukan abang-abang api ..ku ingatkan bunga api, rupanya manusia bermain dengan api. Habis disemburnya...



Esoknya, sebelum balik, pagi tu kami berzumba dahulu..oh mai masa ni memang seronok..lama dah nad tak menari. Buyung pun buyungla yang penting enjoy..pergi sana tak buat apa lagi boring..baik kita join sekali..hahahaha..mana boleh lepaskan peluang..miss rockers kan..pe pedulik..hhaahaha....Zumba ni di konduct oleh abe razi kita..auchh..love you razi..nak beranak nanti kene zumba dulu..hahaha..nak tengok video berzumba boleh klik SINI

Lepas tu diaorang berjungle tracking dan pergi air terjun..time ni memang tak pergi kekonon pikir air terjun tu tinggi, lalu hutan, takut jalan licin..rupanya idok..rasa nyesal tak pergi air terjun tu..ciss..dahla teringin nak berendam..berenang...sedihh je..tengok jele gambar diaorang ni..lepas tu semua bawak haluan masing-masing..sedihh weii..harap kelabbloggerbenashaari terus maju dan maju..nad tetap sokong KBBA..walaupun ada ramai kondem..ade aku kisah..kami keluarga..kami tak gentar..ecewahhh..hehehe..semoga kita dapat berjumpa lagi..

PESANAN : sila buat event macam ni selepas nad habis pantang ok..hahaha

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. “Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together.” @kelabbloggerbenashaari

Jangan lupa tau follow dan ikuti gambar event-event kelabbloggerbenashaari di instagram @kelabbloggerbenashaari.
SHARE 6 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2